Posts

Sekereti Firefox vs Chrome

zaiem says: November 7, 2011 7:11 PM boleh cerita tentang sekereti firefox vs chrome? Bro Zaiem telah memberi komen meminta perbandingan sekereti antara Firefox dan Chrome. Firefox Sekuriti ditingkatkan sejak daripada Firefox versi 6 ke atas dengan ciri-ciri 'permissions'. Ia membenarkan pengguna sendiri mengodek 'permissions' untuk beberapa laman yang pengguna selalu lawati dengan menaip "about:permissions" dalam 'address bar' akan keluar satu tab 'Permisisions manager'. Ada beberapa permission yang boleh dikawal seperti cookies, location sharing, popups, password dan data storage. Ini adalah kelebihan utama  Firefox berbanding Chrome kerana ia membenarkan pengguna meningkatkan keselamatan browser disamping mengurangkan kawalan sekuriti kepada laman web yang mereka percaya. Pengguna akan lebih terjamin keselamatannya semasa melakukan online bakning. Selain itu tidak menjejaskan produktiviti mereka semasa melayari internet. Site iden...

Setahun Lepas di Melayubuntu

2010 Membina komuniti Ubuntu Membina komuniti bukan sesuatu yang senang. Bayangkan berapa lama sesuatu komuniti seperti Ubuntu ini hendak bercambah dan berkembang hingga ke Malaysia. Rencana kali ini akan menghuraikan bagaimana untuk membentuk sesebuah komuniti yang sihat dan disegani... 4 Sebab mengapa pengguna microsoft windows perlukan ubuntu (linux) live cd Anda mungkin tidak menggunakan ubuntu dan telah membuat keputusan untuk tidak menggunakannya sehingga ke akhir hayat. Anda bencikan ubuntu... 2009 Pasaran telah menolak linux desktop? Namun perangkaan menunjukkan peningkatan market share linux masih pada skala yang cukup kecil dari perspektif pegangan pasaran sistem pengoperasian. Kesimpulan pahitnya ialah, pasaran telah menolak linux desktop ! ...   Wine: Portable Adobe Photoshop CS4 and the geng Hari ni syah sedikit tertekan dengan kawan syah yang merendah-merendahkan sistem operasi linux khasnya ubuntu. Dia cakap "ape guna guna ubuntu lau xleh nak pakai ...

Perkongsian Maklumat

ShimG pernah melakukan satu kajian mengenai Persepsi masyarakat terhadap penggunaan perisisan sumber terbuka untuk projek tahun akhir. Berikut adalah Objektif utama kajian: Mengkaji aplikasi perisian sumber terbuka di dalam proses perancangan dan penjadualan projek pembinaan. Mengkaji kesesuaian pengaplikasian perisian sumber terbuka di dalam proses perancangan dan penjadualan projek pembinaan. Kesimpulan kajian: Aplikasi ICT mempengaruhi peningkatan produktiviti dan efisien di dalam industri pembinaan. Selain itu, masalah-masalah yang dihadapi seperti ke cenderung an penggiat-penggiat pembinaan memilih perisian sumber tertutup di dalam perancangan dan penjadualan. Masalah yang kedua ialah industri pembinaan agak mundur dari segi implementasi ICT berbanding industri-industri lain di dalam negara. Masalah yang seterusnya adalah berkaitan dengan etika dan moral penggiat-penggiat industri pembinaan di Malaysia di dalam menggunakan perisian cetak rompak. Dengan mengenalpasti m...

Dominasi Linux

Bertahun lamanya sejak tahun 1995, kebanyakkan daripada kita telah diperkenalkan dengan Windows 95, satu sistem operasi yang telah dilepaskan oleh Microsoft, dan paling terkini sistem operasi yang ingin dilepaskan oleh Microsoft ialah Window 8. Penguasan Microsoft sangat hebat sehinggakan beberapa produk atau teknologi yang tidak berasaskan Microsoft Windows gagal untuk menguasai pasaran. Salah satu contohnya adalah Linux, dimana peminat Linux mengharapkan Linux OS dapat diterima oleh pasaran, tetapi mereka gagal. Linux mungkin gagal dalam pasaran PC / Komputer kepada pasaran pengguna-akhir (end user), tetapi Linux berjaya mendominasi pasaran Server dan juga pasaran Telefon Pintar, dan sudah tentunya Linux yang berjaya di pasaran telefon pintar adalah Android.  Ya betul, Android adalah sebahagian daripada Linux. Bagi mereka yang bergelar pengguna sahaja, sudah pasti tidak tahu bahawa Android itu berasaskan daripada Linux. Bagi mereka yang mengikuti perkembangan Android dar...

22 Arahan Wireless dalam Terminal

Arahan Berguna untuk Wireless Network - Ubuntu/Debian Linux Penerangan beberapa arahan Linux untuk wireless networking 1) iwlist scan --- tunjukkan wireless yang ada dalam kawasan yang mempunyai enkripsi mudah 2) lshw -C network --- tunjukkan kad interface dan driver bagi setiap peranti network 3) lspci -nn --- tunjukkan vendor PCI dan kod alat sebagai nombor dan nama bagi hardware yang bersambung dengan PCI bus 4) lsusb --- tunjukkan USB yang connected 5) lshw -C usb --- Info tambahan untuk yang berkaitan dengan USB(baik untuk USB dongle) 6) route -n --- Senaraikan kernel IP routing table : Baik untuk troubleshoot gateway 7) sudo route add default gw 192.168.1.1 --- Contoh untuk set gateway kepada 192.168.1.1 8) sudo route del default gw 192.168.1.1 --- Contoh untuk delete gateway default setting 9) sudo modprobe ***** --- Load modul kernel  **** . (Contoh - sudo modprobe ndiswrapper, sudo modprobe r818x, sudo modprobe ath_pci) 10) sudo modprobe -r **** --- U...

Pertahanan melalui Ubuntu

Image
Online banking dengan Ubuntu Perkara yang boleh dilakukan oleh pengguna windows untuk menyelamatkan diri mereka daripada ancaman malware seperti Mitb atau phishing site adalah dengan menggunakan perbankan online adalah Ubuntu Linux USB. Selain daripada boleh menyelamatkan fail-fail penting apabila window crash ia juga boleh membuatkan perbankan online lebih selamat dan telus. Orang yang melakukan perbankan online dengan mesin windows mengambil risiko yang besar. 1)Kerana kebanyakan malware dicipta dengan kompleks supaya lebih mudah memerangkap mangsa. atau 2)mereka terlalu percayakan program antivirus yang bloat itu. Salinan bootable linux biasanya dipanggil LiveCD. Salah satu daripada sebabnya saya menggunakan USB berbanding CD: 1. kebanyakkan komputer sudah beralih menggunakan USB port 2. proses membaca dan menyalin data lebih laju dilakukan dengan USB 3. boleh mennyimpan perubahan sistem dalam USB(persistent mode) 4. Boleh update sekereti patches Boleh download universal...

Benarkah Linux Kebal 2?

Scam dalam talian Anda sangka laman web SSL selamat? Tidak selamat... Dengan mengubah laman web palsu menjadi seperti laman web Bank. Malware boleh bersembunyi di dalam web browser. Ia tidak perlu mencuri kata laluan, hanya menunggu mangsa login. Anda sangka sudah log out? Mungkin tidak... Brian Krebs melaporkan Scam Man-in-the-Browser (MitB)(sejenis malware).Hanya dikesan dalam Windows dan menunggu mangsa log in. Menurut Krebs lagi: MitB memulakan helahnya dengan memberi mesej kepada mangsa, duit telah dimasukkan ke dalam akaun mangsa secara tidak sengaja, dan akaun mangsa telah dibekukan sehingga mangsa memulangkan duit tadi. Apabila mangsa melihat baki akaun, MitB mengubah amaun dalam akaun mangsa didalam browser; memang ada sejumlah wang yang besar dalam akaun mangsa. Mangsa disuruh untuk segera memulangkan wang tersebut untuk mengelakkan daripada akaunnya di tutup. Dan Malware tersebut menyediakan borang online transfer fund. Berita baiknya, langkah untuk elakkan daripa...