Posts

Ciri Yang Dijangka Dalam Ubuntu 11.10 Oneiric Ocelot

Image
  Ocelot Ubuntu 11.04 telahpun dilepaskan secara rasminya kira-kira sebulan yang lalu. Kini, komuniti ubuntu mula bercakap-cakap mengenai Ubuntu 11.10 yang memakai kod nama Oneiric Ocelot. Antara ciri-ciri terbaru yang dijangka akan disertakan dalam ubuntu versi yang bakal dilepaskan 5 lagi itu ialah; Linux kernel 2.6.40 GNOME 3 – tanpa Gnome Shell GTK 3 LightDM sebagai default login manager X.org 1.10 Penambahbaikan Unity dan bug fixing Unity usability, accessibility, automated and stress testing Mozilla Thunderbird sebagai default mail client (Alpha 3) Deja Dup sebagai aplikasi backup Penambahbaikan Ubuntu Software Center terutamanya fungsi review dan rating Kemaskini Python ke 2.7 and 3.2 Artwork baru (jom berharap wallpaper ubuntu 11.10 bukannya penambahbaikan seperti 11.04 dari 10.10) Jadual pelepasan versi pembangunan Ubuntu 11.10 adalah seperti berikut; June 2nd, 2011 – Ubuntu 11.10 Alpha 1 release June 30th, 2011 – Ubuntu 11.10 Alpha 2 release August 4th, ...

Tatacara memasang perisian Miro 4.0 dalam Ubuntu 11.04

Image
Miro telah berkembang menjadi perisian multimedia sumber terbuka dan multi platform paling versatile pernah dibangunkan dan kini telah mencapai versi 4.0 yang membawakan ciri-ciri yang mengiurkan kepada pengguna. PPA rasmi bagi Miro 4.0 telah disiapkan untuk ubuntu 11.04 dan pengguna Natty Narwhal boleh terus memasangnya melalui tatacara berikut. Buka terminal dan masukkan kata arahan berikut satu persatu sudo add-apt-repository ppa:pcf/miro-releases sudo apt-get update sudo apt-get install miro Selain daripada ciri-ciri serta fungsi sedia ada yang mengagumkan, Miro 4.0 membawakan fungsi sokongan untuk sync muzik terus ke dalam telefon pintar Android. Insyaallah di kesempatan yang lain saya akan mengulas berkenaan fungsi ini.

Prestasi Ubuntu 11.04 & Unity Setakat Ini...

Image
Artikel ini ditulis selepas lebih kurang sehari saya menggunakan Ubuntu 11.04 atau kod namanya Natty Narwhal. Ubuntu versi baru yang dilepaskan pada penghujung april lalu ini di datangkan bersama antaramuka serba baru diberi nama Unity. Saya banyak mendengar komen dan pendapat pengguna yang terlebih dahulu berpeluang menggunnakan unity terutamanya soal kestabilan dan kemudahgunaannya disamping perbandingan dengan Gnome 3 yang dikatakan menawarkan antaramuka lebih mengancam. Saya mengambil sikap berdiam diri terhadap komen-komen tersebut sehinggalah saya sendiri yang memasang dan menggunakannya dalam komputer saya. Melalui pengalaman saya, saya simpulkan Ubuntu 11.04 & Unity kepada berikut; 1. Unity Launcher : berada di sebelah kiri skrin. Animasi 3D launcher ini sangat menarik namun fungsi autohide (default) adalah sangat merimaskan. Namun pengguna boleh disablekan fungsi autohide menggunakan CCSM - Ubuntu Unity Plugin. Saiz icon pada launcher juga boleh diubah menggunakan ...

Pengalaman Direct Upgrade Ubuntu 10.10 ke 11.04

Image
Apabila saya maksudkan direct upgrade, saya tidak maksudkan upgrade menggunakan Live CD Ubuntu seperti yang ditulis sebelum ini . Direct upgrade memerlukan anda memasukkan kata arahan update-manager -d dan prosesnya memerlukan anda memuatturun fail ubuntu yang ingin diupgrade secara terus (direct) menggunakan internet. Saya sama sekali TIDAK mengesyorkan anda menggunakan proses ini untuk memasang ubuntu 11.04 kerana beberapa sebab; 1. Ianya memerlukan internet yang pantas atau setidak-tidaknya kesabaran yang panjang. Sekiranya apa-apa berlaku ketika proses upgrade sedang berjalan (cth: blackout, poweroff, bla bla) banyak masalah akan timbul 2. Proses ini mempunyai kebarangkalian untuk merosakkan konfigurasi pengurusan software 3. Apabila ada masalah dikemudian hari, masalahnya sangat pelbagai bergantung kepada kondisi konfigurasi ubuntu anda sebelum proses upgrade dilakukan. Namun pada saya proses upgrade direct ini mempunyai kebaikan contohnya ia tidak membuang software y...

KOSTEM : Mengkoperasikan Sumber Terbuka di Malaysia

Image
Assalamu'alaikum & salam sejahtera. Sirih berlipat sirih pinang, Sirih dari Pulau Mutiara; Pemanis kata selamat datang, Awal Bismillah pembuka bicara . Apabila saudara Zul memberi kebenaran kepada untuk menulis di dalam Ubuntu Untuk Malaysia ini, terasa gugup seketika. Ya lah, blog yang mempunyai pengikut dan trafik yang tinggi macam ni, layakkah untuk diri ini mencoret untuk berkongsi sekelumit ilmu yang ada? Terasa kerdil bak seekor semut hitam yang berjalan di atas seketul batu hitam di tengah-tengah malam yang gelap.. Oh, mampukah diri ini?... Ok, cukup monolog yang tak kemana itu :) Diringkaskan cerita, saya lebih dikenali di dunia maya dengan panggilan MakLaN. Dan kemunculan di blog untuk membawa satu cerita yang penuh berhajat.. Pendahuluan KOSTEM Pada awal Oktober 2010, semasa berbincang mengenai topik ' OSDC.my Master Plan ' di mailling list OSDC.my , salah seorang ahli perbincangan iaitu Saudara Lutfi telah membangkit isu bagaimana untuk menjana ekonomi ahli...

Sabily 11.04 Al-Badr Dilepaskan

Image
Sabily 11.04 kini dilepaskan boleh dimuatturun di  http://www.sabily.org/ . Memakai kod nama Al-Badr, Sabily 11.04 memperkenalkan beberapa pembaharuan berbanding versi sebelum ini. Apa yang terbaru - New "Al-Badr" pictures and wallpapers, new plymouth and GDM themes - unity and unity 2D available on the DVD, but ubuntu classic (gnome 2) set by default - new Firefox persona Aplikasi baru - islamic-date: extension for the Iceweasel/Firefox web browser that displays Hijri date - zakat-calc: Sabily Zakat provides zakat calculations for Muslims - gufw: easy to use Ubuntu Firefwall - desktopnova (replacing wallpaper-tray) - autoKey: to avoid typing frequently encountered words - recordmydesktop: record desktop sessions to a video file (Ogg-Theora-Vorbis file) - anki: extensible flashcard learning program Diwarisi dari ubuntu 11.04 - Unity desktop - Firefox 4 - LibreOffice (replacing OpenOffice) - Banshee (replacing Rhythmbox) - Linux Kernel 2.6.38 (with the ...

Upgrade Android Nexus S Ke Versi 2.3.4 Secara Manual : Tutorial & Pengalaman Saya

Image
Google telah mengumumkan versi kemaskini terbaru bagi sistem operasi telefon pintar mereka iaitu Android dengan nombor pelepasan 2.3.4 dan memperkenalkan satu ciri yang selama ini dinanti-nantikan - Video Chat pada aplikasi Google Talk. Seperti biasa, kemaskini daripada google akan dinikmati oleh telefon keluaran google terlebih dahulu dan bagi kes ini, Nexus S adalah telefon pintar pertama yang dapat merasa kemaskini ini. Di Malaysia, model Nexus S yang dibawa masuk adalah i9023 menggunakan Super LCD Screen berbeza dengan model di US iaitu i9020 yang menggunakan Super AMOLED Screen. Perbezaan bukan sahaja disitu, namun Build number juga berbeza-beza dan perbezaan ini menyebabkan saya gagal untuk mengemaskini secara manual Nexus S yang saya gunakan sekarang. Namun hari ini saya merasa bertuah kerana akhirnya terdapat satu cara untuk upgrade Android Nexus S model Malaysia ke versi 2.3.4. Caranya adalah seperti berikut; 1. Muatturun fail ini  (94.8MB). Selesai muatturun, nama...