Tuesday, March 25, 2008

Anti-virus software is dead - use Linux!


What the story huh? Saya terjumpa gambar dan entry ni kat internetling. Sangat menarik dan ada beberapa ulasan peribadi saya. On the way dalam perjalanan saya hari tu, saya sempat membuka akhbar The Star. Ehem. Malas nak baca berita dalam negeri yang ntah apa-apa lalu saya lajukan pembelekan terus ke bahagian komputer. Saya rasa tidak kurang dari 3 artikel yang semuanya bercerita tentang ancaman virus. Alahai, yang bestnya ialah "mereka" menamakannya virus komputer. WTF! Itu bukan virus komputer la sayang. Itu virus windows. Cuba lagi lain kali!

Jom Fikir.
Ok, jom fikirkan ini secara serius. Antivirus yang anda beli perlu diupdate dan setiap kali versi baru keluar, anda perlu upgrade yang pastinya ada ongkos yang harus hangus. Ok, mungkin anda lebih sukakan antivirus crack. Sukakan antivirus crack adalah satu perasaan yang paling berisiko dalam dunia percintaan moden. Mengapa? Kerana tempat membiaknya virus paling subur ialah dalam industri crack!

Bukan sekadar Virus.
Paling best ialah, virus mempunyai jenis dan kemampuan yang pelbagai. Spyware, malware dan sebagainya sebagai "dosa kecil" bagi virus yang berstatus "dosa besar". Lalu berlakulah pembaziran iaitu, komputer dah power tapi lembab. Buka Internet Explorer pun dah 2 minit. Alahai..

Antara sebab paling besar mengapa saya mencari OS altenatif adalah kerana kepenatan berlawan dengan virus. Kadang-kadang saya tidak ada idea dari mana semua virus tu datang. Apa yang menarik ialah, apabila menggunakan antivirus norton untuk scan fulldisk, saya tidak tak boleh guna perisian lain kerana komputer automatik menjadi lembab yang amat sangat. Masa yang diambil untuk scan fulldisk? Tak kurang dari 1 jam. Beerti saya tak dapat guna komputer saya sendiri dalam tempoh 1 jam. WTF!

Kalau anda juga seperti saya, bertukarlah kepada Ubuntu atau kalau berkemampuan dapatkan Mac OSX.


Sila klik disini untuk melanggan artikel terbaik daripada melayubuntu terus ke mailbox anda!-Powered by FeedBurner

17 comments:

  1. Saye tak sarankan guna norton sebab "berat". Nak uninstall pun satu hal. Tapi, kita boleh setkan untuk scan pc dan autoshutdown, jadi sebelum tidur scan dulu pc. Tak la masa terbuang begitu sahaja. :)

    ReplyDelete
  2. memang ramai yang tidak tahan tapi masih ramai yang malas untuk belajar dan salah satu penyebab adalah kita dah macam ter ikat mati kontrak dengan windows

    ReplyDelete
  3. Hum saya setuju.

    p/s Tengah tunggu Macbook air masuk mesia....

    ReplyDelete
  4. haha Virus Kompiter memang WTF lahhh......bagus2 kerja En. Gates memang kaw ntuk menambahkan duit di poket setiap minit

    ReplyDelete
  5. betul2,..aku stuju,...kita ni sebenarnya malas nak belajar....

    ReplyDelete
  6. betul antivirus crack kadang-kadang mmg ader virus skali.

    ReplyDelete
  7. Sebab utama linux dan OSX selamat dari virus kerana virus berkenaan hanya compatible di Windows sahaja,dan Jika Virus yang lahirnya dari windows masuk kaedalam linux atau OSX mestilah benda tu tak berfungsi.
    Linux selamat kerana tiada yang berminat untuk cuba hack or create a virus kepadanya.Kerana penggunaan linux dan OsX yang kecil menyebabkan hackers memilih untuk menyerang windows kerana penggunaannya yang sangat meluas

    ReplyDelete
  8. Hua3. Aku tak tahu pulak yang antivirus sekarang ini adalah Ubuntu. :P Btw brader, kau nyer title dengan theme kau yang baru ni hilang. Cuba kau check tengok dekat setiap post yang kau buat, title untuk artikel kau itu takde dekat title bar firefox.

    ReplyDelete
  9. Wah.. Masa untuk belajar membuat virus linux. Hua3.. (gelak style fauzi)

    ReplyDelete
  10. norton kan memang gitu... berat masa nak loading windows sebab dia start scan waktu startup pc.. dan ambil masa... ubuntu memangla pada am 1 os yang best sebab grafik dia yang menarik... tapi kebanyakan software yang diguna belum direka untuk pengguna linux... so ianya agak menyukarkan kami nak bertukar os..

    ReplyDelete
  11. Sejak aku guna Leopard, aku rasa hidup aku sentiasa ceria. hehe. Korang kalau mampu, beli lah mac. Mmg betul2 stable dan work focus. tak perlu risau virus spyware etc dan sofware mcm iwork i life mmg gempak & senang nak guna. Aku guna mac untuk kerja, XP untuk game. cuba lah kawan2

    ReplyDelete
  12. @Dekan : susah woo nak buat virus linux. Camne ko nak atasi kekangan password??

    @Am : Aku guna antivirus lain mcm xbest lak..Dh norton cam bagus jer...haha

    @Afist : Ko guna maconpc ke? Ko guna release yg mana?

    ReplyDelete
  13. Nak lepas kekangan Password tu la mmg susah . . . Kalo gune 'bruteforce' pun ntah baper lame baru leh get through . . . Baek gune mase tu utk develop software sumber terbuka nih . . . hihihi . . .

    ReplyDelete
  14. @Guest : Yups...sbb 2 ler dlm linux ramai yg jadi pembina dari perosak...heheh

    ReplyDelete
  15. dh guna ubuntu/kubuntu hampir 9 bln tnpa format... tp skrg dual boot ngan vista sbb nk run trading platform... utk jamin partition vista selamat dr virus... sy boot dlm ubuntu, lepas tu scan pastition vista guna Clamtk... dl masa mula2 nk try ubuntu pn yg sy nmpak kelebihan ubuntu ni kt situ lerr... guna utk scan partition windows... heheheee : ).

    ReplyDelete
  16. pkai vista ni pun sbb jumpa kt mudah.com... vista starter jee jnji leh run trading platform tu... rm70 je. hehee... nk beli baru sorry lee... tk berbaloi beli mahal-mahal tp vulnerable... kalau murah rezeki pkai mac

    ReplyDelete
  17. haha bile sume dh pakai linux nnti si virus maker ni virus versi linux la....mcm tu gk la sebaliknye kalu gune MacOS....

    -->kite mmg x akan lari dr pkataan "vulnerability"
    -->tp kite bole blaja untuk mengawalnye

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...