Posts

Linux vs Winduz.

Pendapat anda??

Linux Sucks!!

Untuk Pengetahuan Lanjut, sila baca Artikel ini . Terima Kasih tmukmkd~~

Menemui Sabily : Menjenamakan semula Ubuntu Edisi Muslim

Image
Salam untuk semua peminat ubuntu untuk malaysia. Maafkan saya kerana sudah agak lama "diam" dari menulis. Saya terpanggil menulis entri ini apabila membaca blog InfoMalaya yang telah review serba sedikit tentang Sabily , nama baru kepada Ubuntu Edisi Muslim. sori bat, aku cilok dr blog ko pic ni.hehe.. Sabily ialah sistem operasi berasaskan ubuntu linux yang dibangunkan khas untuk orang Islam (Muslim). Software utama yang dimuatkan dalam Sabily adalah Zekr (Mashaf-Othman) – Bacaan dan terjemahan Al-Quran. Minbar – Aplikasi waktu solat, Kalendar Hijrah dan beberapa aplikasi tambahan lain. Nama sabily diperkenalkan sebagai penjenamaan semula Ubuntu Edisi Muslim bermula dari versi ubuntu 9.04. Oleh kerana ianya adalah berasaskan ubuntu , maka cara penggunaannya, software dan sebagainya adalah sama dengan sistem operasi ubuntu yang standard. Transform ke Sabily dari ubuntu 9.04 standard Dalam ubuntu 9.04 shj, masukkan command berikut ke dalam terminal ; sudo wget http://www.sab...

Back In Time - Satu Perisian Backup untuk ubuntu.

Image
Salam saya dari kesibukan. Kali ini, saya ada tutorial macam mana untuk melakukan proses instalasi Back In Time, satu perisian yang saya anggap amat berguna untuk backup ubuntu kita. Segala-gala tentang perisian ini terdapat di sini . Tanpa melengahkan masa, mari kita mulakan! 1) Edit fail /etc/apt/sources.list sudo gedit /etc/apt/sources.list 2) Tambahkan command ini pada sources.list kita. deb http://le-web.org/repository stable main 3) Save dan exit. 4) Masukkan informasi GPA key wget http://le-web.org/repository/le-web.key sudo apt-key add le-web.key 5) Update sudo apt-get update 6) Instalasi Back In Time sudo apt-get install backintime-common backintime-gnome 7) Perisian tersebut akan berada di System Tools>Back In Time Contoh Screenshot:

BitDefender AntiVirus dengan Lesen PERCUMA Setahun.

Image
Semua distro linux terkenal dengan kekebalannya terhadap virus yang terdapat dalam Internet hari ini. Walaupun begitu, BitDefender telah bermurah hati dengan mengeluarkan satu anti-virus percuma terhadap ubuntu. Saya rasa tidak salah untuk mencuba perisian yang bagus ini, terutamanya untuk scan partition Winduz anda. Apa yang perlu anda lakukan adalah: Dapatkan Lesen Percuma (Untuk Kegunaan Personal Sahaja) Pergi ke laman ini untuk mendapatkan lesen percuma selama setahun. Di sini saya ingin mengingatkan bahawa lesen ini hanyalah untuk kegunaan personal sahaja. Isi maklumat yang dikehendaki (*) dan lesen akan dihantar ke dalam e-mail anda. Muat-Turun Perisian 1. Dalam laman ini , klik butang Download. Isi butir-butir yang dikehendaki dan klik butang Submit. 2. Setelah klik butang Submit, satu link untuk muat-turun perisian akan dihantar ke e-mail. 3. Klik link yang telah diberikan kepada anda dan pilih " BitDefender Antivirus Scanner for Unices (Linux, FreeBSD) " 4. Page ber...

Tutorial : Cara Mudah Instalasi Firefox 3.5 (Shiretoko)

Saya juga kurang pasti kenapakah firefox 3.5 datang dengan nama Shiretoko dalam distro linux. Tetapi, anda boleh melakukan proses instalasi dengan mudah. 1) Backup Firefox asal anda. cp -r ~/.mozilla/firefox/ ~/firefox_backup 2) Masukkan command di bawah pada terminal. wget -O - http://releases.mozilla.org/pub/mozilla.org/firefox/releases/3.5/linux-i686/en-US/firefox-3.5.tar.bz2 | tar xj -C ~ 3)Untuk membuka firefox, pergi ke home folder anda, buka folder firefox dan klik dua kali fail firefox. Anda juga boleh buka firefox dengan command ~/firefox/firefox 4) Untuk menambah aplikasi firefox ke menu utama, pergi ke System>Preferences>Main Menu 5) Pada ruangan "Command Field", masukkan direktori firefox anda, contoh home/namapengguna/firefox/firefox 6) Pada ruangan "Name Field" pula, masukkan Firefox 3.5 SELAMAT MENCUBA!! p/s: Aku suka sangat "PRIVATE BROWSING...MUAHAHAHA!!" Sedikit sisipan video tentang apa yang baru tentang Firefox 3.5:

Ubuntu adalah Microsoft

Image
PWND, itu saja yang dapat dikatakan. Tapi apa boleh buat, company besar pun boleh buat kesalahan ejaan. Sungguh tak disangka, tapi apa yang lebih menyedihkan ialah print-screen. Harap DELL dapat perbaiki dengan segera. credit to : linuxologist