Posts

Sync Dokumen Antara Google Doc & LibreOffice Menggunakan Addon OOO2GD

Image
Sekiranya anda pengguna Google Doc dan pada masa yang sama inginkan keselesaan perisian pejabat LibreOffice, OOO2GD adalah addon yang membantu anda sync dokumen antara kedua-dua perisian online & offline tersebut. Pemasangan addon ini ke dalam ubuntu boleh dilakukan berpandukan artikel rujukan saya di : http://www.webupd8.org/2011/06/libreoffice-google-docs-sync-addon.html Selamat mencuba!

Muatturun Aplikasi Android Melayubuntu

Image
Menggunakan perkhidmatan AppYet.com, saya telah berjaya menghasilkan satu aplikasi Android khusus untuk blog Melayubuntu yang mampu memudahkan anda melayari isi kandungan blog ini dengan hanya menggunakan peranti telefon pintar dikuasakan Android. Berikut adalah beberapa screenshot untuk tatapan anda semua. Anda boleh memuatturun aplikasi ini terus ke komputer @ telefon android anda menggunakan pautan berikut; http://db.tt/9hRyDt0 Fail APK ini bersaiz 323kB dan dihostkan di Dropbox. Selamat mencuba.

Menyelesaikan Masalah Auto-LockScreen Dalam Ubuntu 11.04

Image
 Pengalaman saya menggunakan Ubuntu 11.04 ataupun Natty Narwhal, saya menghadapi satu masalah di mana skrin tiba-tiba menjadi hitam dan rupa-rupanya ubuntu telah memasuki sesi Lock Screen secara automatik tanpa sebarang amaran, petanda, atau disebabkan perlakuan pengguna. Saya mendapati kejadian seperti ini selalu terjadi apabila Processor komputer hampir mencapai tahap maksima penggunaan. Masalah kedua ialah, apabila ubuntu memasuki ke sesi  screensaver kerana komputer tidak digunakan untuk beberapa waktu tertentu (yang telah ditetapkan oleh pengguna), dan apabila pengguna ingin mengaktifkan kembali ubuntu mereka, tiba-tiba pengguna hanya mendapati skrin hitam yang tidak responsif. Saya cuba mencari jalan penyelesaian dan mencuba pelbagai jenis cadangan yang terdapat di Internet bagi kedua-dua masalah di atas. Saya menemui satu penyelesaian yang setakat ini berfungsi sekurang-kurangnya bagi saya. Rupa-rupanya, ketidakstabilan yang berlaku adalah disebabkan oleh interaksi ...

What OSS?Why OSS?How OSS?

Open Source Software and Libraries View more presentations from Ellyssa Kroski Kudos to http://www.slideshare.net/ellyssa...

Menghasilkan Aplikasi Telefon Pintar Bagi Blog Anda Tanpa Pengetahuan Programming

Image
Telefon pintar pada hari ini bukan lagi sesuatu yang asing atau terlalu magikal. Buktinya, semakin ramai yang mampu memiliki peranti telefon pintar samada yang menggunakan sistem operasi mobile Android, iOS, Symbian, Blackberry dan sebagainya. Selari dengan pekembangan itu, keperluan untuk menghasilkan aplikasi telefon pintar atau sekurang-kurangnya versi mobile semakin mendapat sambutan. Sekiranya anda memiliki blog atau juga website dan inginkan pelawat anda yang menggunakan telefon pintar mengakses blog anda melalui aplikasi khas, anda perlu merasa bertuah kerana kini tanpa apa-apa pengetahuan pengatucaraan sekalipun anda boleh menghasilkannya. Lebih hebat lagi, ianya 100% percuma! Saya menemui satu perkhidmatan berasaskan web iaitu Conduit Mobile yang membolehkan pemilik blog mahupun website menghasilkan aplikasi khusus untuk blog mereka dengan mudah tanpa apa-apa pengetahuan pengatucaraan. Namun begitu, perkhidmatan mereka buat masa ini masih lagi diperingkat beta dan jangan...

Pidgin 2.8.0 Memfokuskan Fungsi Panggilan Video & Audio

Image
Pidgin 2.8.0 telah dilepaskan dan membawakan pelbagai pembaharuan termasuk penambahbaikan dari segi kestabilan. Kelihatannya pidgin 2.8.0 ini lebih memfokuskan kepada fungsi panggilan video & audio bagi protokol yang disokong. Perubahan detail pidgin 2.8.0 adalah seperti berikut; General: Implement simple silence suppression for voice calls, preventing wasted bandwidth for silent periods during a call. (Jakub Adam) Added the DigiCert? High Assurance CA-3 intermediate CA, needed for validation of the Facebook XMPP interface’s certificate. Removed the QQ protocol plugin. It hasn’t worked in a long time and isn’t being maintained, therefore we no longer want it. Pidgin: Duplicate code cleanup. (Gabriel Schulhof) (#10599) Voice/Video call window adapts correctly to adding or removing streams on the fly. (Jakub Adam) (half of #13535) Don’t cancel an ongoing call when rejecting the addition of a stream to the existing call. (Jakub Adam) (#13537) Pidgin plugins can now overrid...

Nak Rompak ke nak Buka?

Image
Salam...maaf dipinta kerana pergi bercuti tak diberitahu. 'Hiatus' selama 6 bulan oleh sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. Dipendekkan cerita saya masih ingin menyumbang kepada komuniti yang banyak telah memberi saya pengajaran, pengalaman yang berguna dan kini adalah masa saya pula untuk menyumbang kembali kepada komuniti sumber terbuka. Kali ini betul-betul bukan main- main punya...Insyallah. Baiklah terus kepada topik. 27 mei 2011 Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Negeri megadakan serbuan ke atas premis yang menjual perisian cetak rompak. Yang ditangkap disiasat di bawah Akta Hak Cipta 1987 dan jika sabit kesalahan mereka boleh didenda sehingga RM20,000 bagi setiap salinan cetak rompak atau penjara maksimum lima tahun. Wah bayangkan itu baru satu salinan katanya ada 6 salinan maknanya.......kalau sabit kesalahan kena denda RM 120,000 atau 30 tahun penjara atau dua-dua sekali. Arkib Utusan. Jadi, kita sepatutnya turut sama berganding...