Tuesday, November 17, 2009

Memperkenalkan : Magento E-Commerce Sumber Terbuka


Atau ia tidak perlu lagi diperkenalkan kerana magento merupakan sistem e-commerce paling cepat berkembang dan memiliki ciri-ciri yang cukup fleksible, lengkap dan menyeluruh kepada pengurus sesuatu perniagaan online.

Ianya penyelesaian sumber terbuka untuk kegunaan kedai online yang mempunyai ciri-ciri professional dan disokong oleh modul, tema, extension, yang boleh didapati dan dipasang menggunakan fungsi magento connect yang benar-benar superp!

Kisah saya & Magento

Pada suatu hari, saya ada bertanyakan kepada bro #bizkut tentang harga standard untuk projek kedai online di halaman facebook. Bro #bizkut mengatakan biasanya dia dan teamnya mengambil projek kedai online dengan harga RM3K.

Disini saya berfikir, sekiranya saya dapat mempelajari cara membuat sistem kedai online, bayangkan potensi masa hadapan yang menanti. Pengembaraan saya bermula dengan mencuba beberapa sistem sumber terbuka seperti Oscommerce dan Zen-Cart.

Namun sentiasa saya merasakan yang saya perlukan sesuatu yang lebih lengkap dari Oscommerce dan Zen-Cart. Akhirnya saya mencuba magento. Sedikit komplikated bersama puzzle yang tidak didatangkan bersama klu. Bermakna saya perlu try & error, membaca, mencuba, gagal dan jatuh berulang kali sehingga saya benar-benar faham. Ianya mengingatkan saya kepada hari-hari pertama saya menggunakan ubuntu.

Memang, berbanding dengan sistem kedai online yang lain, magento memang lebih komplikated dan susah untuk diurus. Ia juga memerlukan server yang benar-benar mampu menyokong penggunaan RAM nya yang besar dan beberapa requirement lain yang menyusahkan (penerangan saya tidak detail dalam post ini). Namun apabila anda berjaya sampai kesuatu tahap, anda akan bersetuju bahawa magento adalah berada pada kelas tersendiri dari segenap segi.

Hasil Kerja

Perlu diingat bahawa saya;
  • tiada kepakaran php
  • tiada kepakaran css
  • tidak pakar dalam programming
Alhamdulillah, laman web Awalherba.com secara sistemnya telah siap dan hanya menunggu untuk memasukkan kandungan dan beberapa pengubahsuaian dari segi design. Awalherba.com juga mempunyai sistem Affiliate yang diintegrasikan dengan megento dengan amat mudah sekali.

Malaysia & Magento

Magento di Malaysia masih baru dan tidak digunakan secara meluas. Saya dapat mengesan hanya beberapa kerat web developer yang benar-benar menggunakan magento dan ini merupakan peluang keemasan untuk pembaca melayubuntu mendalami magento dan seterusnya melakukan sesuatu untuk ekonomi persendirian dan pembangunan perisian sumber terbuka di malaysia.

Ini...hanya satu permulaan.

15 comments:

  1. opencart (www.opencart.com) pun menarik untuk dicuba, mudah untuk pasang dan dikonfigurasi

    ReplyDelete
  2. Tak sabar nak mencuba Magento. Harap-harap ada masa untuk belajar

    ReplyDelete
  3. @mahirlinux : ntah knape aku xbrape berkenan ngn open cart..hehe..

    @anjung web : ada2kan lah masa 2..wakaka

    ReplyDelete
  4. saya sangat bersetuju,dan saya pernah mencuba magento,os commerce dan zen chart dan lain secara terus dalam sever saya sendiri bermaksud untuk belajar dan mengkaji ternyata magento "marveles" (cuma sikit penin) dari yang lain tu... hanya gunakan yang beginner dah memadai.Saya bercadang nak guna magento untuk projek2 seterusnya akan datang... moderator leh ajar kot...

    ReplyDelete
  5. wah.. mantab nih infonya. Nice posting. Makasih banyak ya ^_^

    ReplyDelete
  6. zul,tolong saya ,saya baru instal ubuntu,bila buka mozilla,tak boleh main video.nak tengok youtube tak boleh.
    saya cari kat plug in,tak ada.

    ramzi

    ReplyDelete
  7. sory out of topic cket,
    boleh tlg ajarkn cre nk install file tar.gz x??
    pening2,,
    cmne nk install lxsplit??

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum
    sy ingin bertanya kenapa ubuntu 9.10 selepas dibuat update,dua takleh nak boot....
    GNU GRUB version 1.97~1.97 beta 4
    [minimal bash-like line editing is supported....
    sh:grub>

    dulu semasa guna 9.04 ok jerkk..
    semua file yg sy download tak tau mcm mana nak amik
    mintak abg zul mcm mana nak selesai masalah GRUB tuuu

    ReplyDelete
  9. online cart RM3K tu kira murah la, biasanya syarikat tak keberatan nak bayar jumlah tu, kat malaysia syarikat paling mampu bayar (kebanyakkan) syarikat MLM atau Direct Selling diorang guna online untuk option kedua. banyak gak projek aku dapat guna joomla sebab suport dan plugin yang banyak serta percuma.

    apa2 bagus babe info kali ni bagi aku view baru nak buat sesuatu berkenaan e-commerce. nanti nak cuba lah magento ni

    ReplyDelete
  10. @Farid : yups...kalau MLM boleh sampai 20K utk website derang...3K mmg aku rasa murah..tp buat sendiri lagi murah plus boleh dapat ilmu...berbaloi-baloi...hehe

    ReplyDelete
  11. thanks...entry ni bagi semangat kat saya..

    ReplyDelete
  12. nice post about magento eCommerce . It's really correct one of the best eCommere site is Magento.Magento eCommerce

    ReplyDelete
  13. Interesting post for magento developer thanks for the share

    ReplyDelete
  14. It’s hard to find knowledgeable people on this topic, but you sound like you know what you’re talking about! Thanks

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...