Posts

Menggunakan Desktop Gnome 2 (Classic Desktop) Dalam Gnome 3

Image
Jadi, tak semua orang sukakan perubahan. Apabila Gnome 3 dilepaskan dengan pengalaman kepenggunaan yang serba baru dengan memperkenalkan apa yang digelarkan 'Gnome-Shell', tokoh yang berdiri mengkritiknya dengan hebatnya ialah pengasas Linux iaitu Linus Torlvalds . Walaubagaimanapun, tradisi perisian sumber terbuka membuktikan penggunanya sentiasa mempunyai pilihan lain, sekiranya tidak menyukai sesuatu pendekatan. Dalam hal ini, Unity tidak terkecuali. Ada segelintir pengguna ubuntu yang kurang senang dengan pendekatan antaramuka unity dan lebih sukakan apa yang mereka kenali sebagai Gnome 2 yang digunakan oleh Ubuntu selama ini. Sekiranya anda salah seorang yang tidak sukakan perubahan samada oleh gnome-shell mahupun unity, kini anda boleh mencuba apa yang dinamakan 'gnome-session-fallback' yang membolehkan pengguna Gnome 3 menggunakan interface klasik Gnome 2. Menarik! Untuk mencubanya, anda perlu memasang pakej berikut dalam ubuntu 11.10; sudo apt-get inst...

KOSTEM : Jom Realitikan

Image
KEMASKINI 7/09/2011 Bakal anggota dari Selangor telah mencapai minima yang diperlukan. Terima kasih kepada anda semua. --- Sudah hampir empat bulan setelah entri pengenalan KOSTEM di blog Ubuntu Untuk Malaysia ini. Dan saya akui, empat bulan merupakan satu tempoh yang sedikit lama untuk mengemas kini apa yang terbaharu berkenaan KOSTEM. Sudah daftar kah? Perniagaan telah dijalankan kah? Sudah ada keuntungan kah? :) Untuk pengetahuan pembaca dan bakal stakeholder , KOSTEM masih tidak lagi berdaftar sebagai satu koperasi yang sah untuk beroperasi. Ini kerana kami mengalami beberapa halangan kecil yang merencatkan proses tumbersaran menjadikan KOSTEM entiti yang sah beroperasi di Malaysia. Sedang gigih menyiapkan slaid pembentangan KOSTEM pada MOSC 2011 yang baru berlalu. Dek kerana kesilapan teknikal, terpaksa buat balik... Pada pandangan peribadi saya, perkara yang menjadikan KOSTEM masih tidak dapat didaftarkan adalah mereka yang berminat masih tidak mencapai minima yang telah digari...

MelayUbuntu setup: Shimgeek

Image
Projek ini bakal menjadi satu siri tetap yang akan dijalankan oleh Shimgeek untuk melihat apakah setup-setup yang digunakan oleh pengguna-pengguna Melayubuntu. Saya akan bermula dengan diri saya dahulu. Shimgeek atau nama sebenar Mohd Hashim bekerja sebagai kerani syarikat pembinaan. Apabila dia tidak bergelumang dengan lukisan-lukisan pembinaan beliau selalu godek-godek perisian computer seperti Inkscape dan Gimp. Seorang yang berminat dengan keindahan seni dan warna-warna, kadang-kadang berkicau di laman Twitter , dulu sangat aktif dalam FB sekarang dah kureng...menjadi penulis jemputan Melayubuntu sejak tahun 2010. Sangat obsesss dengan buku, jika dikira-kira bukunya lebih banyak daripada pakaiannya. Shimgeek setup: 1. Bagaimana Setup anda? 2. Apakah setup Ubuntu/Linux sekarang? Untuk seharian, saya menggunakan 14" acer aspire 4710, di mana merupakan laptop yang pertama dibeli semasa di universiti dahulu. Bagi saya ini merupakan laptop yang paling terbaik d...

Merdeheka kah kita?

Tahun ini kita akan menyambut hari kemerdekaan serentak dengan hari raya aidilfitri bagi yang beragama Islam, insyallah. Kemerdekaan yang disambut sejak 54 tahun. Dalam jangka masa 54 tahun itu adakah kita benar-benar telah merdeka dari erti kata sebenar?Kebebasan dalam memilih sesuatu produk, dan adakah kita didedahkan kepada pilihan-pilihan yang ada dan adakah kita tahu kewujudannya? Merdeka dalam definisi kamus Dewan bahasa dan pustaka edisi ke-empat adalah bebas daripada penjajahan, kurungan, naungan dan lain-lain; tidak bergantung pada yang lain; berdiri sendiri. Mungkin ada yang kurang Percaya jika saya katakan yang kita masih belum merdeka. Datuk nenek kita dahulu sahaja merdeka. Apa sebab saya mengatakan demikian; Kita ambil contoh sabun chap daki. Setiap hari kita lihat berulang-ulang kali produk sabun chap daki selalu terpampang di dada-dada akhbar dan kacamata televisyen. Satu situasi apabila anda pergi kekedai untuk membeli sabun, kebarangkalian sabun chap daki untuk a...

Perutusan Hari Raya Aidilfitri

Assalamualaikum & Salam Sejahtera. Sempena hari raya aidilfitri yang bakal tiba, saya dengan ini mewakili penulis-penulis blog melayubuntu ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri & Maaf Zahir Batin. Seandainya selama setahun ini terdapat tulisan-tulisan kami yang tidak tepat dengan selera pembaca berbentuk provokasi, mencerca, menghina terkasar bahasa, lengok tulisan yang memerli dan sebagainya. Sepuluh jari disusun, maafkan salah & silap. Semoga Hari Raya Aidilfitri kita semua tahun ini memahat sejuta makna yang indah. Wassalam.

Tema Icon Faience : Icon Berasaskan Faenza Memfokuskan Gnome 3

Image
Tema icon Faience adalah satu tema icon berasaskan tema icon faenza yang memfokuskan kepada Gnome 3 dan dihasilkan oleh Tiheum. Selain daripada menghasilkan tema icon, Tiheum juga telah menghasilkan satu tema juga dinamakan Faience untuk Gnome-Shell. Buat masa ini tema faience masih lagi sedang pesat dibangunkan namun pengguna boleh memuatturun untuk mencubanya dalam ubuntu terbaru yang bakal dilepaskan iaitu 11.10. Muatturun tema icon faience :  http://tiheum.deviantart.com/art/Faience-icon-theme-255099649 Muatturun tema gnome-shell faience :  http://tiheum.deviantart.com/art/Gnome-Shell-Faience-255097456

Versi Pembangunan Fedora 16 Alpha 1 Dilepaskan

Image
Versi pembangunan kepada salah satu distro linux terkenal, Fedora 16 alpha 1 hari ini dilepaskan kepada umum. Antara kunci perubahan yang diperkenalkan ialah; - System boot loader grub 2 - Sistem pengesanan sistem operasi secara automatik - Tiada desktop folder - boleh di-configure kembali - Gnome 3.1 - CPUFreq menggantikan CPUSpeed yang membolehkan pengguna membuat perubahan pada cpu clock speed - Mempertingkatkan fungsi virtualisasi - Baca Release Note. Berminat untuk memuatturun? Klik pautan di bawah; https://fedoraproject.org/en/get-prerelease