Posts

Showing posts from 2013

Ubuntu ni untuk hekes..

Image
Penggunaan Ubuntu adalah lebih kepada perjuangan dan Ubuntu juga satu Operating System based on Linux yang amat mudah. Penggunanya ramai dan support juga mudah untuk didapati. Jika anda bermasalah, selain daripada menggunakan blog ini untuk mencari entri untuk bantuan, rakan-rakan follower di dalam blog ini adalah lagi tere daripada penulis sendiri*. Tetapi adalah menjadi satu trending dikalangan anak-anak muda, menggunakan Ubuntu untuk belajar hek (sebenarnya asal perkataan adalah Hack; atau hacking - jangan paksa saya translate kerna bunyinya menyebabkan maksud tak sampai). Saya tak nafikan, ada yang berjaya menjadi hacker daripada hasil belajar Ubuntu kerana mendengar Ubuntu adalah hacker; dan hacker guna Ubuntu, tapi pada pandangan saya, ramai hacker tidak menggunakan Ubuntu; atau Ubuntu bukan untuk hacker; ye la.. terbalikkan.. hahaha.. Tapi, anda dah mahir Ubuntu? dah boleh sikit-sikit guna command line? Let's become hacker.. 1st step; jom hek umah sebelah yang sombong tu...

Cara Nak Gunakan Ubuntu Classic di Ubuntu 13.04

Image
Assalamualaikum semua. Sudah lama rasanya saya tidak menulis di blog Melayubuntu ini. Baiklah. berbalik kepada tajuk diatas, sebentar tadi kawan saya bertanya berkenaan bagaimana nak pakai ubuntu classic session di ubuntu 13.04. katanya dia kurang berminat dengan unity. secara peribadinya, saya sendiri juga agak kekok untuk menggunakan unity disebabkan agak lama menggunakan linux mint yang menggunakan antaramuka cinnamon. Disini caranya untuk menggunakan ubuntu classic session di ubuntu 13.04. Pertamanya buka terminal ( CTRL + ALT + T ). kemudian install pakej gnome-session-fallback dengan menggunakan command ini. sudo apt-get install gnome-session-fallback kemudian apabila selesai pasang pakej gnome-session-fallback tadi, anda cuma perlu logout dari unity. pada skrin login tu, klik username anda dan klik pada logo ubuntu yang kecil untuk memilih session anda. anda cuma perlu memilih " Gnome Fallback " dan login macam biasa. siap! sekarang anda dalam ubu...

Berita/Artikel Menarik Tentang UBUNTU

Fuhhh fuhhh fuhhh....berabuk penuh blog nih....minta maaf banyak-banyak daripada pihak Melayubuntu kerana gagal untuk update blog seperti biasa. Memandangkan menulis ini dibuat secara sambilan maka tenaga dan fokus tidak dapat diberikan kepada blog ini seperti yang dikehendaki. Tanpa berlengah lagi lihat artikel menarik minggu ini: Ubuntu After Install - Automasikan proses instalasi ke desktop, laptop dan sebagainya. Memudahkan instalasi@pemasangan untuk pengguna baru. Hanya klik fail .deb dan biarkan Ubuntu selesaikan proses instalasi secara automatik sambil anda menikmati kopi bersama biskut marrie. Amaran: ini projek personal, eksperimental, Jangan guna untuk komputer pejabat...hehe Is Bing biased against Ubuntu? - Distrorank telah melakukan satu eksperimen dengan membuka 2 tab bersebelahan untuk 'search' 4 distro linux terkenal; Linux Mint, Arch Linux, Ubuntu Linux dan FreeBSD. 'Result' nya Bing melaporkan 95% kurang ' result Ubuntu Linux' berband...