Posts

Linux Desktop pada harga RM788

Image
Tadi ada seorang sahabat menghantar gambar ini kepada saya yang mungkin bagus untuk dikongsi disini. Menurut sumber, ini ialah pamplet yang diperolehinya ketika berkungjung ke Tesco (err aku lupa plak Tesco mana). Sebuah desktop (mungkin tiada monitor disertakan) yang menggunakan processor AMD @ Athlon LE 2650 dengan 1GB Memory dan 160GB disk space pada harga RM788. Menurut sumber juga, ini adalah kali pertama beliau menemui satu komputer yang dijual menggunakan Linux OS sebagai default. Ini mungkin satu perkembangan yang bagus kepada perkembangan linux di Malaysia khasnya. Namun, komuniti linux masih suram tanpa idea-idea baru dan akhir-akhir ini barulah kita melihat beberapa perubahan samada dari segi dokumentasi dan kegiatan komuniti.

Projek Kontroversi : My Mac for All

Untuk beberapa bulan kebelakangan ini, saya disibukkan dengan satu projek kontroversi dinamakan My Mac for All . Saya suka melihat projek ini dari aspek ilmu dan kebebasan memilih. Kita masih belum terlambat untuk menyedari hakikat bahawa windows bukanlah satu-satunya sistem operasi yang ada. Pertamanya bagus rasanya pembaca mengetahui serba sedikit sejarah saya dan Mac OSX. Sifat saya ialah, apabila otak saya menimbulkan persoalan, saya akan usahakan untuk jawapannya. Selepas saya mengenali ubuntu dan menggunakannya, barulah saya mengetahui Mac OSX dengan lebih dekat. Saya tertarik dengan theme Mac OSX untuk ubuntu dan tertarik dengan interfacenya yang kemas, simple dan sedap mata memandang. Saya tertanya-tanya bukan sahaja kepada diri sendiri malah turut bertanya kepada kawan yang masih pekat mentaliti windows, bolehkan Mac OSX dipasang ke dalam PC biasa? Persoalan itu membawa saya kepada satu pengkajian yang sungguh fokus dan minat. Ya, saya membaca dan belajar sendiri! Jangan terke...

Slimrat : Rapidshare downloader untuk linux

Image
Salam semua. Akhir-akhir ini agak tidak berkesempatan untuk update blog meskipun agenda update blog merupakan azam tahun baru saya. Saya menemui satu aplikasi iaitu Slimrat yang memudahkan pengguna ubuntu linux untuk memuatturun fail dari laman host seperti rapidshare (free), depositfiles.com, youtube.com, leteckaposta.cz, fast-load.net dan mediafire.com. Cara install; 1) Install perl sudo aptitude install libwww-mechanize-perl libgtk2-gladexml-perl 2) Download pakej slimrat (Pergi ke website slimrat jika link tidak ini mempunyai masalah). Save ke Desktop! 3)Masukkan command berikut; ln -s ~/Desktop/slimrat/slimrat /usr/local/bin/slimrat ln -s ~/Desktop/slimrat/slimrat-gui /usr/local/bin/slimrat-gui 4)Run slimrat slimrat --help (CLI) slimrat-gui (GUI) Saya belum mencuba lagi perisian ini dan saya harap anda boleh mencuba. Tinggalkan komen jika ada keraguan. [via http://icehot.wordpress.com/ ]

Salam Awal Muharram

Saya ambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Awal Muharam/Maal Hijrah kepada yang beragama Islam...Semoga dengan kemunculan tahun baru ni. Diri dan komuniti ini dapat memacu arus perubahan yang lebih baik bagi perkembangan ICT terutamanya sumber terbuka di Malaysia. Penulis juga ingin meminta maaf jika ada silap dan salah dan terima kasih atas sokongan semua! Tak lupa juga terima kasih diucapkan kepada saudara Zul yang bermurah hati untuk membenarkan saya dan rakan-rakan memblog di sini tentang projek kami..terima kasih banyak2! JomLinux.com

Apa itu PPA?

Image
PPA (Personal Package Achieves) adalah fungsi pada launchpad yang membenarkan seseorang user berdaftar untuk hostkan package .deb yang seterusnya bertindak sebagai personal apt repository. Disini saya tidak akan membuat tutorial bagaimana untuk membuat package untuk ubuntu tetapi menerangkan secara ringkas bagaimana PPA dapat membuatkan hidup berubuntu anda lebih menarik. Jika anda perasan, dalam ubuntu apabila sesuatu perisian yang mengalami versi kemaskini seperti Firefox tidak boleh diupdate secara biasa seperti dalam windows dan mac osx yang memerlukan anda pergi ke pilihan menu Help > Check for Update. Dalam ubuntu fungsi itu tidak ada kerana kesemua fungsi update dikawal oleh APT. Oleh kerana itulah jika anda tidak sabar untuk update perisian tertentu yang telah mengalami versi update tetapi masih belum dimasukkan kedalam ubuntu repository, anda perlu menggunakan PPA. Saya mengambil contoh perisian OpenOffice.org 3.0 yang tidak disertakan secara default dalam ubuntu 8.10 namun...

Projek CD Ubuntu 8.10, Kini Peringkat Beta!

Image
Agak lama jugak rasanya saya tak mengemaskini artikel pasal projek CD Ubuntu 8.10 kerana agak sibuk menguruskan bahan cetakan dan pelekat. Jadi diringkaskan cite..ada 4 pengumuman yang saya nak bagi tau (update siki...hehehe). 1. Hantar Gambar Pelekat Ubuntu Anda! Bagi mereka yang telah menempah pelekat Ubuntu dan melekatnnya di komputer, laptop ke apa-apa lagi...ambil gambar dan hantarkannya di editor[a]jomlinux.com . Insyallah saya akan wat satu album bagi mengumpul dan meletakkan gambar2 tersebut. Boleh juga letak watermark pada gambar seperti nama, jenis komputer dan kawasan. 2.Projek CD..Sekarang Kira Peringkat Beta! Kini semua benda dalam CD Case sudah ada. Buku manual, pelekat Ubuntu . Lihat gambar di bawah. Selepas ini, saya akan hasilkan 8 unit untuk diberikan secara percuma kepada mereka yang nak dengan syarat mereka wajib mempunyai web site/blog . Sila emel pada editor[a]jomlinux.com dengan tajuk 'cd percuma' . (klik gambar untuk zoom) 3. Peluang Jadi Pen...

Pidgin 2.5.3 tampil dengan banyak "fix crash"

Image
Pidgin ialah IM Client default dalam ubuntu yang menyokong protokol popular seperti Yahoo Messenger, MSN, GTalk dan sebagainya. Versi 2.5.2 tampil dengan pelbagai masalah yang merimaskan seperti Pidgin tertutup secara tiba-tiba tanpa sebab yang jelas. Terdapat juga masalah lain seperti fungsi send/receive file yang tidak berfungsi seperti yang sepatutnya. Ianya cukup merimaskan! Heboh diperkatakan bahawa Empathy akan menggantikan Pidgin dalam versi ubuntu seterusnya. Seakannya Pidgin menyedari kekurangannya. Selain tidak menyokong fungsi audio/video conference, pidgin terlalu banyak masalah. 20/12, pembangun pidgin mengeluarkan versi 2.5.3 yang tampil dengan banyak fix bagi menampung lubang-lubang kelemahan perisian IM popular ini. Anda boleh membaca senarai perubahan dalam versi 2.5.3 disini . Kepada pengguna ubuntu, mungkin update ke versi 2.5.3 sudah tersedia. Sila update sistem anda!