Kami sudah sampai keperingkat bahawa, kami akan lakukan apasahaja untuk merealisasikan program ini. Tidak ada pulangan yang lebih indah melainkan kepuasan, dan tidak ada usaha yang paling sempurna melainkan diakhiri dengan "aku telah melakukan yang terbaik!". Program yang dirancangkan hanya tinggal 15 hari. Kami telah menyelesaikan beberapa isu yang basic seperti pembahagian tugas, sukarelawan (masih terbuka untuk penyertaan), booking booth (amat strategik) , konsep dan pengisian. Segalanya semacam diatas landasan yang tepat. Hanya menanti untuk dipacu, menuju matlamat yang telah tertetap - spread linux to the masses! Saya ditugaskan menyediakan bahan-bahan bercetak. Apa jua yang diklasifikasikan sebagai bercetak - dari banner, pamphlet, tshirt dan apa jua yang difikirkan wajar. Ok, saya sudah bercerita tentang pencapaian setakat ini selepas beberapa hari idea ini dicetuskan. Untuk meneruskan program ini, sudah tentu memerlukan satu peruntukan kewangan. Jujur saya katakan, ha...