Saturday, June 08, 2013

Ubuntu ni untuk hekes..

Penggunaan Ubuntu adalah lebih kepada perjuangan dan Ubuntu juga satu Operating System based on Linux yang amat mudah. Penggunanya ramai dan support juga mudah untuk didapati. Jika anda bermasalah, selain daripada menggunakan blog ini untuk mencari entri untuk bantuan, rakan-rakan follower di dalam blog ini adalah lagi tere daripada penulis sendiri*.
Tetapi adalah menjadi satu trending dikalangan anak-anak muda, menggunakan Ubuntu untuk belajar hek (sebenarnya asal perkataan adalah Hack; atau hacking - jangan paksa saya translate kerna bunyinya menyebabkan maksud tak sampai). Saya tak nafikan, ada yang berjaya menjadi hacker daripada hasil belajar Ubuntu kerana mendengar Ubuntu adalah hacker; dan hacker guna Ubuntu, tapi pada pandangan saya, ramai hacker tidak menggunakan Ubuntu; atau Ubuntu bukan untuk hacker; ye la.. terbalikkan.. hahaha..
Tapi, anda dah mahir Ubuntu? dah boleh sikit-sikit guna command line? Let's become hacker.. 1st step; jom hek umah sebelah yang sombong tu; dia punya wireless AP (please don't try this at home)
  1. Pergi ke laman Backtrack -> http://www.backtrack-linux.org/
  2. Download la ye.. saya tak terangkan cara anda download, sebab anda nak jadi hekes dan anda saya dah anggap kenal apa itu CD dan bagaimana nak burn CD. Kalau tak tau, balik dan guna Windows lagi 5 tahun.. hahaha.. just kidding.
  3. Tak tahu juga nak install semua bagai? kata nak jadi hekes.. hahaha.. ni dia punya how-to : http://www.backtrack-linux.org/tutorials/
  4. Ok, anda dah berjaya install? gagal? ulang langkah 1 sampai boleh ;). Sekarang kita kembali ke tugas kita tadi. Nak hek wireless AP jiran sebelah yang sombong tu. Huhuhu.
  5. Ok
  6. Eh, ni link dia : http://lifehacker.com/5305094/how-to-crack-a-wi+fi-networks-wep-password-with-backtrack
  7. pergh, abg kassim dah jadi hekes! 
So, jangan la jadi hekes. Memang senang. How-to banyak gile kat tenet. Jadilah pengguna Ubuntu yang sejati. Apa dia pengguna Ubuntu yang sejati, join Ubuntu Local Community, lepak-lepak ngan dorang. Amik berkat dan belajar dan jangan cube heck website .gov. Janganlah cuba guna Backtrack nak hek website .gov.my. Tak baik. Kebanyakan hekes dan jadi crackers sebab makan cikides. Ni sangat nakal. 

Tips Pengguna baru Ubuntu
  1. Baca
  2. Baca lagi
  3. Baca dan baca?
  4. Baca
  5. Ulang 1 - 4
  6. Bantu orang lain
Maka completelah cycle promosi Ubuntu. Jangan lupa share dengan kawan-kawan apa itu Ubuntu. Masa Ubuntu baru release, kita boleh mintak CD free, sekarang tak boleh dah. Bukan sebab Canonical kedekut, tapi dah ramai dan sekarang tiba masa kita plak mempromosi Ubuntu. Selamat menjadi hekes!

p.s : Ubuntu dicipta untuk kebaikan, diri andalah siapa diri anda....Guna Kali Linux pulak....

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...