Posts

Review KDE 4.2 dari seorang pengguna GNOME - Big is Beautiful.

Image
klik untuk zoom fullsize. 1st impression saya tentang KDE 4.2 mungkin anda sudah baca dalam entri yang lepas. Ianya sesuatu yang menarik untuk "memaksa" diri sendiri menyukai sesuatu yang pada asalnya anda tidak suka. Saya menyahut cabaran yang melibatkan kekangan mind-set ini dengan harapan untuk mencari jawapan disebalik persoalan - mengapa peminat GNOME tidak menyukai KDE. Icon yang terlalu besar (king size), toolbar yang sememangnya lebar, dan ditambah pula dengan font yang "bapak besau" dan fat-button menjadikan interface KDE seakan-akan keanak-anakan atau juga interface untuk orang-orang rabun. Oleh kerana KDE adalah DE Open Source yang difahami meletakkan kebebasan (freedom) sebagai asas pembangunannya, kebarangkalian untuk semua itu diperbaiki tetap ada secara teorinya. Dengan kata lain, ianya customizable! Glossy. Saya bukan peminat glossy. Efek glossy pada KDE ialah pada panel dan dashboard. Anda boleh aplikasikan theme yang lain jika mata anda tidak seles...

Gnome Do 0.8 Final.

Image
Kini Gnome Do 0.8 telah sampai ke versi stabil. Menawarkan pelbagai kemaskini yang seterusnya menjadikan ianya aplikasi yang WAJIB dipasang ke dalam ubuntu anda. 20 Plugins yang disertakan ke dalam Gnome Do secara tidak lansung meningkat produktiviti anda dan sekaligus menjimatkan masa. Docky Sebagaimana yang saya review sebelum ini, Gnome Do 0.8 ini memperkenalkan konsep (theme sebenarnya) Docky yang pada saya cukup kreatif mengabungkan Dock dan Do dalam satu interface yang cukup mudah dikenali dan diuruskan. File Preview Selain itu, Gnome Do juga mempunyai fungsi File Preview dalam bentuk thumbnail bagi image dan movie untuk membolehkan fail yang ingin anda buka dapat dikenalpasti terlebih dahulu. ..dan bermacam lagi fungsi baru. Enjoy!

KDE 4.2 "The Answer" mendarat megah!

Image
Setahun selepas kelahiran KDE 4.0, dan 6 bulan setelah KDE 4.1 dilepaskan, kini KDE 4.2 sedia untuk dipasang ke dalam desktop linux anda. Meskipun saya ialah pengguna GNOME tegar yang tiada kaitan apa-apa dengan KDE, namun kemunculan yang eksklusif sebegini kadang-kala menyebabkan saya terpanggil untuk mencuba KDE 4.2. Lantas saya memasukkan repo kubuntu-desktop dan memasangnya. Nampaknya saya hanya boleh mencuba versi KDE 4.2 RC2. Apa yang saya perasan setelah beberapa jam menggunakan persekitaran desktop KDE ialah, ianya mengingatkan saya kepada windows vista yang telah hampir setahun ditinggal sepenuhnya. Efek glossynya pula seakan-akan windows 7. Dude, gua tak minat efek glossy. Serius wa cakap lu. Mata gua cepat penat tengok benda2 yang glossy nih. Interface KDE 4.2 bagi saya cun tetapi effeck glossy adalah satu kelemahan yang nyata bagi saya secara peribadi. Wallpaper yang "blurry" pula menambahkan kepenatan mata saya untuk menatap interface KDE 4.2. Itu bagi saya dan ...

Download "Ubuntu Pocket Guide and Reference" secara percuma

Image
Jika anda membaca tentang Ubuntu Kung Fu, anda sepatutnya mengenali Keir Thomas iaitu penulisnya yang telah berjaya mengumpulkan hampir 300 tips dan tricks untuk ubuntu. Kini beliau muncul lagi dengan buku terbaru iaitu Ubuntu Pocket Guide and Reference . Buku ini memfokuskan; kompetensi dan pengetahuan asas ubuntu yang diperlukan untuk menjadi pengguna ubuntu yang pro boleh dibaca, dicapai dan mudah difahami walaupun anda belum pernah membaca dan menggunakan linux sebelum ini 100% baru dan Ori. Menrangkumi ubuntu 8.04 dan 8.10 Penulis buku ini saya kira cukup berbaik hati kerana ia telah menyediakan salinan PDF buku tersebut dan boleh didownload secara PERCUMA tanpa perlu membayar apa-apa. Dapatkan salinan anda hari ini juga!

Selamat hari jadi AKU.

Hari ini pada 1985. Pertama kali makhluk bernama cahaya memasuki retina mataku lantas ku kenal ianya sebagai dunia. Ya, ini hanyalah dunia yang fana. Hanyalah fatamorgana dari cahaya yang memasuki mata lantas otak mentafsirkan ia sebagai objek-objek yang dikenali melalui nama seperti kereta, perempuan, tahta.Semua objek tadi hanyalah idealis otak. Subhanallah. Ini bumiMu yang cukup luas untuk aku kenal kebesaranMu. Berikan aku hikmah kebijaksanaan untuk aku mengetahui bahawa kesemua ini bakal aku tinggalkan jua akhirnya. Syukur ke-hadratMu untuk umur yang engkau anugrahkan. Berikan aku kekuatan untuk tidak mempersiakannya. -ZULMALC'09

Kemaskini kedua Hardy Heron 8.04.2

Pasukan ubuntu semalam mengumumkan kemaskini kedua bagi ubuntu versi Hardy Heron LTS. Dengan hampir 200 kemaskini dilakukan terhadap versi sokongan jangka panjang ubuntu tersebut menjadikan Hardy Heron lebih stabil dan kurang membawa masalah kepada pengguna. Untuk makluman, Ubuntu hardy heron akan terus dikemaskini dari segi keselamatan dan kestabilan sehingga ke tahun 2011 untuk versi desktop dan 2013 untuk versi server.

Interface Wine: Buruk!

Image
Tengok screenshot diatas dan nyatakan komen anda. Tentunya komen anda ialah, kenapa begitu hudoh interface wine?! huhuhu.. Kalau didalam w!ndow boleh ditukar-tukar tema interface dia yang disebut Visual Style. Tapi dalam wine? Sememangnya wine menggunakan interface window classic sebagai default interface. Tapi tahukah anda didalam wine pun boleh juga kita guna Visual Style. Macam mana caranya? huhuhu.. Senang je.. Ikuti resipi ni: 1. Install wine (tu sudah pasti!) 2. Download visual style dari internet ( deviantart ) 3. Buka folder /home /.wine/drive_c/windows/ 4. Buat folder "Resources" dan "Themes" (maksudnyer, ia akan jadik /home /.wine/drive_c/windows/Resources/Themes/) 5. Kemudian cut and pastekan tema .msstyles yang anda download tadi kat dalam folder "Themes" 6. Bukak Wine Config 7. Pilih tema yang anda pastekan tadi dalam tab Desktop Integration 8. Klik Apply dan Ok 9. Siap! Selepas disolek cantik-cantik... p/s: guna theme Ubuntu Human kat sini . ...