Baiklah. berbalik kepada tajuk diatas, sebentar tadi kawan saya bertanya berkenaan bagaimana nak pakai ubuntu classic session di ubuntu 13.04. katanya dia kurang berminat dengan unity. secara peribadinya, saya sendiri juga agak kekok untuk menggunakan unity disebabkan agak lama menggunakan linux mint yang menggunakan antaramuka cinnamon.
Disini caranya untuk menggunakan ubuntu classic session di ubuntu 13.04. Pertamanya buka terminal (CTRL + ALT + T). kemudian install pakej gnome-session-fallback dengan menggunakan command ini.
sudo apt-get install gnome-session-fallback
kemudian apabila selesai pasang pakej gnome-session-fallback tadi, anda cuma perlu logout dari unity. pada skrin login tu, klik username anda dan klik pada logo ubuntu yang kecil untuk memilih session anda.
anda cuma perlu memilih "Gnome Fallback"
dan login macam biasa. siap! sekarang anda dalam ubuntu classic session. jika anda mahu masuk ke unity semula, anda cuma perlu pilih "Ubuntu" di option session tadi. sekian, terima kasih.