Wednesday, July 15, 2009

Menemui Sabily : Menjenamakan semula Ubuntu Edisi Muslim

Salam untuk semua peminat ubuntu untuk malaysia. Maafkan saya kerana sudah agak lama "diam" dari menulis. Saya terpanggil menulis entri ini apabila membaca blog InfoMalaya yang telah review serba sedikit tentang Sabily, nama baru kepada Ubuntu Edisi Muslim.


sori bat, aku cilok dr blog ko pic ni.hehe..

Sabily ialah sistem operasi berasaskan ubuntu linux yang dibangunkan khas untuk orang Islam (Muslim). Software utama yang dimuatkan dalam Sabily adalah Zekr (Mashaf-Othman) – Bacaan dan terjemahan Al-Quran. Minbar – Aplikasi waktu solat, Kalendar Hijrah dan beberapa aplikasi tambahan lain.

Nama sabily diperkenalkan sebagai penjenamaan semula Ubuntu Edisi Muslim bermula dari versi ubuntu 9.04. Oleh kerana ianya adalah berasaskan ubuntu, maka cara penggunaannya, software dan sebagainya adalah sama dengan sistem operasi ubuntu yang standard.

Transform ke Sabily dari ubuntu 9.04 standard

Dalam ubuntu 9.04 shj, masukkan command berikut ke dalam terminal ;
sudo wget http://www.sabily.org/sources.list.d/`lsb_release -cs`.list --output-document=/etc/apt/sources.list.d/sabily.list; sudo apt-get -q update; sudo apt-get --yes -q --allow-unauthenticated install sabily-keyring; sudo apt-get -q update
Kemudian Pasang pakej Sabily;
sudo aptitude install sabily
Restart & Selesai. Rujuk website Sabily untuk maklumat lanjut.

9 comments:

  1. salam saudara pengarang,
    saya telah membayar untuk memiliki cd installer mymac4all pada minggu lepas, sampai sekarang masih tidak menerima cd2 tersbut, apakah kaitan saudara dengan website tersebut, saya amat kesal jika beginilah cara mereka mengaut keuntungan..

    pelanggan kesal 0122301015

    jika saudara tidak terlibat dalam website itu, sila remove kan link header kepada website mymac4all, ia menyebabkan nama baik saudara terjejas..

    lagipun no akaun dan nama penerima adalah nama individu, bila2 masa saya boleh buat report polis..jika masih tiada update dari pihak mereka

    ReplyDelete
  2. Terima kasih kepada pihak melayubuntu kerana menghubungi berkenaan mymac4all, saya faham berkenaan kesuntukan masa. saya akan menunggu pesanan untuk sampai ke muka pintu
    Terima kasih..

    Pihak admin boleh delete komen diatas.

    ReplyDelete
  3. ubuntu tak hang ke pasang benda ni...

    ReplyDelete
  4. free ke benda ni...emm satu lg..kalu nk pakai kat ubuntu 8.04 cm mana...

    ReplyDelete
  5. @IsmaelXPDC: tak hang punya..lagipun kalau nak mudah, download ISO diorang je terus..rujuk laman mereka

    @xerox14: benda ni free saje..kalau untuk 8.04, rujuk link bawah ni:-

    http://www.sabily.org/website/index.php?option=com_content&view=article&id=1&Itemid=8

    ReplyDelete
  6. xsangka idup lagi ubuntu me.so far ak pki dlu xde plk hang.same jer cam bese,cume dier ader tmbh skit2 jer.ak da penah pki ubuntu me ngn ubuntu se(satanic edition).

    ReplyDelete
  7. kw ada d/load yg full version dvd daiz 2.8GB punya install kt compaq cq40-506tu tp maslaahnya wifi x leh idup dan no audio sound, lspci semua ada. so kwn convert ke tingkap balik..... blh tlg ke solved benda nie

    ReplyDelete
  8. dah try udah...ok...mcm bese..cuma ade certain font tak dpt pakai...huhuhu..x tauler...

    tp suke sgt sgt...sebab bile sampai waktu solat...kita tahu...lepas tu trus solat...suke2..

    nah cube tgk nih..

    http://www.youtube.com/watch?v=5-KYVK2nOiU&feature=related

    ReplyDelete
  9. Salam...
    Sblm tu nak ngaku, saya mmg n00b bab ubuntu ni :p
    saya dah pun ada full version dvd Sabily, jadi saya try install dgn boottable dvd tu, boleh boot, tapi time dia nak install dia kata drive x cukup ruang, walhal saya set location dia kat partition yg masih baru dan kosong (99gb!).. saya terlupa error penuh dia, tapi lepas keluar error tu, dia tetap masuk dalam GUI sabily, tapi jadi macam live cd aje lah! So skarang saya guna winxp dan win7 dlm satu pc (dual os), dan mmg bercadang nak jadikan sabily sbg 3rd OS saya... apa cara terbaik utk saya install sabily dgn selamat dan dua os windows saya still boleh run lagi?
    Terima kasih saya dahulukan :)

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...