Tuesday, May 26, 2009

Ubuntu One = Thumbdrive Online 2GB Percuma?

Baru-baru ini, Syarikat Canonical telah melebarkan sayapnya, dengan mengeluarkan satu perkhidmatan online, iaitu Ubuntu One. Apakah Ubuntu One? Ubuntu One adalah satu servis yang menyediakan tempar penyimpanan data atau maklumat secara online. Dan buat pengetahuan anda, buat masa sekarang, servis ini hanya boleh didapati melalui "invitation" dari Canonical, menggunakan akaun Launchpad. Jika anda sudah biasa dengan perisian DropBox, anda tentu mahir menggunakan servis ini.

Antara kelebihan Ubuntu One ini ialah:

1) Integrasi yang menyeluruh dengan distro Ubuntu anda.
2) Berkongsi fail antara 2 atau lebih PC.
3) Boleh mengkases fail anda, menggunakan 'Web interface'.
4) FREE 2GB Pelan Simpanan (Storage Plan).
5) 10GB Pelan Simpanan (Storage Plan), dengan bayaran $10.00 USD setiap bulan.

Apakah yang perlu untuk menggunakan servis ini?

Syarat yang telah diletakkan oleh Canonical ialah:

1) Sekurang-kurangnya menggunakan distro Ubuntu 9.04 Jaunty Jackalope.
2) Jaringan Internet (Broadband adalah sebaiknya).
3) Satu web browser (Firefox atau yang seumpamanya).

Ketika artikel ini sedang ditulis, saya sedang berada dalam senarai menunggu (waiting list). Tidak sabar rasanya untuk mendapatkan Thumbdrive Online 2GB ini. Setelah mendapat pengesahan dari Canonical, InsyaAllah saya akan menulis tentang cara-cara menggunakannya. Anda pula bagaimana? Bersediakah untuk mendapatkan Thumbdrive Online 2GB secara percuma?


Untuk sebarang maklumat, sila rujuk laman web ini.

8 comments:

  1. Microsoft Corp. juga ada menawarkan online storage percuma iaitu Windows Live SkyDrive (http://skydrive.live.com/). Storage percuma sebanyak 25GB. Agak besar jugak tu..Saya sendiri telah menggunakannya semejak tahun lepas (2008), dan memang sangat berguna terutamanya bile sy terlupa untuk membawa thumbdrive ketika ianya diperlukan. Pada asalnye storage percuma yang diberi adalah sebanyak 15GB. Skrg dah meningkat kepada 25GB!!

    ReplyDelete
  2. kene cuba ni..hehehe..berguna bila nak bwat presentation online

    ReplyDelete
  3. wah, menarik ni. aku nak test lah.

    ReplyDelete
  4. dropbox still pilihan aku, boleh intergrated with multiple OS's. especially bila aku update gambar kat ubuntu and at the same time kat windows aku pun updated

    ReplyDelete
  5. account Ubuntu One ni day limitation ya? aku punya ada 6 hari, 9 jam.

    pilihan lain adalah menggunakan gmailfs. gmail drive ini kemudiannya telah pun di'port'kan ke windows.

    utk rujukan;
    http://richard.jones.name/google-hacks/gmail-filesystem/gmail-filesystem.html

    ReplyDelete
  6. @mhdzaki : ntah le....aku xblh pn lg invitation die....maybe die xnk invite aku kot...huhu~~

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...