Saturday, October 08, 2011

Ulasan Ubuntu App Developer : Ubuntu Menuju Arah Yang Betul

Selain daripada perubahan menarik yang diperkenalkan dalam Ubuntu 11.10, saya tidak mahu ketinggalan untuk mengulas tentang Ubuntu App Developer yang diperkenalkan oleh Canonical baru-baru ini. Bagi saya, langkah Canonical mengemaskan antaramuka Ubuntu Software Centre dan kemudiannya memperkenalkan Ubuntu App Developer adalah satu langkah yang tepat bagi menarik lebih ramai pembangun perisian membangunkan aplikasi untuk Ubuntu.

Ubuntu Software Centre Dalam Ubuntu 11.10

Laman web Ubuntu App Developer

Kebimbangan kini adalah pada persoalan, adakah langkah ini akan meningkatkan bilangan perisian berbayar dan tidak sumber terbuka dalam Ubuntu Software Centre? Pada saya, tidak ada apa yang perlu dibimbangkan kerana situasi ini juga akan meningkatkan bilangan aplikasi yang berkualiti dalam Ubuntu.

Sekiranya kita lihat bagaimana syarikat Apple berjaya mencuri hirisan yang agak besar dalam pasaran sistem operasi, selain memfokuskan kepada pengguna Mac OSX, Apple juga memfokuskan kepada Developer dan mereka berjaya membina satu budaya pembangunan perisian yang tercantik antara sistem operasi yang ada. Di sini, Xcode adalah alatan yang sangat diiktiraf kewujudannya oleh pembangun aplikasi dalam Mac OSX. Malah, aplikasi ini disertakan dalam setiap DVD Mac OSX yang dimiliki oleh pengguna produk Apple untuk menggalakkan lagi pembangunan aplikasi oleh semua orang.

Apabila pihak Canonical mengumumkan Ubuntu App Developer ini, saya menjangkakan Ubuntu akan menerima banyak aplikasi berkualiti yang dibangunkan khas untuk Ubuntu. Aplikasi ini mungkin aplikasi berbayar, aplikasi percuma berserta iklan, atau percuma untuk versi *ringan, pada satu sisi yang lain, ia menggalakkan pengguna komputer mencuba Ubuntu dan seterusnya mengenali kecantikan perisian sumber terbuka.

8 comments:

  1. betul tu, biar berbayar tapi berkualiti.
    boleh dikatakan dev sekarang pun cari satu kelainan ni..

    ReplyDelete
  2. bak kata orang Inggeris "There is no free lunch", Perlu bayar lebih untuk kualiti.

    ReplyDelete
  3. Aku nampak lebih dari duit. Sebab tak semua orang cari duit. Ada pembangun yang cari nama, marketing, branding etc...

    ReplyDelete
  4. wah boleh bangunkan perisian sendiri ya?
    dalam bahasa aturcara apa?

    ReplyDelete
  5. Ubuntu makin pelik. Tapi itulah Ubuntu, sentiasa lain dari Linux yang lain..

    ReplyDelete
  6. kualiti itu subjektif. semua os ada bugs. yang penting tahu macam mana nak selesaikan masalah sekurang-kurannya dengan workaroud. :)

    ReplyDelete
  7. @Zul - "Aku nampak lebih dari duit. Sebab tak semua orang cari duit. Ada pembangun yang cari nama, marketing, branding etc..."
    Pelas Satu, di negara kita sudah ada teknik marketing macam ini cuma mungkin bukan didalam new technology masih baru ( mungkin ) tetapi punya harapan besar.

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...