Posts

Showing posts from May, 2012

Tema Mac OSX Lion untuk Ubuntu 12.04

Image
Seperti biasa, kita boleh menukar tema ubuntu kepada apa sahaja dan antara yang terbaru dan ingin saya kongsikan di sini ialah tema Mac OSX Lion untuk Ubuntu 12.04. Download

Buku pertama, Mudahnya Twitter kini di pasaran

Image
Alhamdulillah, buku pertama saya telah pun terbit menemui pembaca minggu lepas di Pesta Buku Antarabangsa 2012. Buku bertajuk Mudahnya Twitter ini memuatkan panduan ringkas kepada bakal-bakal pengguna Twitter yang baru untuk berjinak-jinak dengan dunia mikroblog paling terkenal iaitu Twitter. Perancangan awalnya saya dengan pihak penerbit iaitu PTS Netmedia Sdn Bhd ialah untuk menerbitkan buku berkaitan sistem operasi Ubuntu. Saya telah siapkan proposalnya dan ia telah diluluskan. Namun oleh kerana sebab-sebab yang tidak mengizinkan, saya memilih untuk menulis buku yang simple, ringan dan santai terlebih dahulu. Buku Mudahnya Twitter ini berharga RM10 sahaja dan sekiranya pembaca membeli Online di Kedai Buku PTS, ianya hanya RM8.50 ( http://www.bookcafe.com.my/en/gadget-perisian-and-komputer/mudahnya-twitter-en.html ) Insyaallah, di masa akan datang sekiranya diizinkan tuhan, saya bercadang untuk menulis tentang banyak benda tentang dunia IT dan salah satunya ialah buku panduan...

Ubuntu 12.04 : Cacat Tanpa Hibernate?

Precise Pangolin tanpa Hibernasi Christopher Tozzi Kekurangan sokongan daripada  sistem operasi  untuk  hibernasi , atau  keupayaan  meletakkan  komputer  untuk “ tidur ” tanpa  menggunakan  elektrik , ialah  satu kecacatan utama   di sebalik rilis Ubuntu yang terbaik. Dan  ia tidak  membawa petanda baik,  cita-cita  Canonical untuk menawan   komputer desktop .  Hibernasi adalah penting bagi menjimatkan tenaga elektrik. Tetapi apa beza Hibernate dengan Standby? Artikel daripada Lifehacker ada menjelaskan tentang  Hibernate Vs Standby . Bagi yang ingin mengembalikan fungsi hibernasi secara manual, boleh rujuk di sini . Jadi pendapat anda perlu atau tidak fungsi hibernasi ini? Sumber:  http://www.thevarguy.com/2012/05/04/ubuntu-12-04s-great-flaw-no-hibernation-feature/