Posts

Memperkenalkan Awalmart Corporation Sdn. Bhd.

Image
Mungkin ada dikalangan pembaca setia blog ini perasan yang saya tidak kemaskini blog ini sejak 18 April lalu. Sebenarnya, bermula dari 19 April saya merupakan pekerja sepenuh masa di Awalmart Corporation Sdn. Bhd. dan bertanggungjawab terhadap kerja berkaitan sistem IT (bukan programmer), dokumentasi, pemasaran melalui online dan pengurusan pejabat di HQ Awalmart yang terletak di 138-F, Wisma Sentosa, Jalan Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu. Awalmart Corporation Sdn. Bhd. ialah sebuah syarikat yang masih baru dan beroperasi menguruskan pengedaran dan pemasaran barangan herba "Traditional Chinese Medicine (TCM)" melalui e-Dagang (e-business). Apa yang menyebabkan saya menyertai syarikat Awalmart ialah kerana saya melihat kepada potensi yang dimiliki oleh Awalmart, pengalaman yang bakal saya perolehi, pembentukan karier peribadi dan pendapatan untuk jangka panjang. Awalmart menggunakan konsep e-business untuk memasarkan produk melalui sistem Affiliate yang seterusnya akan...

Selamat datang ke Jaunty Jackalope!

Image
Hari yang ditunggu sudah tiba, benda yang ditunggu sudah tersedia untuk dimuatturun, ditempah dan digunakan secara sah dan percuma tanpa perlu membayar 1 sen pun. Selamat datang ke Jaunty Jackalope - kod nama kepada versi 9.04 sistem operasi Ubuntu. Seperti mana sistem operasi lain seperti Microsoft Windows, Ubuntu 9.04 boleh dipasang ke dalam komputer samada desktop, laptop, netbook, atau juga server dan memperoleh kebaikan seperti mana berikut; Mengambil masa yang singkat untuk masuk kedalam sistem operasi Immune dari virus, spyware, adware, worms yang menyerang sistem operasi Microsoft Windows Puluhan ribu perisian percuma yang boleh dipasang dengan 1 klik Kestabilan sistem operasi yang tinggi dan bebas dari BSOD Sebuah sistem operasi lengkap dengan perisian pejabat OpenOffice.org 3.0 Kebebasan penggunaan diatas prinsip Sumber Terbuka Ianya PERCUMA! Jika anda tidak puas hati dengan prestasi Sistem Operasi Windows dalam komputer yang sedang anda gunakan, apa-kata anda mencuba ubuntu...

Pembahaharuan Network Manager 0.7.1

Image
Khamis lepas (kalau mengikut catatan saya), Red Hat telah melepaskan versi Network Manager 0.7.1 kepada umum. Saya tidak menulis entry ini jika ia tiada kaitan dengan ubuntu. Ubuntu 8.10 yang dilepaskan penghujung oktober tahun lepas dan kali pertama menggunakan Network Manager 0.7.0 yang membolehkan ubuntu menyokong mobile broadband 3G tanpa perlu lagi konfigurasi wvdial secara manual. Kemaskini kepada versi 0.7.0 ialah versi 0.7.1 yang bukan sahaja tampil dengan pembaikian ralat malah memperkenalkan sokongan dan ciri baru. Antaranya; Support for more mobile broadband devices and phones Plays better with stupid wifi and ethernet drivers Support for rfc3442 classless static routes The default “Auto eth0″ connection is now read/write Compatibility fixes for 802.1x PEAP authentication and 3G/PPP connections Reduced wakeups for power saving awesomeness Ability to deny specific devices the default route More correct display of wifi signal strength Custom IPv4 settings for mobile broadband ...

Ubuntu Jaunty Jackalope RC dan Tempah CD Jaunty Sekarang!

Image
Ubuntu 9.04, dengan kod nama "Jaunty Jackalope" Release Candidate telah dilepaskan untuk dimuatturun dan digunakan oleh umum. Ianya 100% percuma dan merupakan sebuah sistem operasi hebat yang membawa anda kepada dunia kebebasan berkomputer. Versi Release Candidate ialah satu versi pembangunan terakhir sebelum versi stabil dan penuh yang bakal dikeluarkan pada 23 hb April nanti. Antara yang paling menarik berkenaan versi terbaru ini ialah, proses boot yang sangat cepat. Kita sudah cukup bukti yang menunjukkan bahawa, jaunty jackalope mampu untuk boot dalam masa kurang 20 saat dan itu merupakan merit paling besar dalam dunia sistem operasi. (Manusia benci menunggu semata-mata untuk periksa email!) Perkara kedua yang ingin saya umumkan dalam entry kali ini ialah, mulai sekarang anda boleh menempah cd ubuntu jaunty jackalope dari laman web shipit dengan percuma dan semua proses yang akan berlaku selepas itu tidak memerlukan anda membayar apa-apa (=100% percuma!). Perincian anda...

Gwget : Download manager untuk ubuntu (linux)

Image
Wget adalah aplikasi hebat yang membolehkan anda memuatturun fail dari internet dengan mudah. Namun wget adalah aplikasi yang menggunakan CLI - tidak sesuai untuk pengguna yang takut dengan terminal (atau juga konsole). Namun begitu saya secara peribadi telah menggunakan wget buat sekian lama untuk memuatturun fail yang menggunakan direct link . Mengapa? Kerana saya mengalami pengalaman yang buruk dalam aktiviti muatturun fail menggunakan broadband no.1 di malaysia ini. Kadang-kala proses muatturun dengan firefox terhenti tanpa sebab, kadang-kala gagal ditengah jalan dan kadang-kala MD5 tersilap. Bayangkan anda telah menunggu proses muatturun hingga 3-4 jam dan disaat-saat akhir berlaku kegagalan tanpa sebab (atau sebab tak difahami). Ianya satu pengalaman yang cukup getir dan mengganggu kewarasan di atas paras pertimbangan logik. Mulut pula tak henti-henti membebel dan memaki hamun provider no.1 di malaysia alkisahnya yang tersebut. [mode membebel] Kesimpulannya, saya tidak gunakan ...

GDM berlatarkan pemandangan Kuala Lumpur

Image
Sdr. Ba'ang meminta saya review tema GDM yang dihasilkannya dalam blog ini. Saya telah mencuba GDM ini sebelum menulis entry ini dan membuat kesimpulan bahawa GDM ini sangat menarik. Saksikan imej berikut; Sila muatturun fail tema GDM ini disini . Anda juga mungkin ingin mengetahui apa itu GDM dalam ubuntu. Rujuk entry ini. Saya difahamkan tema GDM ini menyokong resolusi 1280x800. Penghargaan Gambar Latarbelakang : 2121studio's Ikon : GNOME Wise Kod Asal : SOMATIC oleh PokemonJOJO *GDM ini dikeluarkan oleh Nurfaiz Foat dengan menggunakan lesen GNU/Linux . Ia bebas diubah, diperbaik dan dikemaskini.

Pidgin 2.6 bakal menyokong audio dan video chat?

Beberapa hari lalu, saya telah mengikuti perkembangan salah seorang penyumbang kepada pidgin melalui twitter dan mendapat berita ini - khabarnya versi 2.6 pidgin akan menyokong audio dan video chat. Tertarik dengan kemungkinan itu untuk berlaku, saya membuat sedikit pencarian dan menemui halaman ini . Rupa-rupanya usaha untuk memasukkan fungsi sokongan audio dan video chat bagi pidgin bermula sejak Google Summer of Code 2008 lagi. Laman ini pula memaparkan maklumat terperinci tentang protokol-protokol yang terlibat. Oleh kerana sebilangan besar pengguna komputer di malaysia menggunakan protokol yahoo, mungkin sokongan audio dan video untuk yahoo adalah menjadi harapan kita semua. Sekiranya ini menjadi kenyataan, platform linux secara tidak lansung akan dilihat lebih menarik untuk digunakan oleh pengguna komputer biasa.