Ubuntu One = Thumbdrive Online 2GB Percuma?
Baru-baru ini, Syarikat Canonical telah melebarkan sayapnya, dengan mengeluarkan satu perkhidmatan online, iaitu Ubuntu One. Apakah Ubuntu One? Ubuntu One adalah satu servis yang menyediakan tempar penyimpanan data atau maklumat secara online. Dan buat pengetahuan anda, buat masa sekarang, servis ini hanya boleh didapati melalui "invitation" dari Canonical, menggunakan akaun Launchpad. Jika anda sudah biasa dengan perisian DropBox , anda tentu mahir menggunakan servis ini. Antara kelebihan Ubuntu One ini ialah: 1) Integrasi yang menyeluruh dengan distro Ubuntu anda. 2) Berkongsi fail antara 2 atau lebih PC. 3) Boleh mengkases fail anda, menggunakan 'Web interface'. 4) FREE 2GB Pelan Simpanan (Storage Plan). 5) 10GB Pelan Simpanan (Storage Plan), dengan bayaran $10.00 USD setiap bulan. Apakah yang perlu untuk menggunakan servis ini? Syarat yang telah diletakkan oleh Canonical ialah: 1) Sekurang-kurangnya menggunakan distro Ubuntu 9.04 Jaunty Jackalope. 2) Jaringan Inte...