Karmic Koala, Snow Leopard, Windows 7 : Mana satu pilihan hatimu?
Dunia sentiasa menawarkan pilihan - samada ketika anda bersedia untuk memilih atau tidak. Namun dunia sistem pengoperasian dahulunya hanya menawarkan satu pilihan iaitu windows . Bukan kerana tiada pesaing tetapi kerana pesaingnya terlalu naif dan kecil, hanya diiktifraf kewujudannya oleh golongan tertentu yang mewakili cebisan kecil dari pengguna komputer secara keseluruhan. Kini, dibantu oleh teknologi internet dihujung jari - suasana itu sudah berubah. Apabila bercakap tentang dunia sistem pengoperasian, sudah mula kedengaran dan kelihatan pilihan-pilihan yang ada. Jika dahulu saya akui saya tidak mengenali yang selainnya kecuali windows. Buruk baik itulah pilihan yang ada. Melalui internet, saya mengetahui bahawa sebenarnya ada pilihan lain, mungkin lebih baik dan menguntungkan berbanding legasi windows yang kini saya labelkan sebagai membosankan. Tahun 2009 merupakan tahun yang cukup produktif bagi sektor pembangunan perisian pengoperasian komputer. Dengan kitaran 6 bulan ubun...