Sunday, May 24, 2009

Bagaimana untuk memasang Adobe Photoshop CS2 dalam ubuntu?

Sebagai seorang designer, sudah menjadi satu kewajipan untuk menggunakan satu perisian yang diberi nama Adobe Photoshop. Ya, dan saya sangat selesa bekerja dengan Adobe Photoshop CS2. Tapi bagaimana ya untuk melakukan proses instalasi perisian utama Adobe ini?
Setelah mencuba beberapa cara, akhirnya saya berjaya untuk melakukan proses instalasi Adobe Photoshop CS2 ke dalam distro ubuntu saya. Oleh sebab itu, saya ingin berkongsi pengalaman dan cara saya memasang perisian ini, khas untuk anda...

Perisian yang anda perlu ialah:

1) Wine
2) Original Adobe Photoshop CS2


OK, apa yang perlu anda lakukan ialah:

1) Muat-turun kedua-dua perisian di atas jika tiada.
2) Simpan perisian di Desktop @ lokasi yang mudah untuk dicapai.
3) Install perisian Wine (jika tiada).
4) Beranggapan yang anda sudah menyudahkan proses instalasi Wine, setelah anda extract
fail .ZIP Photoshop, klik kanan pada setup.exe, pilih "Wine Windows Program Loader".
5) Ikut arahan yang terdapat pada skrin.
6) SIAP !! Anda boleh mula proses mengedit gambar, menggunakan Photoshop CS2, dan yang penting, dalam distro ubuntu...











Oh ya, untuk tips:

1) Simpan font yang anda muat-turun ke dalam folder ini jika anda ingin menggunakan font tersebut dalam Photoshop CS2 :
(/home/namapengguna/.wine/drive_c/windows/fonts)

2) Jika anda tidak dapat melihat folder .wine, tekan CTRL+H untuk membuka fail tersembunyi (hidden files).

23 comments:

  1. cs2 boleh digunakan ya? humm masalahnya saya hanya ada Ps 7 dan Ps CS3

    dan buat masa kini Ps7 digunakan di Ubuntu. Ps CS3 hanya simpanan didalam harddisk semata2

    ReplyDelete
  2. maksudnya, dengan wine nie kite bley install aplikasi window dalam ubuntu la ye...
    menarik nie...

    ReplyDelete
  3. @TMUkmkd : Yup, saya sedang menggunakannya sekarang, kerana saya kurang arif tentang penggunaan GIMP. Menurut WineHQ, Photoshop 7 & CS adalah yg terbaik dalam ubuntu (platinum). CS2 hanya mendapat Gold (tempat kedua...)

    @Piratz : Yup, untuk install aplikasi Windows, Wine atau Crossover yg glamour...tapi crossover kene bayar, 2 yg xsyok 2...

    ReplyDelete
  4. thanks sesangat. aku pun baru dapat cd dari ubuntu. Gembira sangat..
    support ubuntu!!

    ReplyDelete
  5. salam..

    nak tanye, bukan post ni dah penah ade ke?
    http://melayubuntu.blogspot.com/2008/01/install-photoshop-cs2-ke-dalam-ubuntu.html

    ReplyDelete
  6. @pengkritik : ya, tapi zulmalc kita tidak menerangkan secara khusus cara-cara untuk melakukan proses instalasi, saya di sini menerangkan secara lebih lanjut dan lebih spesifik, hanya untuk berkongsi ilmu di dada.

    ReplyDelete
  7. Thanks sifu.. actually sy x pernah guna ubuntu lagi.. windows pun x habis study lg.. nak install ubuntu pun x berani coz xder sifu yg boleh ajar guna open source. insyaAllah klau dah tau guna OS nnt benda akan berguna paa saya. Mohon copy segala artical power yg ada kat sini ya...

    ReplyDelete
  8. ps tu kalau bukan ori boleh install jugak x?prestasi photoshop dlm ubuntu ok ke?pernah x awk guna dia crash ke?sy lebih suka guna gimpshop

    ReplyDelete
  9. yup.. pakcik pon dah lama gunakan cs2 dalam ubuntu.. setakat nie memang takde masalah..

    ReplyDelete
  10. yg atas tu mmg full ler?kalau guna portable nye tak boleh ker?

    ReplyDelete
  11. @wargunz : tak, die tryout version.

    @kaizer : bagi saya, saya sendiri tidak membeli software ori ps. sebab bagi saya, ini adalah untuk kegunaan peribadi saya, bukan untuk diguna di pejabat-pejabat. setakat yg saya guna, just ade minor bug dlm ubuntu, mcm hardware error, update failed, dan sebagainya. dlm penggunaan saya selama 2bulan, hanya skali shaja crash, sebab hardware error. ini berlaku apabila saya tidak melakukan instalasi "microsox" core fonts pack.

    ReplyDelete
  12. cs3 eden dah try install, ok je..
    tapi bila nak mengedit..MENAKUTKAN..
    ade ke gambar tu jadi 'lekat-lekat'..

    tapi GIMP pun boleh tahan ape..
    aku pakai selambe je (wlaupun ternyata cs3 lagi best digunakan)..koh3

    ReplyDelete
  13. @ jipang_menjerit@UbuntuSeekers : eden kalo nk pakai photoshop dlm ubuntu, eden off dulu compiz. stakat ni ok je...haha!

    ReplyDelete
  14. Ahmad deaN,

    tahniah atas usaha jadi penulis blog melayubuntu.

    memang ada yang tahu photoshop cs2 dah leh install kat ubuntu sejak WINE version 0.9.54 tanpa ade ape2 hack.

    tinggal lagi ubuntu dah semakin ramai pengguna baru dan tak tahu tentang wine+ubuntu. teruskan usaha anda. :-)

    ReplyDelete
  15. huhu..
    Photoshop ni berat sgt utk laptop aku..
    aku lagi suka GIMP walaupun agak pyh nak paham masa mula2 guna..

    ReplyDelete
  16. @Dr House : Haha!! Selamat mencuba...!

    ReplyDelete
  17. Apa spesifikasi minima komputer / notebook untuk install Photoshop?

    Harap dapat kongsi.

    ReplyDelete
  18. @Anonymous : Ni yg aku tau...

    Intel Xeon, Xeon Dual, Intel Centrino, or Pentium III or 4 processor
    320 MB of RAM (384 MB recommended)
    1024x768 monitor resolution with 16-bit video card
    650 MB of available hard-disk space
    CD-ROM drive

    Ni yg MAC pnye:

    Mac OS X version 10.2.8 through 10.3.8 (10.3.4 through 10.3.8 recommended)
    PowerPC G3, G4, or G5 processor
    320 MB of RAM (384 MB recommended)
    1024x768 monitor resolution with 16-bit video card
    750 MB of available hard-disk space
    CD-ROM drive

    ReplyDelete
  19. nape banyak gune wine? crossover tak ok ke?

    ReplyDelete
  20. aku ada masalah ar, masalah aku bila aku right click kat folder .exe tu aku tak jumpa wine
    so mana aku nk cari ye?

    ReplyDelete
  21. saya sudah download adobe photoshop cs2 sekarang ni tk dapat setup manakala wine yang saudara suruh download tidak boleh. apabila saya klik download wine tidak menjadi keluar page yang lain beberapa kali saya buat tp tidak boleh download wine. sila jelaskan apa puncanya.

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...