Posts

Showing posts from 2012

Precise Puppy Pangolin? varian Ubuntu versi Puppy Linux

Precise Puppy Pangolin? varian Ubuntu versi Puppy Linux -->klik Puppy Linux adalah ringan berasaskan  sistem operasi Linux yang direka untuk beroperasi dengan baik walaupun pada komputer yang lebih tua yang mempunyai Processor perlahan .  Ubuntu adalah salah satu Distro Linux yang paling popular di seluruh dunia. Banyak aplikasi mereka juga boleh didapati dari pengurus pakej terbina di dalam repositories. Versi terbaru Ubuntu adalah   750MB , Precise Puppy 5.4.3 adalah hanya 166MB . Kelebihan utama pada Puppy Linux ialah: Boleh dimasukkan kedalam cd atau USB, jadi anda tidak memerlukan Komputer Boleh boot daripada memory menyebabkan distro memang takde sangkut-sangkut punyalah Dua pakej manager boleh guna 1. Puppy Package Manager 2. Synaptics. Bermakna dalam puppy ini boleh download pelbagai software dari ubuntu dan pakai format .DEB Boot dalam masa kurang seminit...Ada berani pakai? Dan banyak lagi...kunjungi lam...

Top 6: Aplikasi teruk untuk ubuntu daripada Datamation dan ShimGeek

Apa yang paling best pasal ubuntu ialah pilihan aplikasi yang banyak, daripada produktiviti pejabat seperti LibreOffice sehingga lah aplikasi yang mudah seperti gedit. Namun dalam banyak-banyak aplikasi Ubuntu ada yang prestasi jauh terkebelakang dek kerana di' abandon ', kekurangan support atau banyak lagi sebab-sebab yang lain. 1) Firefox extension manager Masalah timbul apabila firefox terlalu kerap di'update' menyebabkan berlaku compatibility isu. 2) Cheese Terdapat masih banyak bug yg terdapat dalam rilis Ubuntu 12.04 3) Istanbul Kesukaran untuk sharing ke laman web seperti youtiup. Lihat 7 aplikasi lagi di Datamation. Klik link di bawah... 3 apps pilihan Shimgeek untuk aplikasi yang paling teruk adalah: 1. caps lock indicator - Apa tujuan apps ni ada di bar untuk di klik? sedangkan di keyboard pun sudah ada. 2. unity dash - Launcher tidak mencakupi semua apps penting, tertinggal email client. Cuba taip 'email', tidak keluar apa yang d...

Alternatif Ubuntu : Pilihan korang?

Semua orang pasti ada feberet memasing kan, dalam memilih distro linux? Berikut dinyatakan feberet bagi Datamation, Softpedia dan aku... Datamation Linux mint Peppermint os Pear Os Softpedia Xubuntu Kubuntu Linux mint Sabayon Lubuntu Shimgeek Bodhi Linux Puppy Linux SliTaz Avlinux Uber student Pilihan korang yang mana? lontarkan dalam komen...berdasarkan apa korang pilih sesuatu distro tu...kalau bagi shimgeek, ia adalah berdasarkan simple, boleh integrate dengan semua distro, tak makan saiz yang besar sebab boleh sumbat bebanyak distro...paling banyak shimgeek trial n error adalah sebanyak 6 distro dalam satu komputer...buat pengetahuan korang aku ni distro hopper sama macam Abg Deen Sokmo ...lama x dengar cerita Deen, apa cer?... sumber : http://www.datamation.com/open-source/three-top-ubuntu-alternatives-2.html http://news.softpedia.com/news/Top-5-Ubuntu-Alternatives-215953.shtml

Apa itu Section 114A?

Image
section-114a  Jadi ini sebenarnya ia untuk crime busting atau online control? Anda nilai sendiri...

Interface klien Emel perlu di tukar?

Image
Minimal Mac | On Email Sapa setuju dengan cadangan Patrick Rhone ni? Beliau mencadangkan agar interface Klien emel  seperti Sparrow ditukar (subjek, Cc dan penerima di letakkan di bawah, Ruangan compose di atas). Minimalmac.com  Rungutan beliau ada betulnya. Kekadang aku sendiri stuck bila time nak send emel kepada klien. Sebab yang pertama sekali perlu diisi merupakan subjek@tajuk. Yang lebih mudah adalah straight to the point. Terus karang emel kan senang. Last sekali baru nak bubuh tajuk apa. Claws Mail; it bites hehe =) Berbanding dengan Claws Mail cadangan Patrick Rhone lebih simple dan minimal. Tapi satu berita baik buat pengguna open source ialah mereka boleh godek-godek sendiri berbanding dengan Patrick Rhone yang hanya boleh mengemukakan cadangan beliau kepada klien emel Sparrow . Team open source ada nak implement macam ni? Minimal is nice right? Kalau ada aku bleh tolong promote...

Left 4 Dead 2 lebih laju di Linux berbanding Windows :Valve

Image
Pada peringkat permulaan Valve versi pemula cuma pada 6 FPS(frame per saat) meningkat kepada 315 FPS, lebih laju pada versi windows iaitu 270.6 FPS tetapi setelah digodek2 OpenGL oleh pasukan valve, mereka berjaya meningkatkan kepada 303.4 FPS . Pasukan pengodek Valve meningkatkan prestasi Left4Dead dengan: Modifikasi dengan kernel Modifikasi dengan OpenGL Optimumkan grafik driver Berikut merupakan spek : Hardware Intel Core i7 3930k NVIDIA GeForce GTX 680 32 GB RAM Software Windows 7 Service Pack 1 64-bit Left 4 Dead 2 Ubuntu 12.04 32-bit   sumber: http://blogs.valvesoftware.com/linux/faster-zombies/

Pay What You Want( Bayar berapa yang anda suka) untuk Humble-indie-bundle 5

Image
Humble-indie-bundle 5 di masukkan ke dalam Ubuntu Software Centre Berita baik untuk gamers Ubuntu di luar sana, Humble-indie-bundle 5 adalah merupakan koleksi games untuk pelbagai platform OS(windows, Linux dan Macintosh), bebas DRM dan dicipta oleh pembangun indie. Yang menariknya ialah disamping kita membeli game ini, kita membantu menyumbang kepada badan amal kebajikan Child's Play(memberi game percuma kepada kanak-kanak sakit) dan Electronic Frontier Foundation(mempertahankan hak dalam dunia digital) Dan yang paling best adalah kita boleh tentukan sendiri berapa yang kita nak bayar kepada developers, charity dan humble-indie-bundle organizers. Game yang boleh didapati di dalam Humble-indie-bundle 5 adalah Limbo (ada preview kat bawah), Psychonauts, Sword and Sworcery dan banyak lagi. Cuma satu kekurangan yang dirasakan oleh ShimG adalah Humble-indie-bundle 5 bukanlah dalam kategori open source game. Namun berita baiknya : ia akan membantu indie game developer, ...

Tema Mac OSX Lion untuk Ubuntu 12.04

Image
Seperti biasa, kita boleh menukar tema ubuntu kepada apa sahaja dan antara yang terbaru dan ingin saya kongsikan di sini ialah tema Mac OSX Lion untuk Ubuntu 12.04. Download

Buku pertama, Mudahnya Twitter kini di pasaran

Image
Alhamdulillah, buku pertama saya telah pun terbit menemui pembaca minggu lepas di Pesta Buku Antarabangsa 2012. Buku bertajuk Mudahnya Twitter ini memuatkan panduan ringkas kepada bakal-bakal pengguna Twitter yang baru untuk berjinak-jinak dengan dunia mikroblog paling terkenal iaitu Twitter. Perancangan awalnya saya dengan pihak penerbit iaitu PTS Netmedia Sdn Bhd ialah untuk menerbitkan buku berkaitan sistem operasi Ubuntu. Saya telah siapkan proposalnya dan ia telah diluluskan. Namun oleh kerana sebab-sebab yang tidak mengizinkan, saya memilih untuk menulis buku yang simple, ringan dan santai terlebih dahulu. Buku Mudahnya Twitter ini berharga RM10 sahaja dan sekiranya pembaca membeli Online di Kedai Buku PTS, ianya hanya RM8.50 ( http://www.bookcafe.com.my/en/gadget-perisian-and-komputer/mudahnya-twitter-en.html ) Insyaallah, di masa akan datang sekiranya diizinkan tuhan, saya bercadang untuk menulis tentang banyak benda tentang dunia IT dan salah satunya ialah buku panduan...

Ubuntu 12.04 : Cacat Tanpa Hibernate?

Precise Pangolin tanpa Hibernasi Christopher Tozzi Kekurangan sokongan daripada  sistem operasi  untuk  hibernasi , atau  keupayaan  meletakkan  komputer  untuk “ tidur ” tanpa  menggunakan  elektrik , ialah  satu kecacatan utama   di sebalik rilis Ubuntu yang terbaik. Dan  ia tidak  membawa petanda baik,  cita-cita  Canonical untuk menawan   komputer desktop .  Hibernasi adalah penting bagi menjimatkan tenaga elektrik. Tetapi apa beza Hibernate dengan Standby? Artikel daripada Lifehacker ada menjelaskan tentang  Hibernate Vs Standby . Bagi yang ingin mengembalikan fungsi hibernasi secara manual, boleh rujuk di sini . Jadi pendapat anda perlu atau tidak fungsi hibernasi ini? Sumber:  http://www.thevarguy.com/2012/05/04/ubuntu-12-04s-great-flaw-no-hibernation-feature/

Lupakan PowerPoint : Perkenalkan Impress!ve

Image
Impress!ve : Gunakan ia untuk 'WOW'kan orang lain Impress!ve merupakan satu aplikasi untuk mempersembahkan slaid dengan lebih stylo. Menggunakan hanya format PDF yang selalu digunakan. Mulakan  Impress!ve dengan comand line(hanya dalam linux), Arahan biasa  Next : arrow bawah atau LeftMouse Prev : arrow atas atau RightMouse Spotlight : Enter adjust besar spotlight dengan butang + / - atau middle mouse button Highlight box : drag LM Overview : Tab dan klik LM utk pergi terus ke slaid Quit : Q atau Esc Sumber :  http://impressive.sourceforge.net/

Membuat password yang selamat dengan OpenSSL

Image
 Membuat password yang selamat dengan OpenSSL Cara yang mudah berbanding jadikan tarikh lahir atau no telefon sebagai password.

Linux Dulu dan Sekarang

Image
-via gigaom .com ; tahun 2011

Pilih perisian alternatif "Terminal Way"

Image
Video ini merupakan contoh untuk mengubah pelayar internet default . asterisk * itu merupakan pelayar default . Anda juga boleh menukar bagi perisian2 lain gunakan cara ini.

Pulanglah ke pangkal jalan...

Petikan Kartun Sindiran dari oatmeal : Apabila ia mudah dan senang menggunakan jalan yang sah (perisian original), itulah yang akan digunakan kebanyakan orang. Kenapa masih ada orang memilih menggunakan perisian cetak rompak? Penjual perisian memudahkan pembeli guna perisian cetak rompak? Kerana terdapat permintaan yang tinggi daripada pengguna? Sebab masa belajar sudah menggunakan perisian tersebut?  Mari kita dengar komen anda?

Projek Kaca Google: Mungkin...

Image
Adakah ia bakal merubah kehidupan sosial kita seperti yang Facebook lakukan?

Sangat Tak Betul

Baiki_komputer Haa??nak baiki Linux kena belajar C++ ? Kompil kernel? Salahkan SUN ? Adoyai...

Default Wallpaper bagi Ubuntu 12.04

Image
Imej berikut ialah default wallpaper bagi Ubuntu 12.04 Sejak 2 tahun kebelakangan ini, bermula dari versi Ubuntu 10.04, tidak begitu banyak perubahan dilakukan terhadap wallpaper default bagi ubuntu. Antara alasan yang diberikan ialah supaya ubuntu mempunyai jenama identiti tersendiri. Apa pendapat pembaca berkenaan wallpaper baru ini?

Tutorial Ubuntu TV

 Kini Ubuntu TV bukan lagi fantasi tapi realiti... -AMARAN- Tutorial ini adalah ekperimental. Kalau tak sabar tunggu Ubuntu TV boleh cuba tutorial eksperimental ni... Linuxaria : Ia satu integrasi Unity sasaran kepada TV. Dalam antara muka biasa Unity anda akan mempunyai begitu banyak kemungkinan-kemungkinan! Melayari Internet secara langsung, tanpa perlu memasang  pelayar internet, satu integrasi penuh dengan YouTube, kemungkinan sebuah televisyen Guide, WebTV, Streaming apa yang anda mahu…dan, anda akan mempunyai banyak pilihan lain.  -via linuxaria.com

Tutorial GIMP : Abstract Wallpaper

Image
Hasil Akhir.... Langkah 1 : file > new > set saiz imej kepada 1280x800 atau saiz desktop anda Langkah 2 : set background anda kepada warna hitam Langkah 3 : Klik menu filter > render > nature > flame Langkah 4 : klik edit > randomize ; variation = Spherical, pilih mana "flame" yang berkenan Langkah 5 : Buat  layer baru > namakan ia gradient dan setkan warnanya kepada transparency Langkah 6 : pilih blend tool > pada bahagian tools option pilih full saturation > blend dari kiri ke kanan Langkah 7 : set layer kepada mod overlay Tadaa...siapppp satu wallpaper....   ShimG adalah blogger BebasHutang(tentang kewangan) ,  ChentaBuku(bukan cinta muka buku) dan merupakan tamu blogger tetap di Melayubuntu ;ZulMalc dan Freelance Designer . Sila emel kepada  hashimwinger11@gmail.com cadangan tutorial pasal GIMP dan inkscape.

Wallpaper Abstract Flame

Image
Klik kanan > Save as...

Penggunaan Raspberry Pi Linux

Penggunaan Raspberry Pi Linux  Jun auza; Tech source from bohol : Walaupun tidak di sahkan  lagi,  desas-desus  mengatakan  yang sudah  ada lebih  daripada 2  juta pertanyaan  dan pre-order .  Dan  kami,  pencinta  Linux  paling  tidak dapat membantu  dalam  memberikan  idea-idea  pasaran  kami sendiri. Cadangan beliau di mana Raspberry Pi dapat digunakan : Sekolah Di negara-negara membangun internet cafe komputer awam di perpustakaan pejabat-pejabat kerajaan sebuah komputer lengkap -via techsource

Tutorial GIMP : Teknik 'Decolorization'

Image
Teknik Decolorization kudos to hardyweb Teknik mejadikan gambar tersebut lebih fokus dengan menghilangkan warna-warna latar yang sibuk. Langkah 1 : Open Image Langkah 2 : Duplicate layer Langkah 3 : Set layer mode kepada color Langkah 4 : Gunakan Paintbrush untuk menghilangkan warna yang tidak diperlukan   Siap... Seterusnya anda boleh adjust warna gambar ikut kesukaan anda Colors > curve                          P/s: kepada hardyweb dan asrul rae...ShimG sibuk yang amat kebelakangan ini. mohon maaf banyak atas kelewatan penghantaran. Insyallah dalam minggu depan den terai hantar. ShimG adalah pengasas BebasHutang(tentang kewangan) ,  ChentaBuku(bukan cinta muka buku) dan merupakan guest blogger tetap di blog Melayubuntu ;ZulMalc dan Freelance Designer . Sila emel kepada  hashimwinger11@gmail.com cadangan tutorial pasal GIMP dan in...

Raspberry Pi?

Image
Apa itu Raspberry Pi dan Kenapa Anda Harus Tahu Steven: Ia tidak datang dengan keyboard, mouse mahupun monitor. Yang menariknya ia juga tanpa hard drive atau case. Broadcom BCM2835 700MHz ARM1176JZFS processor with FPU and Videocore 4 GPU GPU provides Open GL ES 2.0, hardware-accelerated OpenVG, and 1080p3D 256MB RAM Boots from SD card, running Raspberry Pi Fedora Linux Remix 10/100-BaseT Ethernet port HDMI port USB 2.0 port SD card slot Powered from microUSB port 3.5mm audio out jack Header footprint for camera connection      semua ini dengan USD35(~MYR 100 ).... -via ZDNet.com

[Screenshot] Gnome Tentative Design : Gambaran Hala Tuju Gnome Selepas Ini?

Image
Ini ialah koleksi tentative design Gnome yang boleh dilihat di  https://live.gnome.org/Design/Apps/ . Aplikasi Photos Aplikasi Music Aplikasi Videos Aplikasi Chat Aplikasi Web Apa pendapat anda?

Top 5 pelayar web

Image
Dave Shea: Ramalan daripada StatCounter’s Global Stats, mengatakan bahawa Chrome akan mengatasi IE dan Firefox. Dan ini beerti akan berakhirlah dominasi IE selama 13 tahun. -via mezzoblue

Petikan kata-kata dari orang yang berpengaruh linux dan open source

Petikan kata-kata dari orang yang berpengaruh linux dan open source View more presentations from hashim . ShimG adalah pengasas  BebasHutang(tentang kewangan) ,  ChentaBuku(bukan cinta muka buku)  dan merupakan guest blogger tetap di blog  Melayubuntu  ;ZulMalc. Sila emel kepada  hashimwinger11@gmail.com  untuk request tutorial pasal GIMP atau Inkscape. Atau saja-saja nak bertukar pendapat pun boleh, bisa diatur.

Perubahan Utama Dalam Ubuntu 12.04 Precise Pangolin

Image
Ubuntu 12.04 atau kod namanya Precise Pangolin adalah versi Ubuntu yang ditunggu-tunggu kerana ianya berstatus LTS atau Long Term Support. Versi 12.04 ini akan disokong sehingga April 2017, satu tempoh yang cukup lama dan berbaloi sekiranya terdapat organisasi mahupun pengguna perseorangan berniat untuk mencuba sistem operasi desktop percuma ini. Terdapat beberapa perubahan utama yang dijangka akan dilakukan dalam versi 12.04 ini. 1. Saiz ISO Ubuntu tidak lagi muat ke dalam CD Sistem operasi moden seperti Microsoft Windows 7 atau juga Mac OSX Lion bersaiz lebih dari 3GB secara normal. Manakala pembangun ubuntu terkial-kial untuk menetapkan saiz ISO ubuntu kepada 700MB setiap kali mengeluarkan versi baru. Justeru, memecahkan tradisi 700MB yang muat ke dalam CD adalah satu langkah anjakan ke depan yang bakal mengundang pelbagai fungsi yang lebih dinamik kepada versi ubuntu yang akan datang yang tak mungkin lagi muat dalam ISO bersaiz 700MB. 2. Bebas dari Mono Pihak pembangun ...

Seputar Yang Menarik di Mobile World Congress 2012

Masa depan adalah Boot to Gecko... Semua apps dalam ni menggunakan HTML5; dialer pun pakai web-based API. Boot to Gecko adalah Phone yang berasaskan web dan HTML5 Hantar SMS, tangkap gambar dan main game  Lihat sendirilah senang... -via The Verge Baca selanjutnya di :  http://www.theverge.com/2012/2/27/2827659/mozillas-boot-to-gecko-project-the-internet-is-your-phone-hands-on

Ciri-ciri dan Spesifikasi Ubuntu for Android

Image
via Ubuntu.com Ciri-ciri : Kedua-dua Ubuntu dan Android menggunakan Phonebook yang sama. Apabila telefon Android diletakkan dalam dock, ia memudahkan anda untuk melihat, edit, sms atau emel contact. Yang paling best ia boleh integrasi dengan Facebook dan Twitter.  Boleh terima call dan SMS. Cool... Aplikasi Default: Chromium VLC Player Ubuntu Music Player Gwibber Dan banyak lagi... Keperluan Hardware: Dual-core 1GHz CPU Video acceleration: shared kernel driver with associated X driver; Open GL, ES/EGL Storage: 2GB for OS disk image HDMI: video out with secondary frame buffer device USB host mode 512 MB RAM -via:  http://www.ubuntu.com/devices/android/features-and-specs ShimG adalah pengasas  BebasHutang(tentang kewangan) ,  ChentaBuku(bukan cinta muka buku)  dan merupakan guest blogger tetap di blog  Melayubuntu  ;ZulMalc. Sila emel kepada  hashimwinger11@gmail.com  untuk request tutorial p...

Ubuntu di dalam poket anda?

Image
Via blog Mark Shuttleworth Pada minggu hadapan, Mark akan memperkenalkan integrasi antara Ubuntu dan android di  Mobile World Congress di Barcelona .  Ini bukan Phone Ubuntu tetapi Ubuntu di samping Phone Android. Apa yang anda perlu lakukan adalah hanya bawa telefon Android+Ubuntu dan sambung ia ke monitor untuk Full Ubuntu Desktop dengan aplikasi yang sedia ada. Baca dengan lebih lanjut : http://www.markshuttleworth.com/archives/1011

Pemenang PERADUAN MELAYUBUNTU oleh ShimG

Image
PERADUAN MELAYUBUNTU  oleh ShimG     Hadiah Pertama jatuh kepada Asrul Rae ;asrul_amanda@yahoo.ca Hadiah ke-Dua jatuh kepada Hardy web ; http://about.me/hardyweb    Sila emel alamat kepada hashimwinger11@gmail.com untuk pengeposan hadiah.                   ShimG adalah pengasas BebasHutang(tentang kewangan) ,  ChentaBuku(bukan cinta muka buku) dan merupakan guest blogger tetap di blog Melayubuntu ;ZulMalc. Sila emel kepada  hashimwinger11@gmail.com  untuk request tutorial pasal GIMP atau Inkscape. Atau saja-saja nak bertukar pendapat pun boleh, bisa diatur.

Hari Terbuka ICT merangkap perjumpaan Ubuntu Malaysia Loco Team

Kolej Matrikulasi Pulau Pinang akan mengadakan hari terbuka ICT pada 18 Februari 2012, bertempat di dalam Kolej sendiri. Ubuntu telah dijemput untuk membuka booth di sana. Dan "call for volunteer" telah di war-warkan di Facebook Ubuntu Malaysia Loco Team dan sambutan agak memberangsangkan.Ramai yang berminat nak menyertainya dan harap-harap, apa yang dijanjikan dapat hadir. Seperti hari terbuka ICT lain-lainya, walau kekadang berkaitan dengan Open Source yang datang ramianya kompeni yang tak berapa "open sos", dan kali ni hari terbuka ini bukanlah menyajikan Sumber Terbuka semata-mata, tetapi atas inisiatif Pegawai Teknologi Maklumat KMPP sendiri, iaitu EN. Zuhair (aku sebut nama ang ni.. hehe) telah menyempurnakan misi ini. Maka banyaklah acara dan mesyuarat online yang telah dibincangkan dan dipromosikan sehingga menjadi aktiviti yang dimasukkan di dalam Ubuntu Hour. Lihat site ni http://loco.ubuntu.com/events/global/1444/detail/ . Oleh yang demikian, saya ingin...

Ciri terbaru Ubuntu: HUD??

HUD adalah singkatan bagi perkataan Head-Up Display. Konsepnya adalah untuk tidak menggunakan menu  sebaliknya hanya menggunakan papan kekunci. Jadi kurang gunakan mouse. Mark Shuttleworth membuang menu dalam Ubuntu untuk mendapatkan dsiplay atau paparan yang lebih besar. Ini merupakan inovasi yang saya rasa agak besar dan radikal kerana fungsi menu  tidak pernah berubah sejak 30 tahun yang lepas. HUD memberikan pengalaman yang lebih canggih kepada end-user kerana ia menggunakan VUI berbanding GUI. Pasti anda pernah mendengar perkataan GUI=Graphical User interface tetapi VUI??? VUI adalah akronim bagi perkataan Vocabulary User Interface. Jadi bila kita menaip sesuatu pada HUD ia akan menggunakan fuzzy matching dan belajar daripada apa yang kita taipkan di HUD. Shuttleworth mendakwa, "Apabila anda telah gunakan ia untuk beberapa lama HUD seperti boleh membaca fikiran anda, dalam bentuk yang baik". Antara Ciri-ciri HUD: Taip untuk- cari history Akses bookmark dalam br...

Polisi Baru Google; Apa yang anda harus tahu?

Tujuan utama Google memperkenalkan polisi baru adalah untuk menjadikan polisi mereka mudah untuk dibaca dan difahami oleh pengguna. Ringkasan: Prinsip Privasi masih tidak berubah ; Google tidak akan menjual maklumat dan informasi anda kepada orang lain. Google tidak ingin mengambil lebih banyak data daripada anda.  Meningkatkan pengalaman pengguna dalam talian seperti "search result" Layari Google FAQ: Sumber: https://www.google.com/intl/en/policies/faq/

Pengumuman! Peraduan Melayubuntu

Image
PERADUAN MELAYUBUNTU  oleh ShimG Berita baik bagi sesiapa yang selalu godek-godek GIMP. Bulan ini aku nak offer siapa yang ada teknik atau cara tersendiri dalam membuat grafik dalam GIMP. Aku tau ramai yang lagi expert  daripada aku tapi takde ruang nak tunjuk bakat. Ini lah masanya kome hanto kat teman (slang perak). Korang perlu buat satu tutorial yang orang lain senang faham, sertakan sekali gambar, pada hujung tutorial buat satu deksripsi atau bio korang sertakan sekali emel ngan FB korang. Convert dalam bentuk PDF. Lepas tu, tekan butang send kepada  hashimwinger11@gmail  atau  anderson112001@yahoo.com .  Syarat-syarat peraduan adalah seperti dibawah: Berakal Gunakan GIMP  Pembaca setia MelayUbuntu Kriteria pemenang berdasarkan: Isi  Bahasa mudah Target untuk beginner dengan intermediate level Senang di ikut Cara susunan Appearance Tarikh tutup pernyataan : 15 Feb 2012 Hadiahnya.... Johan : Satu T-shirt Basic Tee berlogo Mim-...