Posts

Sync Nota Tomboy dengan UbuntuOne

Image
Satu benda yang saya tak suka apabila membuat nota dalam komputer ialah, nota itu akan hilang apabila sistem operasi terpaksa direinstall. Namun apabila trend cloud computing mula berkembang dan munculnya storage maya seperti Dropbox dan terbaru UbuntuOne, nampaknya masalah yang dihadapi sebelum ini sudah ada jalan penyelesaian yang lebih baik dari sekadar backup secara konventional ke dalam external drive. Hari ini saya ingin membuat satu tutorial mudah bagaimana anda boleh setup fungsi sync nota tomboy desktop ubuntu anda ke dalam storage maya UbuntuOne. Dengan mengaktifkan fungsi ini, jika anda terpaksa reinstall ubuntu dimasa hadapan atau mempunyai komputer yang berlainan di tempat yang berlainan (seperti ditempat kerja dan rumah atau dirumah isteri pertama dan kedua ), ada dengan mudah dapat sync nota tomboy anda dan zaaap, nota anda yang anda save di komputer lain masuk ke dalam komputer yang sedang anda gunakan. Caranya mudah. Buka tomboy dan buka Preferences > Synchroniza...

[VIDEO HD] Fungsi Resynthesizer dalam GIMP

Tertarik dengan post yang telah dibuat oleh bro Adi tentang satu plugin dipanggil Resynthesizer dalam GIMP. Plugin ini mampu menghilangkan sesuatu kewujudan dalam gambar sepertimana fungsi terbaru dalam Photoshop CS5 iaitu Content-Aware Fill . Dalam ubuntu, sila masukkan command berikut untuk memasangnya dan cara penggunaanya adalah seperti dalam video diatas. sudo apt-get install gimp-resynthesizer Amacam?

Plugins Extra untuk Compiz Fusion dalam Lucid Lynx

Image
Hari ini saya perasan, secara default, terdapat beberapa efek compiz yang saya gemari tiada dalam pilihan ccsm. Nota : ccsm ialah CompizCompiz Setting Manager untuk menetapkan efek compiz dalam ubuntu. Antara efek tersebut ialah 3D Cylinder dan Sphere, 3D Windows, dan banyak lagi. Untuk memasang efek ini dalam ubuntu anda, sila masukkan command berikut ke dalam terminal; sudo apt-get install compiz-fusion-plugins-extra Kemudian barulah anda boleh gunakan gunakan setting ccsm untuk hasilkan effek seperti diatas. =)

Enablekan Menu System Icon dalam Ubuntu

Image
Sebaik memasang ubuntu 10.04 secara clean install, saya perasan Ikon System Menu tidak kelihatan secara default. Untuk enablekan icon, buka terminal dan masukkan command berikut; gconftool-2 --type Boolean --set /desktop/gnome/interface/menus_have_icons True Dan anda akan mendapati icon akan muncul kembali dalam Menu System. Nota : Entry ini khas untuk newbie.

Steam untuk linux dan Pidgin 2.7.0 fungsi Buzz

Image
Para pengguna linux yang meminati game, kini ada berita baik iaitu Steam untuk linux akan dilepaskan dalam masa beberapa bulan dari sekarang. Berikut merupakan pengumuman yang dibuat oleh Valve ketika Steam versi Mac OSX dilepaskan kepada umum 12 May lalu . Sementara itu, Pidgin 2.7.0 telah dilepaskan dan antara pembaharuan yang dibawa ialah fungsi Attention atau Buzz bagi protokol yang menyokongnya. Untuk memasangnya ke dalam ubuntu masukkan command berikut ke dalam terminal; sudo add-apt-repository ppa:frasten/ppa sudo apt-get update && sudo apt-get upgrade Amacam?

9 Langkah Memasang Sistem Operasi Ubuntu 10.04 Dalam Komputer

Image
Kepada anda diluar sana yang masih takut-takut untuk memasang sistem operasi ubuntu kedalam komputer anda yang bermasalah dengan windows , anda boleh mengikuti langkah demi langkah berikut tanpa was-was. 1.Download ISO ubuntu disini dan kemudianya "burn" ISO tersebut dalam bentuk image ke atas sekeping CD yang belum digunakan. Selesai, masukkan CD tadi ke dalam CD/DVD drive dan biarkan komputer boot ke dalam CD tadi dan anda akan berjumpa dengan screenshot dibawah. 2.Selepas proses loading berkenaan, muncul tetingkap seperti dibawah dan anda boleh memilih samada untuk mencuba ubuntu (dipanggil LIVE CD) tanpa memberi kesan kepada komputer anda atau memilih untuk memasang ubuntu ke dalam komputer. Sila pilih untuk memasangnya ke dalam komputer. Anda juga boleh memilih bahasa disebelah kiri. 3.Kemudian anda perlu memilih lokasi dan time zone anda. Sila pilih menggunakan dropdown menu atau klik pada peta yang dipaparkan. 4.Pilih keyboard layout yang digunakan oleh kompute...

Humble Indie Bundle Mengutip Lebih USD1 Juta!

Image
Screenshot disebelah merupakan statistik semasa (real-time) jumlah kutipan dana yang berjaya dipungut oleh Humble Indie Bundle. Humble Indie Bundle merupakan satu usaha untuk mengutip dana bagi meng"open source"kan 4 game (yang multi platform - untuk linux, mac dan juga windows). Kaedah pembelian game bundle ini cukup mudah iaitu bayar berapa sahaja yang disukai dan dapat 5 game yang nilainya USD80 jika dibeli secara berasingan. Dengan nilai pembelian anda tersebut, pembeli boleh memilih untuk menyalurkan duit samada untuk pembangun game, kebajikan atau kedua-duanya. Namun terdapat satu fakta yang telah dibuktikan melalui statistik diatas bahawa pengguna linux adalah penyumbang yang berani meletakkan harga paling tinggi untuk 5 game tersebut. Ianya diikuti oleh pengguna Mac OSX dan akhir sekali ialah pengguna windows. Adakah statistik ini menunjukkan secara solid bahawa pengguna Linux lebih memahami kebaikan apabila sesuatu perisian itu di open source kan? Owh sebelu...