Posts

LibreOffice 3.3 Dilepaskan : OpenOffice.org dalam kenangan

Semalam, LibreOffice 3.3 telah dilepaskan kepada umum untuk dicuba dan digunakan oleh orang ramai. LibreOffice adalah nama baru dan landasan baru bagi OpenOffice.org yang kini telah tinggal kenangannya sahaja. Bagi pengguna ubuntu, anda sepatutnya boleh memasang LibreOffice 3.3 menggunakan kata arahan berikut; sudo add-apt-repository ppa:libreoffice/ppa sudo apt-get update && sudo apt-get install libreoffice Antara ciri dan fungsi terbaru bagi versi 3.3 ini ialah Import and work with SVG files Easy way to format title pages and their numbering in Writer Improved Navigator Tool for Writer Improved ergonomics in Calc for sheet and cell management Microsoft Works and Lotus Word Pro document import filters. Selain itu, ubuntu natty narwhal yang bakal terbit april ini juga akan menggunakan LibreOffice bagi menggantikan OpenOffice.org yang selama ini menjadi aplikasi wajib bagi ubuntu.

Animated Desktop Wallpaper Ala Android Untuk Ubuntu

Image
Sekiranya anda biasa dengan android, anda tentunya mengenali animated wallpaper untuk android. Kini, konsep yang sama telah diaplikasikan untuk ubuntu. Saya sendiri telah mencuba dan animasinya sangat lancar dan memerlukan OpenGL untuk berfungsi normal. Seandainya ubuntu anda boleh mengaktifkan compiz, saya kira tiada masalah untuk anda mencuba animated desktop wallpaper ini pada komputer anda. Cara Pemasangan Buka terminal dan masukkan kata arahan berikut; sudo add-apt-repository ppa:ilap/lwp sudo apt-get update sudo apt-get install compiz-plugins-livewallpapers Selesai proses pemasangan ini, sila lakukan; Right Click pada desktop > Change Desktop Background Klik pada butang Add > Masukkan /usr/share/backgrounds/ pada location bar Pilih Space_by_ilap.jpg sebagai wallpaper Tutup tetingkap tersebut. Langkah seterusnya memerlukan anda mempunyai CCSM atau CompizConfig Settings Manager. Buka aplikasi CCSM ini kemudian enablekan Galaxy Live Wallpaper . Seterusnya, ...

Mencuba Unity 2D Launcher dalam sesi Gnome normal

Image
Unity ialah interface desktop serba baru yang bakal digunakan secara default dalam ubuntu 11.04 Natty Narwhal. Interface unity ini unik kerana ia tidak lagi seperti Windows, tidak juga seperti Mac OSX. Keunikan unity ditambah dengan kewujudan launcher di sebelah kiri desktop mewujudkan ruang vertikal yang lebih besar dan ruang horizontal yang minima daripada kebiasaan. Kini pengguna ubuntu yang ingin mencuba launcher unity dalam sesi Gnome yang biasa tanpa perlu logout dan bertukar sesi boleh memasangnya dengan cara berikut; Buka terminal dan taipkan kata arahan di bawah. sudo add-apt-repository ppa:unity-2d-team/unity-2d-daily sudo apt-get update sudo apt-get install unity-qt-default-settings sudo apt-get dist-upgrade Selesai proses ini, tekan Alt + F2 dan masukkan unity-qt-panel Selamat mencuba.

Melayubuntu sekian lama tidak dikemaskini

Image
Lalu anda tertanya-tanya, apa yang dah jadi? Penulis melayubuntu ini masih "ok" atau ... Percayakah, antara benda yang paling susah untuk dilakukan ialah konsisten - lebih-lebih lagi apabila anda mempunyai terlalu banyak komitmen lain. Kita terpaksa mengutamakan komitmen yang menduduki tangga teratas carta prioriti dan ketika masa membatasi segalanya, akan ada komitmen yang terkorban - atau setidak-tidaknya terbiar usang. Saya merasakan ini adalah entry pertama pada tahun baru 2011. Sekiranya anda mempunyai sebuah blog yang pelawatnya sekitar 400 orang sehari, mengemaskini entry pertama pada pada hari ke 16 tahun baru bukanlah satu perbuatan yang patut dicontohi sama sekali. Buat masa ini saya sedang mencari 2 keperluan yang telah hilang dari diri saya secara tiba-tiba iaitu; Masa Keghairahan menulis Sehingga itu, blog ini akan usang dan sepi. Sepertinya sepinya diri saya dari kehadiran masa dan keghairahan menulis. Saya mendoakan ianya tidak lama. Terima kasih k...

Antara Remastersys dan APTonCD

Izinkan saya memberikan anda satu situasi. Katakan anda mempunyai satu sistem ubuntu yang telah terpasang siap dengan codecs, perisian kegemaran, disetup dengan efek desktop dengan segala bagai kelengkapan yang cukup membuatkan anda rasa selesa untuk menggunakannya. Persoalannya, katakan anda ingin memindahkan sistem ubuntu yang telah siap itu kedalam satu komputer baru, atau mungkin ke dalam komputer yang sama tetapi partition yang berlainan yang mempunyai ruang harddisk yang lebih besar atau mungkin ingin berkongsi setup sistem ubuntu tersebut dengan rakan-rakan anda. Apa yang harus anda lakukan? Sebenarnya terdapat 2 alat yang boleh menyelesaikan masalah sekiranya anda dalam situasi di atas. Remastersys APTonCD Seperti yang anda dapat baca, sebenarnya saya sudah tulis berkenaan kedua-dua alatan ini berserta cara menggunakannya. Jadi kepada yang berkenaan, saya harap dapat mencuba kedua-dua alat ini. Selamat mencuba.

Idea pasukan Elementary - Wingpanel

Image
Sekiranya anda pembaca tegar OMGUbuntu , pasti anda terbaca sesuatu berkenaan Wingpanel , altenatif gnome-panel yang menjanjikan penggunaan ruang vertikal yang lebih minimalis. Idea seperti wingpanel ini selain dapat keluar dari konsep Mac OSX, ianya juga dapat menggantikan gnome-panel yang selama ini sentiasa mempunyai banyak ruang yang tidak digunakan. Sekiranya anda masih kabur tentang wingpanel, sila saksikan video di bawah;   Pembangunan Wingpanel masih lagi dalam giat dijalankan dan kod Wingpanel masih lagi tidak begitu stabil dan serasi dengan sistem ubuntu yang sedia ada. Apabila munculnya Wingpanel yang stabil, saya akan tulis mengenai cara pemasangannya.

Blog melayubuntu kini menggunakan font 'ubuntu'

Image
Untuk makluman, tulisan (font) ubuntu kini telah dimasukkan ke dalam senarai sokongan Google Font Directory . Sekiranya anda mempunyai laman web ataupun blog, anda boleh menggunakan font ubuntu sebagai tulisan di blog anda menggunakan perkhidmatan google ini. Kini, blog melayubuntu juga telah mengguna font ubuntu untuk tajuk dan kandungan teks di dalam setiap entry blog ini. Apa komen anda?