Posts

Showing posts from October, 2011

Benarkah Linux Kebal 2?

Scam dalam talian Anda sangka laman web SSL selamat? Tidak selamat... Dengan mengubah laman web palsu menjadi seperti laman web Bank. Malware boleh bersembunyi di dalam web browser. Ia tidak perlu mencuri kata laluan, hanya menunggu mangsa login. Anda sangka sudah log out? Mungkin tidak... Brian Krebs melaporkan Scam Man-in-the-Browser (MitB)(sejenis malware).Hanya dikesan dalam Windows dan menunggu mangsa log in. Menurut Krebs lagi: MitB memulakan helahnya dengan memberi mesej kepada mangsa, duit telah dimasukkan ke dalam akaun mangsa secara tidak sengaja, dan akaun mangsa telah dibekukan sehingga mangsa memulangkan duit tadi. Apabila mangsa melihat baki akaun, MitB mengubah amaun dalam akaun mangsa didalam browser; memang ada sejumlah wang yang besar dalam akaun mangsa. Mangsa disuruh untuk segera memulangkan wang tersebut untuk mengelakkan daripada akaunnya di tutup. Dan Malware tersebut menyediakan borang online transfer fund. Berita baiknya, langkah untuk elakkan daripa...

Cadangan Canonical Melanjutkan Ubuntu 12.04 LTS (Desktop) Kepada 5 Tahun

Image
Umum mengetahui Ubuntu versi Tempoh Sokongan Lama (Long Term Support - LTS) adalah untuk 3 tahun bagi edisi Desktop dan tempoh 5 tahun hanya dikhaskan untuk Ubuntu edisi pelayan (server) sahaja. Mungkin Cadangan baru ini suatu berita gembira terutamanya kepada golongan usahawan yang berminat ingin menggunakan Ubuntu sebagai Sistem Operasi di permis mereka tanpa memikirkan soal pemacu, konfigurasi tertentu dan macam-macam lagi karenah yang kadangkalanya dibawa pulang  ke kamar tidur. " Ubuntu memang terkenal keupayaannya untuk bergerak seiring dengan aplikasi dan perkakasan terkini" kata Rick Spencer, Pengarah Kejuruteraan Ubuntu di Canonical. Sambung beliau lagi "Tetapi sebagai pengguna-asas, adalah penting untuk kami merancang jauh kehadapan. Ubuntu 12.04 LTS akan memberikan pengguna desktop kombinasi yang sempurna berkembang seiring dengan perubahan perkakasan dan sokongan yang dilanjutkan dan bergantung kepada keperluan mereka ".  Daripada gambarajah d...

Benarkah Linux Kebal?

Adakah Linux Selamat? Ini adalah salah satu slaid yang dipersembahkan di South LinuxFest oleh Mackenzie Morgan. - Masih terdapat ancaman seperti phishing, keylogger dan lain-lain yang boleh menembusi linux. Bukan bermaksud linux itu kurang selamat, kerana linux dibina berdasarkan multi user based, sedangkan windows dibina berdasarkan single user based. Cuma Berhati-hati... sumber: http://ubuntulinuxtipstricks.blogspot.com  View more presentations from Mackenzie Morgan

Tutorial GIMP 2.6.10 : Bagaimana Menyerikan Gambar yang Kusam

Image
Efek Filters Dalam contoh ini ShimG mengunakan gambar bunga yang ditangkap dengan menggunakan kamera Point and Shoot 1. filters>enhance>unsharp mask  ikut setting ini atau selera masing2  Gambar asal  Gambar selepas apply efek wala siap... Selepas itu kita boleh bermain-main dengan efek B&W ke lomo effect ke...ikut kreativiti masing-masing...  Efek LOMO  Efek LOMO + B&W

Panduan Langkah Demi Langkah Memasang Ubuntu 11.10 Ke Dalam Komputer/Laptop

Image
Ubuntu 11.10 atau kod namanya Oneiric Ocelot telah dilepaskan beberapa hari lalu. Sekiranya anda bercadang untuk mencubanya sendiri di dalam komputer/laptop anda, berikut adalah cara-cara mudah proses pemasangan yang boleh diikuti satu persatu. 1. Muatturun ISO Ubuntu di http://www.ubuntu.com/download/ubuntu/download. ISO Ubuntu ini bersaiz hampir 700MB. Sekiranya anda mempunyai internet yang terbatas, sila minta pertolongan kawan untuk memuatturun fail ini. 2. Burn fail ISO berkenaan ke dalam CD/DVD (dalam bentuk CD Image dan bukannya dalam bentuk data) 3. Setkan boot priority pada BIOS komputer anda supaya membaca CD/DVD drive terlebih dahulu sebelum HD. Sekiranya komputer anda tidak boot ke dalam Ubuntu, kemungkinan besar masalahnya adalah disebabkan boot priority ini. 4. Masukkan CD/DVD Ubuntu 11.10 tadi ke dalam tray CD/DVD kemudian restart komputer. Anda akan mendapati komputer akan boot ke dalam CD sekiranya boot priority adalah tepat. 5. Anda akan melihat skrin be...

Ubuntu 11.10 Dilepaskan. Sedia Untuk Dimuatturun. Percuma.

Image
Selepas 6 bulan dibangunkan, Ubuntu 11.10 atau kod namanya Oneiric Ocelot hari ini dilepaskan serta merta dan boleh dimuatturun di :  http://www.ubuntu.com/download/ubuntu/download Bagi anda yang masih tidak mengenali apa itu Ubuntu, anda digalakkan untuk melawati  http://www.ubuntu.com/tour  untuk mengetahui Ubuntu dengan lebih dekat. Kepada yang telah memasang Ubuntu sebelum ini, anda boleh upgrade terus ke Ubuntu 11.10 menggunakan kata arahan; update-manager -d Kemudian ikut arahan pada skrin.

Ulasan Ubuntu App Developer : Ubuntu Menuju Arah Yang Betul

Image
Selain daripada perubahan menarik yang diperkenalkan dalam Ubuntu 11.10, saya tidak mahu ketinggalan untuk mengulas tentang Ubuntu App Developer yang diperkenalkan oleh Canonical baru-baru ini . Bagi saya, langkah Canonical mengemaskan antaramuka Ubuntu Software Centre dan kemudiannya memperkenalkan Ubuntu App Developer adalah satu langkah yang tepat bagi menarik lebih ramai pembangun perisian membangunkan aplikasi untuk Ubuntu. Ubuntu Software Centre Dalam Ubuntu 11.10 Laman web Ubuntu App Developer Kebimbangan kini adalah pada persoalan, adakah langkah ini akan meningkatkan bilangan perisian berbayar dan tidak sumber terbuka dalam Ubuntu Software Centre? Pada saya, tidak ada apa yang perlu dibimbangkan kerana situasi ini juga akan meningkatkan bilangan aplikasi yang berkualiti dalam Ubuntu. Sekiranya kita lihat bagaimana syarikat Apple berjaya mencuri hirisan yang agak besar dalam pasaran sistem operasi, selain memfokuskan kepada pengguna Mac OSX, Apple juga memfo...

Kod Nama Ubuntu 12.04 Diumumkan Sebagai.. Precise Pangolin

Image
Mark Shuttleworth dalam blogpost terbarunya telah mengumumkan kod nama kepada Ubuntu 12.04 ialah Precise Pangolin . Ubuntu 12.04 merupakan versi ubuntu yang memakai status LTS atau Long Term Support dan bakal menjadi versi terpenting dalam pembangunan Ubuntu sehingga kini. Seperti mana biasa, kod nama Ubuntu akan mengandungi 2 patah perkataan yang mana perkataan kedua biasanya dikhaskan kepada nama-nama binatang yang jarang didegari atau diancam kepupusan. Bagi Ubuntu 12.04, nama Pangolin  telah diabadikan dan sekiranya anda tertanya-tanya apakah itu Pangolin, gambar di bawah mungkin dapat membantu anda. Sekiranya kita melihat kepada pemilihan kod nama untuk Ubuntu 12.04 ini, kita dapat membayangkan apakah sebenarnya yang ingin dibangunkan untuknya. Sebuah sistem operasi yang Precise (tepat) mungkin bermaksud tanpa bug dan Pangolin (tenggiling) pula memberikan makna ketahanan yang luar biasa. Saya ada terfikir, mengapa Shuttleworth tidak memilih nama seperti Precise Pen...

Confession of Melayubuntuholic

Image
Individu yang menyatakan mereka mengejar kewangan, pangkat atau kecantikan secara kosisten di dapati kurang gembira dan juga kurang sihat berbanding siapa yang mengejar sesuatu yang bukan matlamat materialistik.-jonathan haidt, the happiness hypothesis Kebanyakan manusia mendapati kerja dalam tiga golongan; sebagai kerja, sebagai kareer atau sebagai panggilan. Saya menggangap apa yang saya tulis adalah pangilan atau seruan kepada saya. Tapi seruan untuk apa? Sekarang kita terlalu menyerah dan mengalah dalam bidang apa pun ekonomi, politik, sosial terutama sekali TEKNOLOGI. kita meyerah kalah kepada orang-orang eropah yang jahat yang mepengaruhi dan menjajah minda kita secara tidak sedar. Disini lah di mana saya boleh menyumbang sedikit berkaitan dengan teknologi walau pun tidak banyak. Teknologi adalah sesuatu dianggap perlu dari dulu sampai sekarang. Teknologi sebenarnya dipelopori oleh orang-orang Islam. Teknologi juga suatu ketika dahulu berada di tangan orang melayu semasa kita...