Sebagaimana yang saya maklumkan dalam entry sebelum ini, Hardy Heron versi beta sudah sedia untuk didownload dan dicuba oleh peminat sistem operasi altenatif, Ubuntu. Bagi pembaca yang masih baru dengan ubuntu, Ubuntu adalah sistem operasi yang diupdate setiap 6 bulan dan setiap kali diupdate ubuntu akan mendapat no. siri dan nama baru. Bagi versi bulan 10,2007 dinamakan Gutsy Gibbon dengan no siri 7.10 dan yang bakal terbit ini dinamakan Hardy Heron berno. 8.04. Sila klik disini untuk melanggan artikel terbaik daripada melayubuntu terus ke mailbox anda!-Powered by FeedBurner
Setiap kali diupdate, Ubuntu akan tampil dengan pembaharuan yang menjanjikan kestabilan dan keserasian dengan apa jua jenis komputer dan beberapa ciri baru akan turut diperkenalkan.(Baca entry lepas).
Apa itu versi Beta?
Versi beta merupakan versi percubaan iaitu untuk peminat ubuntu mencuba versi tersebut dan melaporkan apa jua kelemahan kepada pihak pembangun ubuntu. Versi beta bukanlah versi yang penuh dan stabil namun mencubanya dikira satu sumbangan kepada pihak pembangun ubuntu supaya versi stabil dan penuh nanti tidak lagi mempunyai kelemahan.
Bagaimana untuk mencuba versi Beta?
2 cara.Download kemudian burn kedalam CD atau upgrade secara online. Kedua-dua cara memerlukan komputer untuk mendownload fail daripada internet dan memakan masa yanga gak lama untuk siap bergantung kepada kepantasan koneksi internet masing-masing.
Secara peribadi, saya telah mencuba cara upgrade dari Gutsy Gibbon kepada Hardy Heron versi beta dan langkah-langkahnya adalah seperti berikut;
1.Tekan Alt+F2 dan taipkan pada kolum tetingkap tersebut line dibawah;update-manager --devel-release
2.Tetingkap software update akan muncul
3.Klik pada Upgrade.
4.Kemudian ikut arahan on-screen.
Antara prosedure yang dilalui untuk proses upgrade ini adalah seperti screenshot dibawah;



4 comments:
wahh...
bagus juga..
salam syahid_zul,
dh lme menanti post dari anda..mne m'hilang?m'cari diri ker?hehe..sy ade masalah utk install ubuntu kerana cd-rom sy rosak..jadi xdpt nk cuba ubuntu..mungkin saudara ade dgr ttg lina?software yg buatkan ubuntu boleh b'fungsi dalam windows dan OSX..menarik tue..heee..
Tolong bagi link donlod Torrent Hardy Heron
owhh Hardy Heron akhirnya muncul....nice tutorial thans dude
camner kalo ada satu partition lg windows?? kalo update terus xdek efek ke??
Post a Comment
Terima kasih atas respon..