Ubuntu 11.10 atau kod namanya Oneiric Ocelot telah dilepaskan beberapa hari lalu. Sekiranya anda bercadang untuk mencubanya sendiri di dalam komputer/laptop anda, berikut adalah cara-cara mudah proses pemasangan yang boleh diikuti satu persatu.
1. Muatturun ISO Ubuntu di http://www.ubuntu.com/download/ubuntu/download. ISO Ubuntu ini bersaiz hampir 700MB. Sekiranya anda mempunyai internet yang terbatas, sila minta pertolongan kawan untuk memuatturun fail ini.
2. Burn fail ISO berkenaan ke dalam CD/DVD (dalam bentuk CD Image dan bukannya dalam bentuk data)
3. Setkan boot priority pada BIOS komputer anda supaya membaca CD/DVD drive terlebih dahulu sebelum HD. Sekiranya komputer anda tidak boot ke dalam Ubuntu, kemungkinan besar masalahnya adalah disebabkan boot priority ini.
4. Masukkan CD/DVD Ubuntu 11.10 tadi ke dalam tray CD/DVD kemudian restart komputer. Anda akan mendapati komputer akan boot ke dalam CD sekiranya boot priority adalah tepat.
5. Anda akan melihat skrin berikut muncul. Tekan [ENTER] pada keyboard untuk membuat pemilihan bahasa. Dalam tutorial ini saya menggunakan "English".
6. Pada paparan kedua ini, saya lebih menyarankan anda memilih [Try Ubuntu without installing]. Sekali lagi tekan [ENTER] pada keyboard untuk membuat pemilihan.
7. Selepas anda masuk ke desktop live cd ubuntu, double-click pada ikon [Install Ubuntu 11.10].
8. Tetingkap seperti di bawah akan muncul. Sekali lagi, pilih [English] dan klik [Continue].
9. Langkah ini akan membuat semakan adakah komputer anda mempunyai ruang untuk pemasangan Ubuntu. Saya tidak menyarankan anda untuk tick pada 2 pilihan di bawah kerana ia melibatkan proses memuatturun data dari internet yang mungkin akan melambatkan proses pemasangan. Klik [Continue].
10. Langkah ke 10 ini akan menentukan dalam ruangan mana Ubuntu 11.10 akan dipasang. Ada 2 kes yang saya akan ulas di sini memandangkan langkah ini antara yang terpenting.
10.1 Hanya untuk pengguna advance sahaja.
Pilih [Something else] kemudian klik pada [Continue].
Kemudian, pilih partition yang ingin dipasang Ubuntu ke dalamnya. Pastikan ianya di format kepada filesystem yang anda kehendaki dan disetkan mount point kepada "/". Anda juga perlu mencipta partition swap anda sendiri sekiranya memilih langkah 10.1 ini.
10.2 Pilih [Erase Disk & Install Ubuntu]
Anda akan dibawa ke paparan berikut. Pilih partition yang ingin anda pasang Ubuntu pada [Select drive]. Grafik di bawah akan menunjukkan keadaan partition tersebut setelah Ubuntu dipasang padanya. Klik [Install Now].
11. Sambil proses pemasangan berlansung, anda akan dipaparkan beberapa paparan tetapan seperti berikut.
11.1 Tetapkan lokasi & time zone. Klik [Continue].
11.2 Tetapkan keyboard layout (biasanya English US). Klik [Continue].
11.3 Tetapkan maklumat diri & kata laluan. Klik [Continue].
11.4 Tetapkan gambar identiti anda. Anda boleh menggunakan webcam jika perlu. Klik [Continue].
11.5 Tunggu hingga proses pemasangan selesai.
Tips : Skip proses yang melibatkan muatturun data dari internet sekiranya anda mempunyai internet yang terbatas.
12. Restart komputer/laptop anda.
13. Selamat datang ke dunia Ubuntu 11.10!
Semoga bermanfaat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome
Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...
-
Nota Penting : Sila pastikan anda mengisi borang atau sms setelah melakukan pembayaran. Oleh kerana ramai yang bank in duit, amat sukar bagi...
-
ShimG pernah melakukan satu kajian mengenai Persepsi masyarakat terhadap penggunaan perisisan sumber terbuka untuk projek tahun akhir. Ber...
terima kasih buat tutorial ni. sangat berguna.
ReplyDeleteajar je install yang tak delete 2 partition.. setup cara ni jadi 1 partition jelah ye..
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletedah install.. tapi tak boleh connect wifi. Kenapa ya?
ReplyDeletep/s: Saya terus install ubuntu tanpa try.
bilalah bahasa melayu akan terpapar disitu huhuhu
ReplyDeletenk install dual boot boleh x? tgk screenshot xsame ngn ubuntu 11.04 nye.. ade rase cuak sket~ hahaha
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete@komen ja
ReplyDeleteboleh, masa nak install tu, amek something else, lepastu resize partition sedia ada, buat partition baru, dan install.
tak perlu nak assign swap baru, guna swap yang lama pun bole jugak.
@onlyzul
wifi takle connect kebiasannya senang je, takde driver.
lspci -nn | grep 0280
sudo rfkill list all
apa output dia?
Kini pemasangan Uuntu telah dipermudahkan lagi.. Cara pasang Ubuntu 11.10 tidak jauh beza dengan Ubuntu 11.04.. Semoga tutorial ini memberi pengetahuan kepada mereka yg belum lagi mencuba Ubuntu.. Selamat Datang ke Ubuntu 11.10!
ReplyDeletenak install guna wubi dah takde ke?
ReplyDeletebagaimana nak buang ubuntu yg lama. Sebab bila instal ubuntu yg baru ni, ubuntu yg lama masih lagi lekat kat komputer.
ReplyDeletemaaf atas soalan noob ni.boleh ke ubuntu di install dalam different partition, cthnya dalam partition D:/ tapi jadikan dia sebagai dual boot bersama windows?
ReplyDelete@Mr. Mu
ReplyDeletenak buang ubuntu lama, hanya delete partition ubuntu yang lama.
kemudian sudo update-grub pada yang baru
@AL
boleh. tapi, ubuntu akan delete partition D itu, dan tukar format daripada ntfs kepada ext4. ini bermakna fail dalam D akan hilang. sila backup data data anda
selepas itu, D: akan tiada sudah.
@Al
ReplyDeleteSebenarnya partisi D tu, boleh kita pecahkan lagi jika D tu tu besar saiznya.. So tak yah la format semua ke ext4..
terima kasih atas semua jawapan.saiz D: saya memang besar, jadi adakah perlu saya pecahkan partisi tu siap2(cthnya guna partition magic) sebelum install or waktu install nanti kita boleh configurekan?
ReplyDeleteboleh je nk buat partition.. search partition kt control panel, tekan create and format hard disk partition.. nnt ade paparan partition D: . right click, then shrink volume.. pastu msok kn bpe byk space utk install ubuntu..
ReplyDeleteitu cara buat partition di Windows sebelum install ubuntu kan?i see.so jalan terbaik ialah siap sediakan partition dahulu sebelum install?
ReplyDeletesory..nk tny ckt..
ReplyDeleteyang ni kaedah nak install Oneiric Ocelot 10.10 teruih dalam pc kn?
xnak dual boot..menyampah dgn windoW$
hm, aku buat partition dlu sblom install.. lepas shrink volume tu, format space kosong jd 1 partition.. pastu install ubuntu, better install gune wubi dlm partition yg format tu, wubi ni senang untuk dual boot ngan kalo nk buang ubuntu bole buang ikot windows je kat control panel (same as any other applications).. dlu aku try boot gne pndrivelinux pe ntah, pastu nk buang ade cara nye.. kalo maen format je partition ubuntu korg tu, korg kne ade cd windows la sbb xleh boot windows punye lpas tu, kne msok kn promp and type something.. tu bole cari je google..
ReplyDeletekalo xsilap, oneiric ocelot tu la ubuntu 11.10.. selamat mencuba!~ ( Im on ubuntu 11.10) LOL!
nk install tros ubuntu ni, tekan cm kat atas tu.. erase disk and install ubuntu.. tp rasenye better ade backup cd windows,tkot2 korg rase susah ngn ubuntu ni bole install blek windows.. haha
ReplyDeleteTutorial yg Melayubuntu paparkan ini.. cara ekpress.. dan ada pilihan utk dualboot secara auto(akan dtanya install sebelah menyebelah). Kalau saper2 nak install custom partition elok baca asas partisi pada linux dulu..
ReplyDeleteCamne nak install ubuntu dalam Acer 4750G dengan dual boot windows 7 sekali?
ReplyDeleteinstall windows 7 dulu baru install ubuntu...
ReplyDeletewubi x leh pakai dkt win 7 erk?
ReplyDeletemika pasang oceilot ni tak masalah apa-apa ker... teman lepas install lagging semacam jer... terus lost... cuba install gnome-shell, pun sama gak... lagging gak... last-last return to Lucid Lynx
ReplyDeleteMemang mudah dgn Ubuntu 11.10 ni, sekarang dah guna single boot, sudah tidak memerlukan dual boot. 100% Linux. Teruskan usaha kawan-kawan disini mempromosi Linux di Malaysia, Masa untuk kita pecahkan monopoly windows.
ReplyDeletesalam, saya baru install ubuntu 11.10 kat laptop dengan dual boot win 7 kat partition yg lain. semasa installing smua berjalan lancar, tp semasa buat application update tu laptop kerap kali hang dan terpaksa buat hard reset. bole bagi bantuan??
ReplyDeletewifi x detect macam mana nak buat??
ReplyDeletedah baca komen kat atas tapi x tahu nak buat...
benda ni nak tulis kat mana?
lspci -nn | grep 0280
sudo rfkill list all
bukak terminal, kalau tatau terminal dekat mana, pegi ke logo ubuntu sebelah kiri atas, tekan, dan terus taip terminal
ReplyDeletepastu masuk command tu
lspci -nn | grep 0280
masuk jugak command ni
lshw -C network
copy dua dua output, pastu paste kat sini.dapat output baru saya boleh tolong
mana nak dapat cd intall ubuntu terbaru eh??? nk download dkenet xreti,hehe..ade cd/dvd lg mudah kot...sape2 ade jual,PM me adamabcdef@yahoo.com...*org baru*
ReplyDelete