Posts

Laman Utama Ubuntu.com Dikemaskini. Yup, Natty Narwhal 11.04 Sedang Berenang Bebas!

Image
Jika anda layari  http://www.ubuntu.com/  saat ini, anda akan dapati paparan utamanya berubah selari dengan terbitnya ubuntu versi baru 11.04 memakain kod nama Natty Narwhal. Kali ini, kod nama versi ubuntu diambil dari sejenis ikan paus bertanduk yang mendiami kawasan lautan artik yang dipanggil Narwhal dan versi ubuntu kali ini memperkenalkan antaramuka serba baru iaitu unity. Sekiranya anda berminat untuk memuatturun dan mencuba ubuntu secara percuma, anda boleh melayari; http://www.ubuntu.com/download Semoga versi penuh ubuntu kali ini lebih baik dari versi sebelumnya :)

Pengenalan & Panduan Istimewa Ubuntu Natty Narwhal 11.04 di OMGUbuntu!

Image
Ubuntu 11.04 versi penuh akan dilepaskan secara rasminya esok (28 April 2011). Versi kali ini akan memperkenalkan kepada pengguna antaramuka serba baru dipanggil Unity yang mana akan sedikit berbeza dengan antaramuka ala-ala windows yang selama ini digunakan oleh kita semua. Jadi, kemungkinan besar ramai pengguna akan sedikit kekok dengan antaramuka baru ini pertama kali menggunakannya. OMG! Ubuntu menyediakan satu laman khas untuk memperkenalkan antaramuka baru ini dan sekiranya anda bercadang untuk mengenali ubuntu versi baru ini dengan lebih dekat, saya amat menggalakkan anda melawati pautan berikut; http://omgubuntu.co.uk/natty/ Selamat membaca :)

Mencuba Ubuntu 11.04 Secara Online

Image
Apabila pihak Canonical mengumumkan pemberhentian perkhidmatan ShipIt, ianya mengecewakan ramai peminat ubuntu seluruh dunia, khususnya mereka yang menjadikan aktiviti mengumpul CD ubuntu rasmi sebagai hobi dwi-tahunan.  Namun bagi 11.04 ini ada sedikit kelainan yang mungkin mampu menceriakan sebahagian dari peminat ubuntu iaitu kini anda boleh mencuba ubuntu terbaru secara online tanpa perlu memuatturun atau memasang ubuntu. Sekiranya anda berminat, sila layari : http://try-ubuntu-beta.ec42.net/ Meskipun begitu, kepantasan ubuntu versi online ini bergantung sepenuhnya kepada tahap kepantasan internet pengguna dan oleh kerana permintaan yang tinggi, setiap pengguna hanya dibenarkan mencuba selama 15 minit sahaja.

Majalah Sumber Terbuka (SUMBU) #2 Sudah Terbit!

Image
Ini kali pertama saya mengulas mengenai Majalah Elektronik SUMBU yang diasaskan oleh Jomlinux. Hari ini SUMBU #2 telah diterbitkan dan siap sedia untuk dimuatturun secara percuma oleh semua pembaca. Edisi kedua atau edisi Mei 2011 ini, SUMBU memuatkan kandungan berikut; Pengenalan Ubuntu Perbezaan BSD, Unix & Linux Sambungan Modem 3G Broadband Writer- Fungsi Changes Persekitaran Desktop Tape Archiving Utility C++ Siri Pengenalan Membina Web Server di Rumah Temu Bual Pengasas OshiriX Kepada yang berminat untuk mendapatkannya, sila link di bawah; http://www.gumuu.com/p/qwyt Semoga perkongsian ini bermanfaat.

5 Tema Gnome Shell (Gnome 3) Untuk Dicuba

Image
Anda pengguna Gnome 3? Sekiranya ya, anda ada sebab untuk gembira sambil membaca entry ini. Berikut saya senaraikan beberapa tema antara yang terawal untuk Gnome Shell Gnome 3 yang boleh dicuba dan kesemuanya bagi saya sangat cantik serta elegent. 1. Gnome Shell - Atolm 2. Gnome Shell - Dark Glass 3. Gnome Shell - Deviant Art 4. Gnome Shell - Elementary Git 5. Gnome Shell - Smooth Inset Menarik? Sila cuba dan beri respon anda :) [via :  http://www.muylinux.com ]

Memasang Minitube 1.4.x & Minitunes 0.1.x Dalam Ubuntu

Image
Flavio Tordini , pembangun di sebalik aplikasi Minitube dan Minitunes wajar diberi pujian atas kedua-dua aplikasi yang dihasilkannya untuk komuniti kerana kedua-dua aplikasi tersebut ternyata sangat berguna, menampilkan kelainan, dan sangat menarik untuk dicuba. Minitube 1.4.x Sebelum ini saya pernah mengulas berkenaan aplikasi minitube. Hari ini izinkan saya mengulas terlebih dalam mengenainya dan ciri serta fungsinya. Memasang Minitube 1.4.x dalam ubuntu Buka terminal dan masukkan kata arahan berikut; sudo apt-get apt-add-repository ppa:neversfelde/minitube sudo apt-get update sudo apt-get install minitube antaramuka minitube yang kemas senarai video dikategorikan kepada 3  - most relevant, most recent, most viewed fungsi muatturun video Antara ciri dan fungsi minitube ialah; - pencarian berasaskan keyword dan juga channel - fungsi muatturun dengan 1 klik - ringan - pilihan kualiti video 360p, 480p, 720p, 1080p - minitube akan memainkan video secara automatik d...

Ubuntu Gallery - Wallpaper untuk Ubuntu!

Image
Welcome to Ubuntu Gallery. The purpose of this site is to show case illustrations submitted to Ubuntu and the greater community as wallpapers targeted to the 11.04 release referred to as Natty. This site links back to the following flickr groups. Ubuntu Gallery ialah sebuah website projek yang menyenaraikan illustrasi wallpaper terbaru hasil sumbangan komuniti untuk desktop ubuntu. Manakala illustrasi yang dihantar pula perlulah memenuhi etika berikut; No brand names or trademarks of any kind. No illustrations some may consider inappropriate, offensive, hateful, tortuous, defamatory, slanderous or libelous. No sexually explicit or provocative images. No images of weapons or violence. No alcohol, tobacco, or drug use imagery. No designs which promotes bigotry, racism, hatred or harm against groups or individuals; or promotes discrimination based on race, gender, religion, nationality, disability, sexual orientation or age. No religious, political, or nationalist imagery. No ...