Posts

DebThumbnailer : Ikon perisian pada ikon fail DEB

Image
Dalam sistem operasi windows, installer mungkin dalam bentuk EXE. Manakala dalam ubuntu, installer pula dalam fail DEB. Namun sehingga kini, fail DEB tersebut hanya dipaparkan sebagai ikon DEB dengan terpapar logo debian pada ikon tersebut. Berita baik untuk anda yang tidak sukakanya perkara tersebut kerana kini terdapat satu aplikasi kecil yang mampu mencari fail icon perisian dalam sesuatu fail deb dan memaparkannya pada ikon deb tersebut (seperti screenshot). Untuk memasang DebThumbnailer dalam ubuntu, sila masukkan kata arahan berikut ke dalam terminal. sudo add-apt-repository ppa:deb-thumbnailer-team/ppa sudo apt-get update sudo aptitude install deb-thumbnailer Selamat mencuba.

Blogger kini mempunyai fungsi stats sendiri

Image
Sudah sekian lama saya menggunakan platform blogger dan telah bermacam perubahan telah berlaku. 1 Julai 2010, blogger memperkenalkan fungsi stats bagi memudahkan pengguna melihat maklumat pelawat blog secara real time. Fungsi ini boleh dicuba dalam blogger in draft sekiranya blog anda juga menggunakan platform blogger. Kini pengguna platform blogger tidak perlu untuk memasukkan skrip untuk mengesan trafik seperti dahulu lagi. Ketika ini, fungsi stats pada blogger hanya memaparkan beberapa maklumat tertentu seperti bilangan pelawat, sumber pelawat, maklumat pelawat dan artikel paling banyak dilawati. Sekiranya anda inginkan sesuatu yang lebih advance, anda masih boleh menggunakan google analytic seperti dahulu. Tetapi pada saya fungsi stats ini sudah cukup untuk mengetahui berapa ramaikah pelawat blog saya ini.

[Keputusan] Apa yang menghalang mereka dari menggunakan ubuntu

Image
Kira-kira 15 hari yang lalu saya anda membuat satu kaji selidik tentang sebab-sebab yang menghalang seseorang dari berubah kepada ubuntu. 291 orang telah menyertai kaji selidik tersebut. Kaji selidik ini mempunyai ciri-ciri berikut (untuk nota); Responden hanya boleh membuat undian sekali sahaja dan aktivitinya dikesan menggunakan browser caches Responden dibenarkan memilih lebih dari 1 pilihan jawapan Hasilnya boleh dilihat dalam gambarajah diatas yang menunjukkan sebab utama yang menghalang seseorang pengguna komputer berubah kepada ubuntu ialah kerana masalah perisisan, hardware dan game menjadi sebab utama kepada masalah tersebut. Daripada kajiselidik ini, sekiranya blog ini (atau salah seorang penulisnya) ingin fokus kepada membawa lebih ramai pengguna windows menggunakan ubuntu, blog ini sudah mempunyai resipi, data yang perlu dan gambaran yang sesuai tentang bentuk dan topik artikel yang perlu dihasilkan. Namun ini tidak bermakna blog ini tidak akan fokus kepada merek...

Menyelesaikan masalah E: Sub-process /usr/bin/dpkg returned an error code (1)

Sekiranya anda menghadapai masalah E: Sub-process /usr/bin/dpkg returned an error code (1), amat sukar untuk menyelesaikannya dengan cara-cara yang biasa kita lakukan seperti sudo dpkg --configure -a. Fix broken packages juga tidak menyelesaikannya. Manakala cara menyelesaikannya pula agak berisiko. Lakukannya dengan berhati-hati dan anda faham apa yang anda sedang lakukan. Nasib baiklah risiko maksima yang harus ditanggung ialah memasang kembali ubuntu (takdelah teruk sangat risikonya). Cara-caranya; Delete (sudo rm) /var/lib/dpkg/info/"unwanted-package-name".postrm /var/lib/dpkg/info/"unwanted-package-name".list Disini, "unwanted-package-name" merupakan package yang menyebabkan masalah ini berlaku. Apabila masalah ini muncul, anda akan tahu package mana yang mendatangkan masalah. Kemudian; sudo apt-get clean all sudo apt-get update (lakukan ini 2 kali) sudo apt-get upgrade Nota : Untuk keselamatan, sila backup fail yang ingin anda delete terle...

Tshirt siap, dihantar mulai minggu hadapan [Update]

Image
Tshirt ubuntu yang diwar-warkan dalam entry sebelum ini telah siap dicetak sepenuhnya dan akan dihantar mulai minggu hadapan. Perhatian kepada yang tidak sempat membuat tempahan sebelum ini, saya akan "sudo apt-get autoremove" limited-edition supaya tshirt ini dapat dipakai oleh semua peminat ubuntu yang membaca melayubuntu. Saya akan menghantar tshirt ini kepada semua yang telah membuat tempahan dan membayar dan jika ada stock kosong saya akan umumkan dalam samada blog ini ataupun fan page melayubuntu di facebook . Sekiranya anda telah membayar dan stock telah kehabisan, saya akan maklumkan kepada anda hal tersebut dan saya akan membuat pembayaran balik duit yang telah anda bayar (atau saya akan buat cetakan baru tshirt ini dan menjamin anda akan dapat memakainya sebelum aidilfitri). UPDATE : Stok yang masih available (Sila tempah dan buat pembayaran segera) S - 2 helai M - 6 helai XL - 10 helai 2XL - 5 helai Terima kasih. --- Melayubuntu

Firefox 4.0 Beta 1 Dilepaskan (Ubuntu, Windows, Mac OSX)

Image
Selepas versi stabilnya mencapai angka 3.6.6 dan memperkenalkan fungsi crash protection, hari ini Mozilla melepaskan versi ujian kepada firefox serba baru 4.0 beta 1 untuk dicuba dan  mengumpulkan respon daripada pengguna sekiranya terdapat bug dalam versi pembangunan ini. Sekiranya anda ingin membantu pembangunan firefox, anda boleh mencuba versi ujian ini dengan memuatturun dari pautan berikut: Linux Windows Mac OSX 32 bits    64 bits Bagi pengguna ubuntu, anda harus compile dari package TAR yang disediakan (dan saya rasa ianya tidak sesuai dicuba oleh newbie) sehinggalah terdapat PPA yang boleh dipercayai dan kita boleh menggunakannya. Firefox 4.0 juga dikatakan akan memperkenalkan design baru kepada linux seperti screenshot yang dapat anda lihat diatas. Namun samada design terbaru tersebut didatangkan dalam beta1 ini atau tidak masih belum dapat disahkan selagi kita tidak mencubanya =)

Thumbnails untuk fail OpenOffice.org dalam ubuntu

Image
Sekiranya anda ingin nautilus memaparkan fail openoffice.org dalam bentuk thumbnails, kini anda boleh memasangnya dengan cara dibawah. sudo add-apt-repository ppa:flimm/ooo-thumbnailer sudo apt-get update sudo apt-get install ooo-thumbnailer Selepas memasangnya, anda harus restart nautilus secara "killall nautilus" untuk ia memberikan kesan. Seperti yang dapat anda lihat dalam screenshot, ooo-thumbnailer akan memaparkan thumbnail preview fail yang dihasilkannya dan ini memudahkan anda mengenalpasti fail yang tepat sebelum ia dibuka. Selamat mencuba.