Posts

Guna Pytube untuk download video dari youtube dalam ubuntu

Image
Disana mungkin terdapat banyak cara untuk kita download video kegemaran kita dari youtube. Tetapi adakah cara tersebut boleh melakukan kesemua perkara yang boleh dilakukan oleh pytube? Saya meraguinya...! Dengan interface yang mudah difahami, pytube mampu; Download video dari youtube dari url yang diberikan (unlimited) Fungsi search video secara terus dari pytube dan kemudian download fungsi apply audio into video, merge videos, rotate videos, generate ringtone, dan resize videos local multimedia encoding Cara Install; Download package .deb disini . Kemudian double click pada .deb tersebut dan tunggu sehingga selesai. Anda boleh dapatinya dalam menu sound & video. Semoga bermanfaat!

Tips untuk file manager dalam ubuntu - Nautilus dan PCMan FM

Image
Dalam ubuntu, nautilus bertindak sebagai file manager (pengurus fail). Namun file-file juga boleh diaccess dengan beberapa aplikasi dan cara lain seperti PCMan File Manager dan terminal. PCMan File Manager adalah aplikasi pengurus fail yang sangat ringan dan boleh dibuka dalam masa kurang dari 1 saat dalam komputer berkemampuan biasa. Selain kepantasan, terdapat satu fungsi dalam PCMan FM yang sangat berguna iaitu fungsi "open in terminal". Apabila anda navigate ke folder yang mempunyai nama yang panjang atau "unik" seperti OOo_3.0.0beta_20080429_LinuxIntel_install_en-US_deb dan seumpamanya, right click dan pilih Open in Terminal atau hanya perlu tekan F4 dan terminal yang telah dinavigate ke folder berkenaan akan terbuka. Ini adalah sangat berguna kerana masa untuk menaip nama folder tanpa kesilapan menaip dapat dikurangkan. Pun begitu, fungsi ini boleh "diadakan" dalam nautilus dengan menginstall nautilus-open-terminal (sudo apt-get install nautilus-open...

Pola pengunjung melayubuntu mengikut OS dan browser

Image
Rajah diatas menunjukkan beberapa perkara... 1-Pengguna windows adalah dominan 2-Pengguna firefox adalah dominan 3-Blog mengenai ubuntu linux, tetapi dibanjiri oleh pengguna windows. Itu hakikatnya. Meskipun market share bagi windows diseluruh dunia semakin menurun kepada 91% (anggaran), namun ia (windows) masih menguasai sebahagian besar market share dunia amnya dan malaysia khasnya -- sesuatu keadaan yang tidak begitu baik bagi penulis laman blog ubuntu seperti saya. Mengapa? Jika sembangkomputer.com yang telah mencapai entri ke 200 (tahniah) mendapat purata pelawat mencecah 2000 pelawat, blog melayubuntu ini yang mencapai 327 entri hanya mendapat sekitar 300 pelawat tegar (uniqe visitor) sehari. Itu indikator kepada betapa market share telah memainkan peranan dalam menentukan bilangan pelawat blog. Dan itu indikator kepada jumlah pengguna ubuntu di malaysia. Jika anda ingin blog mendapat sambutan, dilawati oleh ramai pengunjung, mendapat PR yang tinggi, ada beberapa cara. 1.Entri y...

12 Virus paling merbahaya sepanjang sejarah komputer

Sebenarnya, apabila saya menulis perkataan "komputer", ia agak tidak begitu tepat kerana tidak ada virus yang menyerang secara fizikal. Dan perkataan komputer pula begitu umum. Tajuk yang sesuai untuk entry ini mungkin, "12 virus paling merbahaya sepanjang sejarah windows". Blog TECH SOURCE FROM BOHOL yang merupakan blog kegemaran saya juga telah menyenaraikan 12 virus paling merbahaya sepanjang sejarah windows. Saya menulis artikel ini untuk rekod dan rujukan dimasa akan datang. 12 virus yang tersenarai ialah; 1.Virus ILOVEYOU (a.k.a loveletter) 2.Mydoom (W32.MyDoom@mm) 3.Blaster (Lovesan) 4.Sobig Worm 5.Code Red 6.CIH (chernobyl @ spacefiller) 7.Klez 8.Melissa 9.Sasser 10.Bagle 11.Win32/Simile 12.Nimda Anda boleh membaca lanjut tentang setiap virus berserta penerangan bergambar dalam blog diatas. Agak menarik untuk mengetahui fakta-fakta tertentu sebenarnya.

3 Langkah lajukan loading laman web dalam Firefox untuk Ubuntu

Seperti mana yang telah saya tulis dalam artikel sebelum ini ( 10 perkara yang harus diperbaiki dalam ubuntu ), ubuntu secara default didatangkan dengan sokongan keatas IPv6. Oleh kerana kebanyakkan ISP masih lagi tidak menyokong IPv6, ini menyebabkan internet dalam ubuntu adalah lebih lembab berbanding windows. Selari dengan hal tersebut, 3 langkah yang akan melajukan loading laman web ini adalah sesuatu yang sangat berkaitan. Caranya; 1.Taipkan about:config dalam address bar. 2.Taipkan IPv6 dalam ruangan filter. 3.Double click pada network.dns.disableIPv6 dan setkan valuenya kepada true Via : Hackosis

'DESKTOP ICON' DALAM UBUNTU

Image
Oleh Fahmi (www.sembangsini.com) Banyak pertanyaan dari beberapa pengguna Ubuntu tentang bagaimana nak letak ikon 'Computer' atau 'Trash' pada desktop. Setakat heret seret ke desktop tidak menjadikanya ikon. Apa kata ikuti langkah berikut. 1. Taipkan Alt+F2 . Bila keluar tetingkap taipkan gconf-editor. 2. Kemudian, akan keluar tetingkap seperti di bawah. Leraikan / expand senarai yang ada kepada berikut Apps > Nautilus > Desktop 3. Kemudian tandakan pada ikon yang dikehendaki. Selamat Mencuba!

MASALAH APLIKASI JAVA DENGAN OPENJDK ?

Image
Oleh : Fahmi ( www.sembangsini.com ) Bagi sesetengah orang yang memaki perisian yang ditulis dengan Java kadangkala mendapat ralat ketika menggunakan OpenJDK bagi menggantikan Java dari pengeluar asal (Sun). Saya sendiri menghadapi masalah ketika menggunakan LimeWirePro dan membuka beberapa laman yang menggunakan Java. Oleh itu, saya mengambil keputusan untuk menggunakan package Sun Java 6. Jadi ikuti langkah berikut. 1. Buka terminal. Kemudian taipkan: sudo apt-get purge openjdk-6-jre-lib a.Taipkan user password apabila diminta. b. Pilih yes. Ketika ditanya sama ada hendak membuang package yang dikehendaki. 2. Tutup terminal bila selesai.Kemudian, buka Add/Remove Programs. a. Tuliskan 'java'. b. Tandakan pada Sun Java 6 Runtime. c. Klik Apply Changes. Tunggu sehingga habis muat turun. Kemudian, anda secara automatik akan menggunakan Sun Java 6 menggantikan OpenJDK. Selamat berjaya.