Monday, March 05, 2012
Perubahan Utama Dalam Ubuntu 12.04 Precise Pangolin
Ubuntu 12.04 atau kod namanya Precise Pangolin adalah versi Ubuntu yang ditunggu-tunggu kerana ianya berstatus LTS atau Long Term Support. Versi 12.04 ini akan disokong sehingga April 2017, satu tempoh yang cukup lama dan berbaloi sekiranya terdapat organisasi mahupun pengguna perseorangan berniat untuk mencuba sistem operasi desktop percuma ini.
Terdapat beberapa perubahan utama yang dijangka akan dilakukan dalam versi 12.04 ini.
1. Saiz ISO Ubuntu tidak lagi muat ke dalam CD
Sistem operasi moden seperti Microsoft Windows 7 atau juga Mac OSX Lion bersaiz lebih dari 3GB secara normal. Manakala pembangun ubuntu terkial-kial untuk menetapkan saiz ISO ubuntu kepada 700MB setiap kali mengeluarkan versi baru. Justeru, memecahkan tradisi 700MB yang muat ke dalam CD adalah satu langkah anjakan ke depan yang bakal mengundang pelbagai fungsi yang lebih dinamik kepada versi ubuntu yang akan datang yang tak mungkin lagi muat dalam ISO bersaiz 700MB.
2. Bebas dari Mono
Pihak pembangun ubuntu telah membuat keputusan untuk mengembalikan pemain muzik Rhythmbox bagi menggantikan Banshee. Signifikannya perubahan ini ialah bagi memastikan ubuntu bebas daripada Mono (implementasi sumber terbuka bagi framework Microsoft .NET). Namun begitu, masih terdapat 2 lagi aplikasi yang berasaskan Mono iaitu Tomboy Notes dan juga Gbrainy.
3. Versi 64-Bit Sebagai Default
Bermula dari 12.04 juga, ubuntu akan menyarankan versi 64-Bit secara default ketika proses muatturun ISO di Ubuntu.com dan dalam masa yang sama masih menawarkan versi 32-bit.
4. Software Centre Lebih Pantas
Pembangun ubuntu cuba mengurangkan masa membuka Software Centre dari 11 saat kepada 2 saat dan ya, saya dapat merasakan perubahan drastik tersebut dalam Ubuntu 12.04 beta yang sedang digunakan.
Ini adalah perubahan asas dalam 12.04 yang bakal menentukan hala tuju dan konsep keseluruhan desktop Ubuntu di masa akan datang. Dalam entry ini, saya belum menyentuh secara khusus tentang perubahan antaramuka, tweaks, settings, dan seumpamanya yang dibawakan oleh 12.04.
Dengan versi beta yang telahpun dilepaskan beberapa hari yang lalu, pihak pembangun Ubuntu masih mempunyai 52 hari untuk membuat kemasan terhadap versi 12.04 yang bakal menemui pengguna pada 26 April ini. Adakah anda bersedia?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome
Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...
-
Nota Penting : Sila pastikan anda mengisi borang atau sms setelah melakukan pembayaran. Oleh kerana ramai yang bank in duit, amat sukar bagi...
-
ShimG pernah melakukan satu kajian mengenai Persepsi masyarakat terhadap penggunaan perisisan sumber terbuka untuk projek tahun akhir. Ber...
wahhh...dh siap download ni..tp rasa sayang la plak nk remove 11.10 ni..susah payah dok fix bug..huhu
ReplyDeletePerubahan paling besar yg aku ingin ada ialah Unity Appearance Settings. hehe.
ReplyDeletekalau dapat cepat lg bagus, xperlu tnggu 12.10
Beta lagi, malas pulop nak tukar :/
ReplyDeletethx bro for the info.
ReplyDeleteya,,...saya bersedia!!!!
ReplyDeletesya sedia menunggu
ReplyDelete