Friday, March 21, 2008

Weii.. Aku masih Hidup!

Buntu memikirkan kemana perginya penulis melayubuntu? Ahha..lebih 20 hari tanpa apa-apa update adalah tabiat yang sangat bercanggah dengan konsep konsistensi yang cuba saya terapkan sedikit masa dahulu. Ada banyak perkara yang ingin ditaip selepas 20 hari mendiamkan diri dan sebanyak itulah juga kudrat yang cuba menghalang. Sebab? Mungkin kerana ini bukan blog peribadi dan saya agak keberatan untuk merojakkan fokus blog ini supaya pembaca tidak blurr.

Apapun, saya disini ingin merakamkan perasaan terima kasih kepada para pengunjung yang tidak putus-putus mengunjungi blog ini. Saya boleh lihat ada kawan-kawan yang menolong saya menjawab beberapa persoalan yang ditimbulkan oleh pembaca yang masih baru dengan ubuntu. Ikhlasnya, saya sangat menghargai anda semua.

20 hari, saya banyak membuat penyelidikan peribadi, mengumpul maklumat dan menajamkan ilmu penulisan dan psikologi(huh?) untuk diterapkan kedalam hasil-hasil karya saya dimasa akan datang. Mungkin tidak ada perubahan yang mendadak, namun saya tetap menjanjikan sesuatu yang lebih baik untuk tatapan setiap pembaca blog ini.

Insyaallah, dalam masa yang terdekat, artikel seterusnya akan menghiasi blog ini :)



Sila klik disini untuk melanggan artikel terbaik daripada melayubuntu terus ke mailbox anda!-Powered by FeedBurner

9 comments:

  1. Aku ingat sebok uresan angkat sumpah Exco kot.

    ReplyDelete
  2. ahaks..lebih kurang camtu la..hehe

    ReplyDelete
  3. dah puas cuti kan, cepat update byk2, hutang dengan pembaca neh,, haha

    ReplyDelete
  4. meh sini aku buat gossip liar satu khas utk melayubuntu..haha

    "pemilik blog melayubuntu sebenarnya pengguna tegar windows xp!" - dikhabarkan blog melayubuntu sepi tanpa berita selama 20 hari. pelbagai persoalan timbul dan rata-rata peminat blog ubuntu versi bahasa melayu ini berpendapat penulisnya sedang mengalami sindrom writer block. hakikatnya beliau sedang menformat komputernya kerana dijangkiti sejenis virus yang hanyat terdapat pada perisian microsoft. lebih mengejutkan lagi pihak kami menjumpai beberapa keping dvd installer windows xp dan tiada satu pun yang berkaitan dgn ubuntu. lebih membuntukan kami apabila satu soalan mudah mengenai perihal ubuntu gagal dijawab oleh beliau! adakah beliau blogger ubuntu copy and paste?

    haha..jangan marah bro..gurau je..ape2 pun keep it up your good work ye..

    jgn la lama tak update

    ReplyDelete
  5. @azhar : siot jer...hehe

    @MK : hehe...adoii la..kene denda plak..huhu

    @Dekan : Yup...im back

    @syamsulariff.com : wargh....pakar gosip dah menyerang....lari2...ahahaha...

    ReplyDelete
  6. Assamualaikum.....

    Aku ning baru sampai kat umah dari sepang nengok f1 ( aku kat k.t. la ni). aku nengok kau ning mempunyai pengaruh dan aura yang hebat la. aku rasa laman blog kau ning lebih hebat dari laman web ubuntu.com.my. so aku cadang kang kau ning buat lah....

    1. satu komuniti yang khusus untuk ahli melayubuntu. kiranya ahli mesti berdaftar dengan kau lah......
    2. aku cadangkan kau buatlah satu web khusus untuk melayubuntu. tak yah guna blog.
    3. aku rasa nama melayubuntu tu perlu ditukar lah... sebap blog kau telah diblock oleh kementerian pelajaran malaysia. jadi susahlah aku nak tunjuk kat student aku pasai linux atau ubuntu. mals lah nak hacking, nanti sekolah aku lak dapat nama.mungkin diorang ingat melayubuntu sama dengan bangsa melayu duk tengah buntu sekarang kot?

    ok chow

    ReplyDelete
  7. @anonymous : hah? blog ni dah diblock oleh kementerian? Mung biar btul...maybe dia block smua blogspot nyer domain kot...alahai...camne la mlayu nak maju..

    Apepun aku akan pertimbangkan cadangan mung dgn sebaiknya..kalau btul blog ni kene block nmpaknya aku terpaksa fikirkan bnda ni scara srius! thanks bro!

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...