Saturday, March 29, 2008

Terbitnya Inkscape 0.46

Inkscape yang merupakan sebuah perisian illustrator popular didalam ubuntu telah mengalami update dari versi 0.45 kepada 0.46. Mulanya saya menjangkakan update ini hanya akan menyaksikan beberapa perubahan minor sahaja, namun apabila diperhatikan senarai update dan new features yang baru diperkenalkan, ianya bukan sembarangan update.Antaranya,

Paintbucket tool
Tweak tool
3D Box tool
Live path effects
Color management
New SVG filters and UI
Native PDF and AI import
XAML import/export
Open Clip Art Library integration (import/export)
Stock patterns
Bitmap editing extension effects
Full on-canvas gradient editing
Engraver's Toolbox in the Calligraphic tool
Touch selection
Dockable dialogs
Command-line access to verbs
Snapping made usable
"3D" / axonometric grid
Angled guidelines
Conversion of objects to guidelines
Significant speed and interactivity improvements
Hundreds of smaller features and bugfixes
[sumber]



Sila klik disini untuk melanggan artikel terbaik daripada melayubuntu terus ke mailbox anda!-Powered by FeedBurner

Thursday, March 27, 2008

Memperkenalkan Crossover Games


Saya kira ini bukan kali pertama saya mengulas tentang Crossover disini (klik pada link untuk ulasan saya mengenai crossover). Dan semalam, developer kepada crossover iaitu codeweavers telah memperkenalkan produk baru syarikat mereka iaitu Crossover Games. Dengan slogan "sekarang, gamers boleh bermain game kegemaran mereka dalam apa jua platform", Crossover Games merupakan antara perisian yang mesti difikirkan untuk dimiliki oleh setiap kaki game yang ingin bertukar platform sistem operasi, tidak kira linux atau mac osx.

Jika selama ini Game menjadi alasan mengapa anda masih setia bersama windows, dengan Crossover Games yang baru dilancarkan yang hanya berharga $39.95 ini, tidak ada sebab lagi mengapa anda harus ragu untuk berubah.

Untuk peringkat awal ini, antara games yang disokong oleh crossover games ialah;
Call of Duty 1&2, Civilization 4, Command&Conquer 3:Tiberium Wars, Counter Strike, DirectX (6~9), Half Life dan bermacam lagi (lebih 92 jenis games)




Sila klik disini untuk melanggan artikel terbaik daripada melayubuntu terus ke mailbox anda!-Powered by FeedBurner

Tuesday, March 25, 2008

Anti-virus software is dead - use Linux!


What the story huh? Saya terjumpa gambar dan entry ni kat internetling. Sangat menarik dan ada beberapa ulasan peribadi saya. On the way dalam perjalanan saya hari tu, saya sempat membuka akhbar The Star. Ehem. Malas nak baca berita dalam negeri yang ntah apa-apa lalu saya lajukan pembelekan terus ke bahagian komputer. Saya rasa tidak kurang dari 3 artikel yang semuanya bercerita tentang ancaman virus. Alahai, yang bestnya ialah "mereka" menamakannya virus komputer. WTF! Itu bukan virus komputer la sayang. Itu virus windows. Cuba lagi lain kali!

Jom Fikir.
Ok, jom fikirkan ini secara serius. Antivirus yang anda beli perlu diupdate dan setiap kali versi baru keluar, anda perlu upgrade yang pastinya ada ongkos yang harus hangus. Ok, mungkin anda lebih sukakan antivirus crack. Sukakan antivirus crack adalah satu perasaan yang paling berisiko dalam dunia percintaan moden. Mengapa? Kerana tempat membiaknya virus paling subur ialah dalam industri crack!

Bukan sekadar Virus.
Paling best ialah, virus mempunyai jenis dan kemampuan yang pelbagai. Spyware, malware dan sebagainya sebagai "dosa kecil" bagi virus yang berstatus "dosa besar". Lalu berlakulah pembaziran iaitu, komputer dah power tapi lembab. Buka Internet Explorer pun dah 2 minit. Alahai..

Antara sebab paling besar mengapa saya mencari OS altenatif adalah kerana kepenatan berlawan dengan virus. Kadang-kadang saya tidak ada idea dari mana semua virus tu datang. Apa yang menarik ialah, apabila menggunakan antivirus norton untuk scan fulldisk, saya tidak tak boleh guna perisian lain kerana komputer automatik menjadi lembab yang amat sangat. Masa yang diambil untuk scan fulldisk? Tak kurang dari 1 jam. Beerti saya tak dapat guna komputer saya sendiri dalam tempoh 1 jam. WTF!

Kalau anda juga seperti saya, bertukarlah kepada Ubuntu atau kalau berkemampuan dapatkan Mac OSX.


Sila klik disini untuk melanggan artikel terbaik daripada melayubuntu terus ke mailbox anda!-Powered by FeedBurner

Monday, March 24, 2008

Gear Pertama untuk Hardy Heron

Sebagaimana yang saya maklumkan dalam entry sebelum ini, Hardy Heron versi beta sudah sedia untuk didownload dan dicuba oleh peminat sistem operasi altenatif, Ubuntu. Bagi pembaca yang masih baru dengan ubuntu, Ubuntu adalah sistem operasi yang diupdate setiap 6 bulan dan setiap kali diupdate ubuntu akan mendapat no. siri dan nama baru. Bagi versi bulan 10,2007 dinamakan Gutsy Gibbon dengan no siri 7.10 dan yang bakal terbit ini dinamakan Hardy Heron berno. 8.04.

Setiap kali diupdate, Ubuntu akan tampil dengan pembaharuan yang menjanjikan kestabilan dan keserasian dengan apa jua jenis komputer dan beberapa ciri baru akan turut diperkenalkan.(Baca entry lepas).

Apa itu versi Beta?
Versi beta merupakan versi percubaan iaitu untuk peminat ubuntu mencuba versi tersebut dan melaporkan apa jua kelemahan kepada pihak pembangun ubuntu. Versi beta bukanlah versi yang penuh dan stabil namun mencubanya dikira satu sumbangan kepada pihak pembangun ubuntu supaya versi stabil dan penuh nanti tidak lagi mempunyai kelemahan.

Bagaimana untuk mencuba versi Beta?
2 cara.Download kemudian burn kedalam CD atau upgrade secara online. Kedua-dua cara memerlukan komputer untuk mendownload fail daripada internet dan memakan masa yanga gak lama untuk siap bergantung kepada kepantasan koneksi internet masing-masing.

Secara peribadi, saya telah mencuba cara upgrade dari Gutsy Gibbon kepada Hardy Heron versi beta dan langkah-langkahnya adalah seperti berikut;

1.Tekan Alt+F2 dan taipkan pada kolum tetingkap tersebut line dibawah;
update-manager --devel-release
2.Tetingkap software update akan muncul

3.Klik pada Upgrade.

4.Kemudian ikut arahan on-screen.

Antara prosedure yang dilalui untuk proses upgrade ini adalah seperti screenshot dibawah;


Masa yang diperlukan untuk proses ini siap adalah bergantung kepada kepantasan internet dan keupayaan komputer untuk memproses data(semasa proses installasi).

Saya mendapati proses upgrade ini akan mengekalkan home directory dan setting versi sebelumnya. Itupun kita masih mempunyai pilihan samada untuk mengekalkan setting sebelumnya ataupun untuk menggunakan setting versi hardy secara default. 

Fresh Install.
Selain upgrade, kita boleh download fail iso dan kemudiannya burn kedalam cd/dvd untuk fresh install.Rasanya saya tidak perlu mengulas panjang cara ini kerana saya sendiri telah menulis tutorial untuknya.

Melalui pembacaan saya dapati fresh install hardy juga akan mengekalkan setting versi asal termasuk home directory. Hal ini sangat menyenangkan kerana pengguna tidak perlu lagi backup fail-fail dalam home directory sebelum membuat fresh installasi hardy heron.Insyaallah saya akan mencuba cara fresh install tidak lama lagi untuk membuat kepastian tentang hal ini.

Hadiah dari Melayubuntu.
Kata orang, jika tidak berkesempatan mencubanya, merasainya pun jadilah. Oleh sebab itu dengan sukacitanya saya telah upload 2 wallpaper yang digunakan oleh hardy heron untuk merasai kehangatan versi terbaru sistem operasi ubuntu ini.



Enjoy!



Sila klik disini untuk melanggan artikel terbaik daripada melayubuntu terus ke mailbox anda!-Powered by FeedBurner

Saturday, March 22, 2008

Beberapa Update Terkini!

Oleh kerana saya menyepi agak lama, jadi saya membuat keputusan untuk merangkumkan beberapa update berserta beberapa berita terbaru yang ada kaitan dengan blog ini dan isi kandungan.Antaranya;
Ubuntu 8.04 versi beta
33hari lagi versi penuh akan keluar. Rasanya sudah ada yang mula perasan perubahan yang berlaku di laman web rasmi ubuntu.Ops, belum lagi.Secara rasminya versi beta akan keluar pada 27 mac ini.Apa yang terbaru?
Xorg 7.3, Linux Kernel 2.6.24, Gnome 2.22, Policykit, PulseAudio, Firefox3Beta4, Transmission, Vinagre, Brasero, World Clock Applet, Inkscape, Virtualization, ActiveDirectory Integration, iSCSI support, Firewall, Memory Protection, Wubi & umenu.
Erm, something is missing. Kita berharap dapat melihat perubahan penampilan pada tema ubuntu versi terbaru ini dan sehingga kini nampaknya masih agak kabur.

Leo4All Released
Untuk mereka yang masih mencuba install Leopard kedalam PC, sekarang kita mempunyai altenatif lain selain versi kaliway. Menariknya ialah, versi terbaru ini adalah versi yang universal dan support untuk processor Intel SSE2/SSE3 dan juga AMD.Versi ini berasaskan kepada versi terbaru Leopard, 10.5.2. Bagi yang ingin mencuba, silakan.

eMaj Ubuntu For Malaysian
Versi penuh untuk e-majalah(eMaj) dalam proses suntingan(ceewah) dan editasi(huh?) dan insyaallah akan diupload untuk tatapan pembaca dalam masa terdekat. Nantikan keluarannya dalam masa terdekat hanya di blog melayubuntu.

Angka Ribu untuk tutorial percuma
Yeps, tutorial install leopard kedalam PC yang saya tulis telah didownload oleh ribuan pembaca dan saya mengharapkan pembaca berpuas hati dengan hasil kerja saya. Tidak dilupakan eMaj Ubuntu for Malaysian yang hanya memuatkan 4 muka surat itu juga telah didownload sebanyak lebih kurang 800x dan ianya sesuatu yang diluar dugaan. Saya tidak begitu menekankan aspek promosi dan marketing dalam tutorial-tutorial tersebut namun ternyata ramai pembaca dahagakan ilmu yang percuma. Nampaknya pembelajaran sepanjang hayat sedang berlaku dengan pesat.

Tsunami Sumber Terbuka
Saya menerima banyak email dan tidak kurang juga akaun YM yang tidak henti-henti di add oleh peminat ubuntu. Ramai yang ingin mengetahui apa itu ubuntu dan masing-masing dalam suasana excited.Apa tidaknya jika dunia windows semakin hari semakin diracuni oleh virus yang bertaburan dengan pelbagai kelakuan yang menjahanamkan komputer dan kesabaran. Apa yang boleh saya ucapkan ialah, kalau anda guna komputer hanya untuk surfing dan muat turun manga&anime, lebih baik guna ubuntu. Sekali sekala masukla dalam windows untuk main game.Apa salahnya? Dual-bootkan aja!

Harapan baru untuk dunia pengkomputeran
Jom Hardy Heron! 33 days to go!




Sila klik disini untuk melanggan artikel terbaik daripada melayubuntu terus ke mailbox anda!-Powered by FeedBurner

Friday, March 21, 2008

Weii.. Aku masih Hidup!

Buntu memikirkan kemana perginya penulis melayubuntu? Ahha..lebih 20 hari tanpa apa-apa update adalah tabiat yang sangat bercanggah dengan konsep konsistensi yang cuba saya terapkan sedikit masa dahulu. Ada banyak perkara yang ingin ditaip selepas 20 hari mendiamkan diri dan sebanyak itulah juga kudrat yang cuba menghalang. Sebab? Mungkin kerana ini bukan blog peribadi dan saya agak keberatan untuk merojakkan fokus blog ini supaya pembaca tidak blurr.

Apapun, saya disini ingin merakamkan perasaan terima kasih kepada para pengunjung yang tidak putus-putus mengunjungi blog ini. Saya boleh lihat ada kawan-kawan yang menolong saya menjawab beberapa persoalan yang ditimbulkan oleh pembaca yang masih baru dengan ubuntu. Ikhlasnya, saya sangat menghargai anda semua.

20 hari, saya banyak membuat penyelidikan peribadi, mengumpul maklumat dan menajamkan ilmu penulisan dan psikologi(huh?) untuk diterapkan kedalam hasil-hasil karya saya dimasa akan datang. Mungkin tidak ada perubahan yang mendadak, namun saya tetap menjanjikan sesuatu yang lebih baik untuk tatapan setiap pembaca blog ini.

Insyaallah, dalam masa yang terdekat, artikel seterusnya akan menghiasi blog ini :)



Sila klik disini untuk melanggan artikel terbaik daripada melayubuntu terus ke mailbox anda!-Powered by FeedBurner

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...