Sekiranya anda beranggapan OpenOffice adalah satu satunya alternatif bagi Microsoft Office, fikirkan sekali lagi. Sebenarnya, masih terdapat banyak perisian percuma untuk produktiviti pejabat di dunia Linux. Salah satunya adalah IBM Lotus Symphony. Pengenalan IBM Lotus Symphony adalah perisian yang dibangunkan oleh IBM China Development Laboratory, Beijing. Pada tahun 2010, IBM Lotus Symphony memiliki 12 juta pengguna seluruh dunia. Perisian ini adalah percuma, namun anda perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum muat turun. Versi 1.0 dirilis pada May 2008, dan versi terbaharu adalah 3.0 (September 2010). Ia dibangunkan untuk Windows (.exe), Linux Ubuntu (.deb) dan Mac Ia mengandungi 3 program paling umum iaitu untuk tugasan menaip (word), pengiraan data (spreadsheet) dan persembahan (slideshow). Secara umumnya, ia masih ketinggalan dengan OpenOffice dari segi fungsi, namun dari aspek antaramuka, IBM Lotus Symphony adalah antara perisian yang terbaik pernah dihasilkan. Antaramuka Antaram...