Posts

Ubuntu Oneiric Ocelot - 11.10 Alpha 3

Image
Pembangunan Ubuntu Oneiric Ocelot 11.10 kini telah mencapai tahap Alpha 3 dan sarat dengan fungsi & ciri yang masih dalam pembangunan dan percubaan sebelum versi akhir yang bakal menemui pengguna pada 13 Oktober nanti. Antara perubahan yang dilakukan ke atas versi Alpha 3 ini ialah; 1) Menggunakan kernel versi 3.0.0-7.9 yang memperkenalkan pembaharuan berikut -Adopted a 3 digit kernel version, eg 3.0.0-x.y. -Rebase to upstream v3.0 final kernel. -Enable Overlayfs. -Enable Realtek RTL8192CU/RTL8188CU wifi driver. -Enable support for rt53xx wireless chipset family. -Enable Intellimouse mode for Lenovo Zhaoyang E47. 2) Kemaskini gwibber kepada antaramuka baru 3) Lightdm ke GTK3 4) Kemaskini Gnome ke 3.1.4 (akan menggunakan Gnome 3.2 pada versi akhir) 5) Alt+Tab Applications Switcher 6) Antara yang berbaloi untuk dihighlight ialah, kini pengguna boleh memasang Gnome Shell dalam Ubuntu 11.10. Semak Release Note di sini .

Kaji dan Selidik 2

--UPDATE 10/8-- Setakat ini seramai 60 orang sudah melengkapkan soal selidik Melayubuntu. Terima kasih bebanyak. Kau orang memang besttt... Kalau aku buat soal selidik ini dalam dunia sebenar, dalam sepurnama mungkin 1 je kot yang reply. Tapi melalui teknologi internet yang lebih laju daripada van Pos Laju untuk menghantar surat, Dalam 17 hari sahaja sudah 60 orang yang reply. Dan dengan lafaz alhamdulillah aku isytiharkan kaji selidik ini ditutup. D an terima kasih diucapkan kepada yang memberi maklumbalas. 60 responden pun sudah memadai bagi aku kerana ia sudahpun mewakili 16.1725067% daripada member ubuntu. 4 orang yang bertuah telah dipilih oleh aku, Shimgeek. Dan akan mendapat goodies yang dijanjikan...tapi bukan sorang RM 100 la... 4 orang yang di bawah ini sila hantarkan alamat korang pada hashimwinger11@gmail.com... ReAndre ; reandre8503@yahoo.com myusoff ; myusof@tm.com.my deensokmo ; deensokmo@gmail.com Yang ni tiada nama, sebab dialah orang pertama j...

KDE Mengumumkan KDE 4.7

Image
Persekitaran Desktop KDE mengumumkan KDE 4.7 kini telah sedia untuk digunakan oleh pengguna di seluruh dunia. Kemaskini yang dibawakan oleh versi terbaru ini termasuk kepada KDE Plasma Workspaces, Aplikasi KDE dan juga Platform KDE. Antara perubahan tersebut ialah Plasma Workspaces menjadi lebih portable dengan KWin. Kemaskini aplikasi KDE (Kontact, Akonadi, Digikam..) Naiktaraf fungsi multimedia, IM etc IM baru yang diintegrasikan secara terus pada desktop Memperbaiki hampir 12000 pepijat Kepada pengguna KDE di luar sana, masa untuk upgrade!

Ruang Ubuntu One Ditingkatkan Ke 5 GB, Mencapai 1 Juta Pengguna

Image
Ubuntu One merupakan perkhidmatan simpanan fail berasaskan teknologi awan dan kini diumumkan telah mencapai 1 Juta Pengguna. Lanjutan dari pencapaian itu, kini pihak Canonical telah mempertingkatkan ruang simpanan percuma dari 2 GB ke 5 GB. Ubuntu One Control Panel Dalam Ubuntu 11.10 Alpha 2 Pastinya ini adalah satu berita gembira kepada pengguna ubuntu seperti saya yang selama ini bergantung kepada Dropbox sebagai penyedia ruang simpanan awan. Setidak-tidaknya, tawaran ruang simpanan yang lebih besar ini akan memudahkan pengguna yang membeli lagu di Ubuntu Music Store membeli dengan lebih banyak lagu lagi dan membawa keuntungan kepada Canonical. Saya juga tertarik kepada angka 1 juta pengguna yang diumumkan kerana pada saya ia melambangkan tidak ramai pengguna ubuntu yang menggunakan perkhidmatan Ubuntu One. Semoga pihak pembangun ubuntu & Canonical dapat mempertingkatkan lagi fungsi Ubuntu One ini dimasa akan datang.

Travelog percubaan Google Music Beta....Di Malaysia & Dalam Ubuntu!

Image
Sepertimana yang diketahui umum, Google sedang membangunkan perkhidmatan pengurusan muzik secara awan dipanggil Google Music yang sedang dalam fasa beta dan hanya untuk pengguna US sahaja (buat masa ini). Kemudian, Google melancarkan aplikasi  Google Music Manager khas untuk pengguna Linux setelah menyediakan aplikasi yang sama untuk sistem operasi Windows & Mac OSX. Apabila Google melancarkan aplikasi Google Music Manager untuk Linux, saya tertarik untuk mencubanya sendiri namun oleh kerana Google Music hanya untuk pengguna di US sahaja buat waktu ini, ianya sedikit membantutkan proses percubaan tersebut. Setelah membuat semakan di internet, saya mendapat beberapa maklumat tentang Google Music antaranya; Seseorang perlu request invitation dan anda mestilah daripada US / IP anda adalah di US Untuk menggunakan Google Music, seseorang itu tidak semestinya perlu berada di US Kedua-dua maklumat ini menjuruskan kepada satu hipotesis iaitu, pengguna harus menggunakan IP dari U...

Ulasan Game 0 A.D & Cara Pemasangan Dalam Ubuntu

Image
Wildfire Games, an international group of volunteer game developers, proudly announces the release of "0 A.D. Alpha 6 Fortuna", the sixth alpha version of 0 A.D., a free, open-source game of ancient warfare. Game 0 A.D merupakan sebuah projek sukarela daripada Wildfire Games dan apabila saya mencuba sendiri fasa alfa keenam game ini, boleh saya katakan game ini sangat 'menjanjikan sesuatu' apabila versi penuhnya dilancarkan nanti. Saya mencuba game ini dalam laptop berkemampuan 1 Gb RAM dan berkepantasan 2.2 GHz Core 2 Duo yang pada saya sangat ketinggalan jika hendak dibandingan dengan komputer high end pada masa kini. Pemasangan dalam Ubuntu Buka terminal dan taipkan kata arahan berikut; sudo add-apt-repository ppa:wfg/0ad && sudo apt-get update sudo apt-get install 0ad 0ad-data Proses pemasangan memerlukan anda memuatturun fail bersaiz kurang daripada 200MB (yang pada saya sangat kecil) dan game ini boleh didapati dalam aplikasi Games. Dengan k...

Kaji dan selidik

--UPDATE 27/7-- Setakat ini seramai 50 orang sudah melengkapkan soal selidik Melayubuntu. Terima kasih bebanyak. Kau orang memang besttt... Tapi aku nak bagi lagi best, aku nak offer goodies yang beharga RM100 hinggit kepada orang yang ke-487 menjawab soal selidik Melayubuntu...cuba korang suggest dalam ruangan komen goodies apa yang korang nak kalau korang menang... --Kenapa 487? sebab populasi Melayubuntu mengikut facebook like ialah 4879. Jadi 10% sampel daripada populasi, sudah mencukupi untuk membuatkan soal selidik ini valid mengikut (Gay, 1992). Salam, Saya shimgeek salah seorang penyumbang kepada Melayubuntu memerlukan pertolongan anda.... Untuk memastikan artikel yang saya publishkan menepati selera pembaca2 Melayubuntu, eloklah saya bertanya sendiri kepada pembaca-pembaca yang budiman sekalian. Create your free online surveys with SurveyMonkey, the world's leading questionnaire tool.