Posts

Maverick untuk Win7 : Tema Ubuntu Untuk Windows 7

Image
Saya tidak pasti, tidak tahu, dan tidak mampu mengagak samada entry kali ini adalah untuk anda ataupun tidak. Namun sememangnya ianya bukan untuk saya kerana saya tidak menggunakan windows. Sekiranya anda pengguna windows 7 dan ingin ianya kelihatan seperti ubuntu maverick, tema yang dihasilkan oleh dpcdpc11 ini mungkin sesuatu yang berbaloi untuk dicuba. Klik imej untuk tumbesaran Sila lihat screenshot di atas. Percaya atau tidak, ianya adalah sistem operasi Windows 7 yang memakai tema Maverick untuk Win7. Sekiranya anda berminat untuk mencubanya, sila klik : http://dpcdpc11.deviantart.com/art/Maverick-for-Win7-194347855 [via : webupd8]

Sembang Hujung Minggu : Max OSX Lion dan Windows 8!

Image
Bagi penggemar dunia pengkomputeran, pengumuman Steve Jobs baru-baru ini berkenaan sistem operasi Mac OSX terbaru mereka iaitu versi 10.7 dan memakai kod nama "Lion" adalah sesuatu yang cukup mengujakan. Apple telah memperkenalkan beberapa fungsi dan ciri terbaru dalam sistem operasi Lion yang bakal dilepaskan sekitar hujung tahun ini dengan diinspirasikan oleh frasa "Back to the Mac". Mengapa? Ini kerana Apple telah membuat keputusan untuk membawakan ciri-ciri seperti Screen App, Full Screen App, dan sebagainya yang dahulunya mereka bangunkan untuk iOS ke sistem operasi Mac OSX. Bagaimana pula dengan Microsoft? Ya, mereka masih ada terlalu banyak peluru untuk dilepaskan sekurang-kurangnya untuk bersaing (sepatutnya) secara adil dengan pembangunan sistem operasi lain. Salah satu peluru mereka ialah Windows 8 yang akan diperkenalkan bersama-sama dengan antaramuka serba baru. Baru-baru ini, Microsoft juga telah memperagakan apa yang mungkin kita boleh anggap...

Postler : Aplikasi Email Elementary Dilepas Bebas

Image
Elementary atau Projek Elementary, merupakan sebuah projek yang bercita-cita besar untuk menghasilkan sesuatu yang lebih besar dari sekadar tema, ikon dan seumpamanya. Mereka ketika ini sedang bergerak ke arah sesuatu yang mereka gelarkan Elementary-OS yang boleh dirujuk melalui http://elementaryos.org/ . Untuk mencapai objektif itu, pembangun projek Elementary telah menghasilkan pelbagai idea, dan juga aplikasi berserta kod yang telah siap untuk dicuba dan antaranya ialah Postler, iaitu satu aplikasi Email Client sepertimana Evolution (yang kurang digunakan dalam ubuntu) atau Thunderbird. Kini, aplikasi Postler ini boleh dipasang ke dalam sistem operasi ubuntu menggunakan PPA dan kata arahan berikut; sudo add-apt-repository ppa:postler-dev/ppa sudo apt-get update sudo apt-get install postler Selepas pemasangan, Postler boleh dilancarkan melalui Applications > Internet > Postler Selamat Mencuba!

New Theme GEKOS Leopard Elementary (for Nautilus Elementary)

Image
Yups, kepada pengguna ubuntu yang tergila-gilakan tema ala-ala Mac OSX, kini anda mempunyai pilihan lain selain Mac4Lin iaitu tema yang boleh dimuatturun dari pautan ini: http://gekos.no/themes/gtk.html Daripada screenshot yang dilampirkan, saya merasakan tema ini adalah yang paling hampir untuk menyerupai tema Mac OSX sebenar. Sekian kemaskini ringkas daripada saya. (Takde idea nak tulis dah..haha)

Mengemaskini Openshot ke versi 1.3.0

Image
Sekiranya anda pembaca setia blog ini, anda tentunya biasa dengan aplikasi video editor yang diberi jolokan OpenShot ini. Kini, versinya telah dikemaskini kepada 1.3.0 yang pastinya menawarkan fungsi-fungsi baru seperti; A new user interface and icons Timeline and interface animations Smooth scaling Easier filtering of files/effects/transitions Video upload support for YouTube and Vimeo New 3D animations* (Snow, Particles, world maps and Lens Flare) Untuk mengemaskini ke versi terbaru ini, sila masukkan kata arahan dibawah ke terminal; sudo add-apt-repository ppa:jonoomph/openshot-edge sudo apt-get update && sudo apt-get install openshot Selamat mencuba.

29 cara untuk mengekalkan saya melawat blog anda berulang-ulang kali

Di petik dari Problogger.net , khas untuk rakan blogger. Nota : entry ini tiada kaitan dengan ubuntu. 1. Ajarkan saya cara untuk melakukan sesuatu 2. Hiburkan saya 3. Ransangkan pemikiran saya 4. Beritahu saya satu cerita 5. Hadiahkan saya dengan keputusan sesuatu kajian yang menarik 6. Buatkan saya ketawa 7. Ulas sesuatu produk atau perkhidmatan supaya memudahkan saya membuat pilihan 8. Beritahu saya mengapa dan bagaimana sesuatu itu berlaku untuk saya 9. Tunjukkan saya sebuah kajian kes dari sesuatu yang telah anda (atau orang lain telah) lakukan 10 Buatkan saya merasa seperti bukan saya seorang yang... 11. Ramalkan apa yang akan berlaku seterusnya 12. Kumpulkan apa yang orang ramai perkatakan tentang... 13. Berikan saya inspirasi 14. Berikan saya satu projek yang membolehkan saya cuba melakukannya 15. Berikan saya rasa seperti dimiliki 16. Jelaskan apakah maksud sesuatu 17. Simpulkan sesuatu topik atau isu 18. Bangkitkan keghairahan saya 19. Kenalkan saya kepad...

LibreOffice 3.3 Dilepaskan : OpenOffice.org dalam kenangan

Semalam, LibreOffice 3.3 telah dilepaskan kepada umum untuk dicuba dan digunakan oleh orang ramai. LibreOffice adalah nama baru dan landasan baru bagi OpenOffice.org yang kini telah tinggal kenangannya sahaja. Bagi pengguna ubuntu, anda sepatutnya boleh memasang LibreOffice 3.3 menggunakan kata arahan berikut; sudo add-apt-repository ppa:libreoffice/ppa sudo apt-get update && sudo apt-get install libreoffice Antara ciri dan fungsi terbaru bagi versi 3.3 ini ialah Import and work with SVG files Easy way to format title pages and their numbering in Writer Improved Navigator Tool for Writer Improved ergonomics in Calc for sheet and cell management Microsoft Works and Lotus Word Pro document import filters. Selain itu, ubuntu natty narwhal yang bakal terbit april ini juga akan menggunakan LibreOffice bagi menggantikan OpenOffice.org yang selama ini menjadi aplikasi wajib bagi ubuntu.