Posts

T-Shirt Ubuntu : Ada cadangan?

Image
Design macam mana ok? Simple atau berkolar yang agak professional? Pastu, kat mana nak tempah t shirt ni area-area kuala terengganu nih?? Harga dalam berapa yang cun?? Warna background? Huh.. SOri, entri pendek sebab bizi.

Membina Laman Web Kedai Online Secara Percuma

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Agak lama tidak menulis di sini. Namun, kita semua patut berterima kasih kepada saudara Zul kerana tidak putus-putus menambah entri-entri terbaru di sini. Kali ini, penulis akan memperkenalkan satu aplikasi mudah dan pantas sesuai untuk pembangun-pembangun laman web menambah fungsi laman mereka. Penulis pasti yakin, anda semua tentu pernah lihat contoh-contoh laman web yang berorientasikan katalog jualan atau bahasa mudahnya kedai online. Dalam komuniti sumber terbuka, terdapat pelbagai aplikasi yang anda boleh dapati secara percuma, antaranya adalah, Zen-cart , Oscommerce dan banyak lagi. Hanya perlu goggle katakunci di atas dan pelbagai pilihan akan muncul.Entri kali ini, penulis akan lebih tertumpu kepada Quick.Cart , salah satu aplikasi yang dibangunkan oleh OpenSolution. Maklumat lanjut boleh didapati di sini . Contoh menggunakan Zen-cart Contoh menggunakan Oscommerce Serba ringkas mengenai Quick.Cart Dibangunkan oleh 4 orang pengaturcara (ber...

Promosi ubuntu di kolej ShahPutra - Edisi Pengesahan

Image
Kami sudah sampai keperingkat bahawa, kami akan lakukan apasahaja untuk merealisasikan program ini. Tidak ada pulangan yang lebih indah melainkan kepuasan, dan tidak ada usaha yang paling sempurna melainkan diakhiri dengan "aku telah melakukan yang terbaik!". Program yang dirancangkan hanya tinggal 15 hari. Kami telah menyelesaikan beberapa isu yang basic seperti pembahagian tugas, sukarelawan (masih terbuka untuk penyertaan), booking booth (amat strategik) , konsep dan pengisian. Segalanya semacam diatas landasan yang tepat. Hanya menanti untuk dipacu, menuju matlamat yang telah tertetap - spread linux to the masses! Saya ditugaskan menyediakan bahan-bahan bercetak. Apa jua yang diklasifikasikan sebagai bercetak - dari banner, pamphlet, tshirt dan apa jua yang difikirkan wajar. Ok, saya sudah bercerita tentang pencapaian setakat ini selepas beberapa hari idea ini dicetuskan. Untuk meneruskan program ini, sudah tentu memerlukan satu peruntukan kewangan. Jujur saya katakan, ha...

Phatch - Konsep baru memanipulasikan imej yang hebat

Image
Ini ialah perisian yang saya cari-cari selama ini untuk digunakan dalam ubuntu. Terima kasih kepada blog minda ict yang menulis tentang perisian ini. Damn cool! Jika anda blogger seperti saya, perisian sebegini WAJIB dimiliki (dengan sah) dan apalagi jika ia percuma, cross-platform, dan...damn, ianya open source! Dalam ubuntu, Phatch boleh diinstall menggunakan Add/Remove Apps. Taipkan "phatch" dan anda berada dilandasan yang betul. Bagi pengguna windows mahupun mac osx sila ke laman web phatch untuk tutorial tentang cara installasi yang betul. Ok, mengapa saya suka perisian ini? Ini kerana, perisian ini menyokong efek berikut; Auto Contrast - Maximize image contrast Background - Put colour under transparent image Border - Crop or add border to all sides Brightness - Adjust brightness from black to white Canvas - Crop the image or enlarge canvas without resizing the image Colorize - Colorize grayscale image Common - Copies the most common pixel value Contrast - Adj...

WinFF : Menukar apa jua format video dan audio dalam ubuntu dan windows

Image
Menukar format video dan audio tidak lagi terbatas kepada pengguna komputer yang advance sahaja. Kini, user biasa pun perlu mempunyai perisian converter untuk memudahkan kehidupan berkomputer mereka. Berapa harga yang sanggup anda bayar untuk satu perisian converter? $35 USD ( xilisoft )? Atau anda lebih suka perisian yang telah dicrack? Saya perkenalkan WinFF untuk anda, satu perisian video&audio converter cross-platform berasaskan sumber terbuka. Antara features pada perisian ini seperti berikut; Antaramuka yang senang digunakan dan difahami Pantas Output berkualiti Menukar hampir semua format yang mampu disokong oleh ffmpeg Menukar multi fail kepada output yang sama dalam 1 masa Menukar video ke audio (extract audio dari video) Menukar format audio Tak perlukan codecs tambahan (luaran) Memasukkan pelbagai ketetapan standard untuk penukaran format untuk peralatan tertentu (ipod etc) dan banyak lagi ( rujuk ) WinFF dalam ubuntu WinFF dalam windows xp Saya sudah beberapa kali meng...

Menambah fungsi social bookmarking tempatan kedalam blog

Image
image dari noktahhitam Jika anda perasan dalam setiap entri di blog melayubuntu saya telah menambah satu fungsi untuk menyenangkan anda bookmark ke Negaraku.net yang bertindak sebagai social bookmarking ala-ala digg.com. Walaupun disana sudah ada digg.com.my (dikenal sebagai layan) yang cuba menjadi digg.com tempatan, namun ia tidak menyediakan fungsi seperti apa yang disediakan oleh negaraku.net yang diasaskan oleh bro Noktah Hitam . Jika anda mempunyai blog samada di blogspot atau hosting berbayar menggunakan wordpress, anda boleh menambah butang bookmark kedalam setiap entri di blog anda dengan mengikuti langkah-langkah disini . Sebelum itu, sebaiknya daftarkan diri anda dahulu di negaraku.net untuk membolehkan anda bookmark atau mengundi artikel yang dihantar ke negaraku.net. Harus diingat, setiap artikel perlu dihantar sebelum boleh diundi. Contohnya, jika anda klik pada butang yang tertulis "GO", maka ia akan membawa anda ke halaman mendaftar artikel. Jika anda klik ...

Tingkatkan penggunaan Gmail dengan Better Gmail

Image
Bosan dengan gmail yang lesu dan biasa dan inginkan sesuatu yang boleh diubah-ubah? Kini kita ada firefox entension yang dinamakan Better Gmail yang membolehkan kita customize laman web gmail dan membuat perubahan padanya. Saya telah mencubanya dan sangat berpuas hati dengan option yang disediakan. Sebenarnya connection internet saya agak lembab dan ini menyebabkan kesukaran untuk load mail dari Gmail menggunakan Thunderbird. Oleh sebab itulah saya beralih kepada Gmail dalam browser dan tidak disangka-sangka bertemu dengan extensi0n yang sangat berguna ini. Anda boleh klik pada link diatas untuk membaca dan mengetahui lebih lanjut tentang fungsi Better Gmail dan jika anda pengguna Gmail, saya yakin anda pasti menyukainya!