Posts

Ubuntu One = Thumbdrive Online 2GB Percuma?

Baru-baru ini, Syarikat Canonical telah melebarkan sayapnya, dengan mengeluarkan satu perkhidmatan online, iaitu Ubuntu One. Apakah Ubuntu One? Ubuntu One adalah satu servis yang menyediakan tempar penyimpanan data atau maklumat secara online. Dan buat pengetahuan anda, buat masa sekarang, servis ini hanya boleh didapati melalui "invitation" dari Canonical, menggunakan akaun Launchpad. Jika anda sudah biasa dengan perisian DropBox , anda tentu mahir menggunakan servis ini. Antara kelebihan Ubuntu One ini ialah: 1) Integrasi yang menyeluruh dengan distro Ubuntu anda. 2) Berkongsi fail antara 2 atau lebih PC. 3) Boleh mengkases fail anda, menggunakan 'Web interface'. 4) FREE 2GB Pelan Simpanan (Storage Plan). 5) 10GB Pelan Simpanan (Storage Plan), dengan bayaran $10.00 USD setiap bulan. Apakah yang perlu untuk menggunakan servis ini? Syarat yang telah diletakkan oleh Canonical ialah: 1) Sekurang-kurangnya menggunakan distro Ubuntu 9.04 Jaunty Jackalope. 2) Jaringan Inte...

Bagaimana untuk memasang Adobe Photoshop CS2 dalam ubuntu?

Image
Sebagai seorang designer, sudah menjadi satu kewajipan untuk menggunakan satu perisian yang diberi nama Adobe Photoshop. Ya, dan saya sangat selesa bekerja dengan Adobe Photoshop CS2. Tapi bagaimana ya untuk melakukan proses instalasi perisian utama Adobe ini? Setelah mencuba beberapa cara, akhirnya saya berjaya untuk melakukan proses instalasi Adobe Photoshop CS2 ke dalam distro ubuntu saya. Oleh sebab itu, saya ingin berkongsi pengalaman dan cara saya memasang perisian ini, khas untuk anda... Perisian yang anda perlu ialah: 1) Wine 2) Original Adobe Photoshop CS2 OK, apa yang perlu anda lakukan ialah: 1) Muat-turun kedua-dua perisian di atas jika tiada. 2) Simpan perisian di Desktop @ lokasi yang mudah untuk dicapai. 3) Install perisian Wine (jika tiada). 4) Beranggapan yang anda sudah menyudahkan proses instalasi Wine, setelah anda extract fail .ZIP Photoshop, klik kanan pada setup.exe, pilih "Wine Windows Program Loader". 5) Ikut arahan yang terdapat pada skrin. 6) SIAP !...

PyGTK Storage Device Manager

Image
zulmalc pernah menulis tentang perkara ini, yang mana jika kita mempunyai 2 OS dalam 2 partition berlainan, dan kita dapat mount partition kedua secara automatik dalam ubuntu. Setelah membuat sedikit kaji selidik, Sourceforge.net, laman web yang menyokong software-software opensource telah mengeluarkan satu software berbentuk GUI, PyGTK Storage Device Manager, yang diberi nama PySDM. Ianya telah dibangunkan oleh Jaime Soriano Pastor, seorang pembuat software open source. Software ini sangat berguna, kerana kita dapat mount partition OS lain (contohnya Windows) dalam ubuntu secara automatik. Ya, secara automatik! Setelah mencuba software ini, saya dapati ianya sangat berguna dan berkesan dalam mount partition Windows saya di dalam ubuntu. Apa yang perlu anda buat ialah: 1) Buka Terminal (Main Menu>Accessories>Terminal) 2) Taipkan sudo apt-get install pysdm 3) Masukkan password SU anda 4) Tunggu sehingga software ini selesai proses instalasi 5) Software ini akan berada di bawah ...

Assalamualaikum...

Salam hormat dari saya, penulis baru di blog ini. Buat pengetahuan semua, zulmalc sangat sibuk dengan urusan AwalMart, oleh sebab itu, saya inign menyambung hasil kerja beliau yang sangat bagus dan ingin mengekalkan dan menambah semangat opensource ubuntu kepada semua pembaca. Saya juga ingin membuka kepada semua pembaca, topik apakah yang saudara ingin saya tulis? Sila cadangkan kepada saya, dan InsyaAllah, saya akan sumbangkan apa yang termampu. p/s: Setelah berbincang panjang dengan zulmalc, kami ingin meneruskan satu gathering pada: Hari : SABTU Tarikh: 23 MEI 2009 Tempat : UNCLE CHUA, KUALA TERENGGANU Masa : 10.00 PAGI Aktiviti : BERKENALAN, PEMBAHAGIAN JAUNTY JACKALOPE, SEMBANG PASAL UBUNTU (KONGSI ILMU ANDA) Salam dari saya, Ahmad deaN~~

Muatturun Manual Ubuntu Versi Kualiti Tinggi (Original Quality)

Image
Alhamdulillah baru hari ini saya berkesempatan untuk memuatnaik fail "Manual Ubuntu" versi kualiti tinggi yang dijanjikan sejak dahulu lagi. Anda boleh muatturun fail ini melalui url berikut; Manual Ubuntu (Kualiti Tinggi) Saya menerima banyak pertanyaan (tentang ubuntu) yang kesemua jawapan itu boleh didapati melalui Manual Ubuntu yang saya tulis dengan titik peluh dan tidak mengenal erti penat. Lalu saya tertanya-tanya, sampai bilakah orang melayu tidak mahu belajar menghargai? Saya tinggalkan persoalan itu untuk dijawab oleh pembaca yang bijaksana sekalian. Manual Ubuntu ini mengandungi dan memuatkan kesemua ilmu asas yang perlu anda ketahui tentang ubuntu. Saya tidak akan suap anda sehingga anda kenyang, tetapi saya ingin ajar anda bagaimana untuk anda boleh menyuap diri anda sendiri suatu masa nanti. Salam saya dari kesibukan.

Pertama kali dalam sejarah, Market Share Linux mencecah 1%

Image
Saya merupakan insan kerdil yang menunggu saat ini. Saat ketika pegangan pasaran (market share) linux mencecah 1% . Ia membawa erti, sekiranya ada 1 billion pengguna internet diseluruh dunia, 1% daripandanya iaitu 10juta orang ialah pengguna linux. Lebih manis, sekiranya anda mengkaji trend pegangan pasaran sistem operasi, anda akan mendapati setiap kali ubuntu mengeluarkan versi baru, setiap kali itu jugalah pegangan pasaran linux akan bertambah.

Memperkenalkan Awalmart Corporation Sdn. Bhd.

Image
Mungkin ada dikalangan pembaca setia blog ini perasan yang saya tidak kemaskini blog ini sejak 18 April lalu. Sebenarnya, bermula dari 19 April saya merupakan pekerja sepenuh masa di Awalmart Corporation Sdn. Bhd. dan bertanggungjawab terhadap kerja berkaitan sistem IT (bukan programmer), dokumentasi, pemasaran melalui online dan pengurusan pejabat di HQ Awalmart yang terletak di 138-F, Wisma Sentosa, Jalan Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu. Awalmart Corporation Sdn. Bhd. ialah sebuah syarikat yang masih baru dan beroperasi menguruskan pengedaran dan pemasaran barangan herba "Traditional Chinese Medicine (TCM)" melalui e-Dagang (e-business). Apa yang menyebabkan saya menyertai syarikat Awalmart ialah kerana saya melihat kepada potensi yang dimiliki oleh Awalmart, pengalaman yang bakal saya perolehi, pembentukan karier peribadi dan pendapatan untuk jangka panjang. Awalmart menggunakan konsep e-business untuk memasarkan produk melalui sistem Affiliate yang seterusnya akan...