Posts

Prayer Times bagi ubuntu 7.10

Image
Bagi ummat islam, perisian prayer times reminder sangat penting dan boleh saya klasifikasikan sebagai antara perisian yang wajib dipasang mendahului perisian-perisian keduniaan yang lain melainkan rumah anda terlalu berdekatan dengan masjid ataupun surau.Namun masalahnya ialah, minbar (satu perisian prayer times reminder) gagal berfungsi dengan baik di dalam ubuntu gusty gibbon. Saya penat mencari solusi yang berkesan dalam menyelesaikan masalah ini.Namun bagi kita sebenarnya masih ada altenatif yang boleh diambil sementara menunggu versi terbaru Minbar 0.2, dikeluarkan. Altenatif yang kita ada ialah install pray times extensions bagi firefox!Caranya mudah iaitu install firefox extensions di sini(pray times) , dan restart firefox seperti yang diarahkan.Kemudian kita perlu setting lokasi supaya ia menepati waktu solat bagi kawasan yang kita tinggal. Extensions ini akan mempamerkan waktu solat berikutnya disebelah status dibawah dibahagian bawah kanan browser firefox anda.Apabila kita ge...

Kesulitan amat dikesali

Image
Semalam, beberapa kali saya cuba untuk memasuki blog ini tetapi gagal dan browser yang saya gunakan(firefox/swiftfox) tidak putus-putus mempamerkan amaran berikut; Saya mati akal memikirkan apakah sebab musabab yang membawa kepada masalah sebegini dalam blog ini.Saya cuba boot ke dalam windows dan browse menggunakan firefox, masalah yang sama juga berlaku.Namun ianya tidak berlaku jika mengguna browser opera.Sampai kepada detik ini, saya masih gagal mengenalpasti punca kepada masalah ini.Tapi sekarang, anda boleh menggunakan firefox seperti biasa untuk browse blog ini. Kesulitan ini adalah amat-amat dikesali. Sekian.. Sila klik disini untuk melanggan artikel terbaik daripada melayubuntu terus ke mailbox anda!-Powered by FeedBurner

Flash Player 9 Final Update

Image
Flash player 9 telah mengeluarkan update terakhir (ke 3) bagi versi 9, dan dengan update ini terdapat beberapa fungsi baru antaranya; Mainly, support for H.264, one of the most efficient video encoding available today Hardware based image scaling Full screen support on Linux Support for HE-AAC, an advanced audio encoding Multicore support Support for Leopard (Mac OS 10.5) Support for Microsoft Active Accessibility (MSAA) Sekarang fungsi fullscreen bagi memainkan flash player seperti di youtube dan sebagai sudah sedia bagi ubuntu.Jika sebelum ini sesetengah pengguna ubuntu merungut kerana gagal memainkan flash player dalam fullscreen mode, maka dengan update terbaru ini fungsi tersebut sudah bersedia untuk digunakan. Saya tidak begitu pasti samada sedikit masa nanti plugins bagi firefox untuk flash akan terupdate secara automatik atau tidak, namun saya telah pun update secara manual dengan mendownload package bagi update ini di; Adobe Flash Player Download Center. Bagi pengguna ubuntu y...

Foxdie - Pakej lengkap men"safari"kan firefox [UPDATE]

Image
Saya kira foxdie sudah mencipta satu dimensi baru dalam penjanaan skin bagi firefox.Pakej foxdie yang dicipta oleh tanjihay bukan sahaja dilengkapi dengan 1 skin, malah mempunyai pelbagai pilihan yang akan memberi peluang kepada kita untuk memilih dan customize sendiri skin firefox mengikut citarasa peribadi masing-masing. Identiti Foxdie? Foxdie ialah satu pakej skin untuk men"safari"kan firefox, atau dengan kata lain, skin safari bagi firefox.Foxdie cukup perfect untuk pengguna Mac OS X yang menggunakan firefox sebagai default browser mereka dan juga bagi pengguna ubuntu yang menggunakan tema Mac OS X bagi desktop mereka.Namun, pengguna windows juga tidak harus dipinggirkan kerana skin ini akan menjadikan firefox anda kelihatan seperti browser safari yang saya kira penampilannya cukup memikat dengan paparan yang clean, smooth, elegant dan professional. Jika penerangan dalam bentuk tulisan seperti diatas masih tidak cukup membuatkan hati anda terpikat sila, amati imej-imej ...

Jika dunia ini hanya didiami 100 manusia

If we could turn the population of the earth into a small community of 100 people, keeping the same proportions we have today, it would be something like this: referensi:http://www.labnol.org/ Sila klik disini untuk melanggan artikel terbaik daripada melayubuntu terus ke mailbox anda!-Powered by FeedBurner

Wubi - Install ubuntu dalam windows!

Terima kasih kepada Cypherhackz.net atas info ini.Oleh kerana saya sedikit sibuk sejak akhir-akhir ini, maka tidak sempat untuk meneroka beberapa perkembangan terbaru bagi ubuntu.Sebelum ini, saya telah menulis satu entry berkaitan dengan versi terbaru ubuntu yang bakal keluar pada bulan 4,2008 iaitu Hardy Heron dan membayangkan akan ada satu software yang membolehkan kita install ubuntu didalam windows.Dalam entry tersebut, saya memikirkan akan ada sesuatu seperti Ubuntu_8.04.exe atau yang sewaktu dengannya, namun kelihatan wubi menawarkan sesuatu yang agak berbeza dari sangkaan saya. Apa itu wubi? Wubi is an unofficial Ubuntu installer for Windows users that will bring you into the Linux world with a single click. Wubi allows you to install and uninstall Ubuntu as any other application. If you heard about Linux and Ubuntu, if you wanted to try them but you were afraid, this is for you. Wubi akan download .iso ubuntu image secara online dan ini mengambil masa yang agak lama untuk ...

Awas Internet Explorer dan Safari

Image
Jika anda melayari blog ini menggunakan IE(Internet Explorer) ataupun Safari (untuk windows), kedua-kedua pelungsur web tersebut tidak memaparkan dengan tepat apa yang blog ini paparkan.Saya tidak tahu punca, dan sebab mengapa ia berlaku, yang pasti untuk pengetahuan umum, blog ini di design berdasarkan browser Firefox dan ianya dipaparkan secara tepat oleh firefox , swiftfox , flock, dan opera. Paparan internet explorer Paparan Safari Paparan Firefox Saya nasihatkan buat pelayar blog ini, sila layari blog ini menggunakan firefox atau browser-browser lain yang tidak mempunyai masalah dengan paparan. Sila klik disini untuk melanggan artikel terbaik daripada melayubuntu terus ke mailbox anda!-Powered by FeedBurner