Review KDE 4.2 dari seorang pengguna GNOME - Big is Beautiful.
klik untuk zoom fullsize. 1st impression saya tentang KDE 4.2 mungkin anda sudah baca dalam entri yang lepas. Ianya sesuatu yang menarik untuk "memaksa" diri sendiri menyukai sesuatu yang pada asalnya anda tidak suka. Saya menyahut cabaran yang melibatkan kekangan mind-set ini dengan harapan untuk mencari jawapan disebalik persoalan - mengapa peminat GNOME tidak menyukai KDE. Icon yang terlalu besar (king size), toolbar yang sememangnya lebar, dan ditambah pula dengan font yang "bapak besau" dan fat-button menjadikan interface KDE seakan-akan keanak-anakan atau juga interface untuk orang-orang rabun. Oleh kerana KDE adalah DE Open Source yang difahami meletakkan kebebasan (freedom) sebagai asas pembangunannya, kebarangkalian untuk semua itu diperbaiki tetap ada secara teorinya. Dengan kata lain, ianya customizable! Glossy. Saya bukan peminat glossy. Efek glossy pada KDE ialah pada panel dan dashboard. Anda boleh aplikasikan theme yang lain jika mata anda tidak seles...