Posts

Showing posts from September, 2009

>>> Hanya yang terbaru dalam Karmic Koala!

Image
Akhirnya, apa yang diwar-warkan sebelum ini telah menjadi kenyataan. Kemaskini terbaru dalam Ubuntu Karmic Koala Alpha 6 menyaksikan beberapa perubahan yang mengujakan setelah penantian sejak Hardy Heron 8.04! Tema default serba baru! Apa yang dapat anda lihat sebenarnya ialah, tema "Human" yang sama sekali diperbaharui dengan perubahan warna kepada coklat mengantikan legasi brown yang sebelum ini. Tema ikon juga telah memperlihatkan perubahan yang menarik. Nama kepada tema ikon ini ialah, Humanity ! Screenshot diatas merupakan gabungan tema ikon serba baru, tema desktop beserta rupa panel yang sangat menarik dan kemas. Kelihatan pihak pembangun ubuntu telah mengambil kira beberapa idea dan cadangan daripada penggguna ubuntu sebelum ini dan mengaplikasikan idea tersebut ke dalam karmic koala yang serba baru. Wallpaper? Ini ialah wallpaper terbaru Karmic Koala tetapi tidak pasti adakah ianya adalah wallpaper yang default dalam versi akhir yang akan terbit oktober i...

Ubuntu 10.04 LTS, "Lucid Lynx"

Image
Ubuntu versi LTS atau Long Term Support yang akan datang akan menggunakan nombor versi 10.04 dengan kod nama Lucid Lynx ─ diumumkan oleh Mark Shuttleworth pada selasa lepas. Dijadualkan akan diterbitkan sekitar April 2010, Lucid Lynx dijangkakan akan menampilkan pelbagai pembaharuan termasuk penggunaan Gnome 3.0, fokus kepada boot performance dan sebagainya. Apa itu LTS? Ubuntu mempunyai 2 versi pelepasan iaitu yang biasa dan juga LTS. Bagi pelepasan biasa (seperti versi 9.04, 9.10), pihak pembangun ubuntu akan menyokong versi tersebut hanya 18 bulan manakala bagi pelepasan LTS (seperti versi 8.04, 10.04), pihak pembangun ubuntu akan menyokongnya selama 3 tahun. Sokongan pembangun ubuntu? Sokongan disini termasuklah dari segi kemaskini keselamatan dan kestabilan. Jika versi yang digunakan telah melepasan jangka sokongan yang dijanjikan, ia tidak akan lagi dikemaskini dan pengguna akan mendapati software update bagi system utama ubuntu tidak lagi mempunyai kemaskini. Versi...

Quick Look untuk ubuntu akhirnya muncul juga!

Image
  Quick Look (QL) merupakan satu fungsi preview cara cepat dan mula diperkenalkan oleh Apple bermula dari sistem operasi Mac OSX Leopard. Tidak dapat saya bayangkan betapa saya sukakan fungsi ini kerana segala kerja-kerja preview fail seperti fail imej (jpg, png, gif, psd, eps..), fail audio (mp3, wma...), fail movie (avi, wmv, mpg, 3gp hehe...), zip fail (preview fail yang terdapat dalam zip file!) dan sebagainya boleh dilakukan dengan cepat tanpa perlu load perisian image viewer dan sebagainya yang pastinya memakan masa. Fungsi Quick Preview " Gloobus " untuk Ubuntu (Gnome)! Apa itu Gloobus? Ever been annoyed by those tiny miniatures of your files that are helpless. Outraged by the fact that there's no miniature for half of the file formats you're using. Excruciated by the painful loading time to see if you're dealing with the right file? Hail to Gloobus, for tis' is the Holy Grail of preview! Designed as an extendable, standards-compliant previewer , ...

Terkini!

Salam Ramadhan buat semua pembaca muslim. Saya sedang membuat beberapa perubahan keatas blog ini terutamanya dari segi template. Kelihatannya beberapa eksperimen lepas mendatangkan banyak masalah kepada pengunjung (twitter API?? - serius aku xtau apa2). Oleh itu tidak dapat tidak saya terpaksa mencari satu tema blog yang sesuai dan feel yang ngam dengan ubuntu yang bakal terbit iaitu 9.10, Karmic Koala. Doakan semoga blog ini semakin berseri selepas ini! Sekian.