Posts

Perhatian !! Pengguna ubuntu sila tuliskan testimoni pengalaman ubuntu anda =)

Image
Saya ingin mengumpulkan testimoni pengalaman ubuntu dari pembaca blog ini dan sesiapa sahaja yang pernah menggunakan ubuntu. Anda boleh menulis apa sahaja tentang pengalaman anda bersama ubuntu, apa yang anda suka, apa yang anda benci, apa yang berubah dalam diri anda, apa yang berubah dalam sekeliling anda, dan tentang segala-galanya yang berkaitan dengan ubuntu. Mungkin dengan testimoni anda ini dapat membuka mata pengguna komputer lain yang sedang takut-takut untuk menggunakan ubuntu.  Tuliskan testimoni anda dalam ruangan komen dibawah dan insyaallah ianya akan dimasukkan dalam page testimoni dalam blog ini. Terima kasih saya dahulukan =)

Nautilus Elementary Update && Transparent RGBA Theme dalam Maverick?

Image
Bagi pengguna nautilus elementary , hari ini sapatutnya terdapat satu kemaskini terbaru yang menambah satu lagi fungsi iaitu Customize Toolbar. Dengan menggunakan fungsi ini kini pengguna boleh menambah butang-butang tertentu kepada toolbar dengan mudah sekali. Perkara kedua ialah, tema versi ubuntu Maverick yang bakal dikeluarkan pada bulan 10 nanti dikatakan akan menambahkan efek transparent dan menjadikannya sesuatu yang seperti screenshot dibawah; Tema baru ini diberi nama eclipse dan dikatakan telahpun berada dalam package ubuntu light percubaan di launchpad. Walaupunbagaimanapun masih terlalu awal untuk mengatakan bahawa ia akan digunakan sebagai tema default dalam ubuntu maverick. Pendapat anda?

Nautilus script convert video .OGV ke .AVI dalam Ubuntu [Fix masalah kualiti video ogv Youtube]

Image
Ada beberapa perkara yang ingin saya highlightkan disini. Pertama, sekiranya anda cuba merekodkan skrin menggunakan gtk-recordmydesktop, kemudian muatnaik video (dalam format ogv) tersebut ke youtube, anda akan mendapati video yang dimuatnaik tadi rosak dan tidak dapat dilihat di youtube. Masalah ini telah dilaporkan sebagai bug dan dibincangkan juga dalam google support . Contoh video yang rosak itu ialah disini . Penyelesaian Bermacam pernyelesaian telah saya temui dan telah saya cuba antaranya convert video ogv tersebut ke format mkv, avi dan sebagainya. Namun saya akan ulas mengenai penyelesaian terbaik, dengan cara terbaik dan memudahkan anda =). Convert ke .avi menggunakan mencoder. Anda terlebih dahulu perlu memasang mencoder ke dalam ubuntu anda dengan menggunakan command; sudo apt-get install mencoder Kemudian, dalam folder yang mengandungi fail video yang ingin anda convert ke .avi, buka terminal dan masukkan command; mencoder namafail .ogv -o output .avi -ovc lavc ...

Wallpaper Bumi dalam Real Time untuk Ubuntu

Image
Saya menemui sesuatu yang cool untuk dicuba iaitu wallpaper bumi dalam real time. Ia merupakan wallpaper yang bergerak-gerak dan dikemaskini oleh bash script untuk memaparkan keadaan sebenar bumi, siang dan malam bagi seluruh bumi. Untuk menggunakan wallpaper ini, anda perlukan sambungan internet dan lebihan 100kb memori. Ya, ia tidak menggunakan memori yang banyak dan tidak menjejaskan prestasi komputer anda (itu yang penting). Idea menghasilkan wallpaper ini dicetuskan oleh penulis ubuntued.info. Untuk memasangnya dalam ubuntu lucid lynx, sila ikuti langkah-langkah berikut; 1.Muatturun script ini.  http://ubuntued.info/wp-content/uploads/2008/12/changer.sh 2.Tempatkan script changer.sh ini ditempat yang sesuai (mana-mana pun boleh tapi anda perlu tahu dimana tempat itu untuk proses navigasi nanti) 3.Kemudian rightclick pada fail changer.sh dan pilih properties. Pilih tab Permission - tick pada Allow executing file as program kemudian close. Proses diatas akan menuka...

Mampukah millatfacebook menyaingi facebook?

Image
Selepas kontroversi munculnya sekumpulan pengguna facebook (laknatullah) yang menganjurkan hari melukis Nabi Muhammad saw, Mahkamah Pakistan lantas mengeluarkan arahan untuk menghalang sebarang bentuk akses ke laman itu di negara tersebut. Lalu muncullah beberapa anak muda dari negara pakistan yang mewujudkan satu altenatif kepada facebook dan dipanggil millatfacebook yang mana millat bermaksud negara (bererti negara facebook). Setelah mendapat bantahan yang luar biasa dari pengguna islam dalam laman facebook, laman blog media sosial ternama iaitu Mashable melaporkan facebook telah meminta maaf secara rasmi kepada pakistan dan kemudian menyaksikan pakistan kembali membenarkan akses ke laman facebook di negara itu. Dalam masa yang sama, millatfacebook semakin mendapat sambutan samada dari pakistan ataupun dari seluruh dunia. Sentimen anti zionis semakin memuncak apabila dunia menyaksikan serangan tanpa belas kasihan tentera komando zionis keatas kapal bantuan kemanusiaan Freedom Fr...

Autokey : Kerja menaip menjadi semakin cepat [Video Didalam]

Image
Saya menemui satu perisian yang selama ini saya cari-cari. Ia hanya aplikasi kecil tetapi ia juga memudahkan, mempercepatkan, dan sangat berguna terutama sekali kepada saya. Sebelum saya menerangkan tentang fungsi perisian itu dengan lebih lanjut, saya ingin bertanya kepada anda apakah frasa atau ayat yang sering kali ada taip? Tentunya alamat rumah, nama penuh, alamat email dan bermacam lagi merupakan antara perkara yang sering anda taip bukan? Menaip perkara yang sama berulang-ulang kali kadang kala melecehkan bukan? Ok, aplikasi yang ingin saya ulas hari ini iaitu Autokey akan memudahkan kerja-kerja menaip sesuatu yang berulang-ulang. Katakan saya perlu menaip alamat rumah saya; 231, Kg Bukit Chempaka, Batu Rakit, 21060 Kuala Terengganu, Terengganu. Panjang bukan? Namun dengan Autokey, saya boleh setkan supaya apabila saya menaip "adr" misalnya, dengan automatik alamat saya yang panjang diatas tertaip sendirinya. Blurr atau masih tidak faham? Ok kita lihat video...

Tutorial Vektor Grafik Inkscape : Spiro Swirls

Image
Altenatif kepada perisian Adobe Illustrator dalam ubuntu ialah satu perisian yang dinamakan Inkscape. Ia percuma, open source, boleh dipasang terus menggunakan Ubuntu Software Center dan hebat! Untuk makluman, logo melayubuntu di design menggunakan inkscape versi 0.47. Saya masih belum menerokai sepenuhnya kebolehan terbaru dalam versi 0.47 ini. Namun melalui pembacaan saya, antara kebolehan terbaru inkscape 0.47 ialah sesuatu yang dinamakan spiro swirls. Saya menemui satu tutorial yang sangat mudah untuk diikuti bagi sesiapa yang ingin mempelajari spiro swirls menggunakan inkscape 0.47. Anda boleh membacanya di; http://verysimpledesigns.com/vectors/inkscape-tutorial-spiro-swirls.html Alangkah best kalau ada banyak masa untuk mempelajarinya =)