Telefon pintar pada hari ini bukan lagi sesuatu yang asing atau terlalu magikal. Buktinya, semakin ramai yang mampu memiliki peranti telefon pintar samada yang menggunakan sistem operasi mobile Android, iOS, Symbian, Blackberry dan sebagainya. Selari dengan pekembangan itu, keperluan untuk menghasilkan aplikasi telefon pintar atau sekurang-kurangnya versi mobile semakin mendapat sambutan. Sekiranya anda memiliki blog atau juga website dan inginkan pelawat anda yang menggunakan telefon pintar mengakses blog anda melalui aplikasi khas, anda perlu merasa bertuah kerana kini tanpa apa-apa pengetahuan pengatucaraan sekalipun anda boleh menghasilkannya. Lebih hebat lagi, ianya 100% percuma! Saya menemui satu perkhidmatan berasaskan web iaitu Conduit Mobile yang membolehkan pemilik blog mahupun website menghasilkan aplikasi khusus untuk blog mereka dengan mudah tanpa apa-apa pengetahuan pengatucaraan. Namun begitu, perkhidmatan mereka buat masa ini masih lagi diperingkat beta dan jangan...