Posts

Showing posts from December, 2009

Catatan akhir tahun 2009

Post yang pertama dicatatkan dalam blog ini ialah pada 16/10/2007 - kira-kira 2 tahun yang lalu. Berbagai cabaran dan pengalaman telah saya lalui sehingga ke hari ini. Jatuh, bangun, ketawa, tetapi saya tidak pernah menangis! Ternyata, menjadi penulis blog yang membincangkan "linux" apalagi "ubuntu" tidak seindah menulis blog tentang ini website saya, gosip artis, awek cun, dan topik-topik seumpama dengannya. Pada tahun 2007 itu, secara logiknya berapa keratkah rakyat malaysia yang menggunakan linux apalagi ubuntu. Dimana saya perlu mencari pembaca untuk blog yang saya hasilkan? Tidak ada pembaca, halatuju blog ini pastinya adalah kegagalan. Ianya tentang risiko. Menulis sesuatu tidak ramai orang minat dan tahu. Samada orang akan terus tidak tahu atau orang akan mula tahu dengan usaha penulisan kita. Namun, saya sendiri terkejut dengan apa yang telah terjadi 2 tahun selepas itu. Linux dan ubuntu kian meniti bibir pengguna komputer di malaysia dan peratusannya se...

Memasang GnoMenu 2.2 dalam Karmic

Image
Entry ini atas permintaan bro zaiem, thanks. Sebenarnya saya telah menulis berkenaan GnoMenu pada suatu ketika dahulu . Memandangkan GnoMenu versi 2.2 ini agak menarik untuk dicuba, lalu saya mencubanya sendiri dan menggunakannya sebelum saya menulis (dan itulah yang selalu saya lakukan). Gnomenu 2.2 membawakan fungsi-fungsi dan perubahan terbaru antaranya pengurangan penggunaan memori sebanyak 60% berbanding versi sebelumnya. Perubahan lain termasuklah - New theme lancelot, emulates the look of the kde lancelot menu - added gmenu side by side with xdg menu - support for XDG_MENU_PREFIX - Improved gtk theming - More translations - New svg logo by Darkhaseo - Improved speed - No more flickering on vista like menus Memasang GnoMenu 2.2 dalam Karmic Koala 1.Masukkan command berikut ke terminal (memasukkan repository) sudo add-apt-repository ppa:gnomenu-team/ppa 2.Diikuti dengan command ini (refresh & install) sudo apt-get update && sudo apt-get install gno...

Pasaran telah menolak linux desktop?

Image
Kita kembali kepada isu ini. Satu persoalan yang membingungkan dan masih tiada jawapan pasti. Saya baru sahaja membaca artikel " The market has rejected linux desktop " di ZDNetAsia. Ianya satu artikel yang membuat kesimpulan bahawa pasaran telah menolak linux desktop berdasarkan kepada market share sistem pengoperasian komputer. Antara hujjahnya, jika sekiranya pasaran telah menerima linux desktop, sudah tentu akan wujud petanda atau perubahan yang meyakinkan dalam market share sistem pengoperasian apabila trend netbook dikuasai oleh linux pada tahun 2009. Namun perangkaan menunjukkan peningkatan market share linux masih pada skala yang cukup kecil dari perspektif pegangan pasaran sistem pengoperasian. Kesimpulan pahitnya ialah, pasaran telah menolak linux desktop ! Mengapa linux ditolak? Dalam artikel berkenaan, terdapat 4 sebab mengapa linux ditolak. 1.Masih terlalu banyak kesukaran 2.Strategi "pecah" yang gagal 3.Tiada inovasi yang cukup 4.Orang b...

Perbualan Suami Isteri

Sori, saja nak update blog.. Suami : (Setelah balik lewat dari pejabat) "Selamat malam sayang, sekarang saya logged in." Isteri : Abang ada beli tak barang yang saya pesan tadi? Suami : Bad command or filename. Isteri : Tapi kan ke saya dah call abang pagi tadi kat pejabat suruh abang beli! Suami : Errorneous syntax. Abort? isteri : Ish. Abang nih, takkan itu pon tak ingat? Hahaa..... Abang kata tadi dalam telefon nak beli tv? Mana dia? Suami : Variable not found... Isteri : Abang nih memang tak bole harap la. Bak kad kredit abang. Biar saya pergi belikan dan shopping barang dapur sekali. Suami : Sharing Violation. Access denied... Isteri : Abang ni tak sayang saya ke? abang lebih sayang komputer abang tu dari saya. Saya tak tahan la kalau macam ni selalu. Suami : Too many parameters... Isteri : Saya menyesal pilih abang sebagai suami saya. Harapkan muka je hensem. Suami : Data type mismatch. Isteri : Abang nih memang betul-betul tak berguna la. ...

Apa yang harus dilakukan apabila berhadapan masalah dengan ubuntu

Saya menerima banyak email bertanyakan pelbagai soalan tentang masalah yang timbul dalam ubuntu. Maaf kerana saya tidak berkesempatan menjawabnya kerana masih terlalu banyak perkara yang memerlukan perhatian saya. Sesungguhnya, saya ingin menjawab begini; Terima kasih diatas email anda. Sila lakukan seperti berikut untuk menyelesaikan masalah yang anda hadapi : - 1)Buka ubuntu 2)Klik pada Applications > Accessories > MagicApp 3)Klik Apply dan semua permasalah ubuntu anda akan selesai! Apakan daya, ianya tidak semudah itu. Tidak ada butang ajaib dan kebanyyakkan masalah yang diajukan memerlukan proses yang detail untuk diselesaikan. Sorry. Jadi saya mengambil inisiatif ini untuk menulis tentang bagaimana untuk berhadapan dengan masalah ubuntu anda. Google adalah kemestian! Saya tidak faham. Mengapa ramai yang takut untuk mencari penyelesaian masalah mereka menggunakan google. Adakah persoalan bahasa wujud menyebabkan sesetengah pengguna ubuntu lebih selesa membaca ...