Posts

Showing posts from October, 2009

Gloobus Preview (QuickLook) dalam Karmic Koala.

Image
Saya telah review aplikasi ini dalam entry lepas . Ada 2 perbezaan antara review kali ini dan yang sebelumnya iaitu Kali ini saya telah mencubanya sendiri dan review adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri Kali ini, kita menggunakan karmic koala! Gloobus Preview versi 0.4.1 telah terbit dan antara fungsi terbarunya ialah menyokong karmic koala. Untuk memasang Gloobus Preview 0.4.1 ini, anda perlu memasukkan PPA nya dari launchpad atau memasukkan PPA berikut ke software sources anda; deb http://ppa.launchpad.net/tualatrix/gloobus/ubuntu karmic main deb-src http://ppa.launchpad.net/tualatrix/gloobus/ubuntu karmic main Pertama sekali, saya sukakan kepantasan dan saya percaya ramai pembaca melayubuntu juga berkongsi kesukaan yang sama. Gloobus Preview adalah sangat pantas untuk tujuan preview fail yang ingin dibuka. Ianya menyokong pelbagai bentuk fail seperti imej (jpg, png, gif...), dokumen (odt, doc, ppt, xls..), audio (mp3, mp4,wma..), video (avi, wmv..) dan sebagain...

Melancongi Karmic Koala - 9.10

Image
5 tahun dan selama itulah pengguna ubuntu terpaksa menunggu untuk pembangun ubuntu mengubah tema asas (default) nya. 5 tahun dan berselang beberapa hari lagi impian itu akan tercapai dengan terbitnya Ubuntu Karmic Koala memakai nombor versi 9.10. Ini saat-saat yang ditunggu-tunggu oleh semua peminat setia ubuntu, namun apa yang menanti bukan sekadar perubahan tema semata-mata. Saya mencuba Karmic Koala sejak versi alpha (tahap pembangunan) lagi dan saya dapat pastikan bahawa versi kali ini mungkin antara versi terbaik pernah pembangun ubuntu keluarkan. imej terkini desktop karmic koala zulmalc Perubahan dalam Karmic Koala

Karmic Koala, Snow Leopard, Windows 7 : Mana satu pilihan hatimu?

Dunia sentiasa menawarkan pilihan - samada ketika anda bersedia untuk memilih atau tidak. Namun dunia sistem pengoperasian dahulunya hanya menawarkan satu pilihan iaitu windows . Bukan kerana tiada pesaing tetapi kerana pesaingnya terlalu naif dan kecil, hanya diiktifraf kewujudannya oleh golongan tertentu yang mewakili cebisan kecil dari pengguna komputer secara keseluruhan. Kini, dibantu oleh teknologi internet dihujung jari - suasana itu sudah berubah. Apabila bercakap tentang dunia sistem pengoperasian, sudah mula kedengaran dan kelihatan pilihan-pilihan yang ada. Jika dahulu saya akui saya tidak mengenali yang selainnya kecuali windows. Buruk baik itulah pilihan yang ada. Melalui internet, saya mengetahui bahawa sebenarnya ada pilihan lain, mungkin lebih baik dan menguntungkan berbanding legasi windows yang kini saya labelkan sebagai membosankan. Tahun 2009 merupakan tahun yang cukup produktif bagi sektor pembangunan perisian pengoperasian komputer. Dengan kitaran 6 bulan ubun...

Review Docky yang terpisah dari Gnome-Do

Image
Masih ingat kepada docky? Ianya ciri baru yang diperkenalkan oleh aplikasi gnome-do verso 0.80. Dan apabila docky diumumkan terpisah dari aplikasi asal iaitu gnome-do, kelihatan terdapat beberapa perubahan samada dari segi panambahbaikan dan pengurangan yang boleh dilihat. Saya melihat fungsi docky dalam gnome-do adalah sangat inovatif dan menarik. Dan apabila ia terpisah, docky tidak lebih hanyalah "dock" manakala gnome-do tanpa docky tidak lebih dari app launcher. Docky tanpa gnome-do, hanyalah sebuah dock biasa. Seperti juga awn, cairo-dock. Tiada keistimewaa. Setakat ini, ciri baru yang terdapat pada docky ialah, mempunyai 4 pilihan tema iaitu Classic, Air, Grayscale dan HUD. Manakala positioning pula boleh diubah-ubah samada bottom, left, right dan juga top. Dalam satu-satu masa, anda boleh membuat 1 atau lebih docky walaupun ianya tidak begitu diperlukan (bagi saya). Install. Buka terminal Install bzr jika belum bzr dalam sistem ubuntu (sudo apt-get instal...

FOSS.my 09

Image
Masihkah ingat foss.my 08? Bagi saya, ada banyak kenangan yang pastinya boleh diingati. Setahun berlalu dan kini program yang sama datang kembali. Apa-pun, tulisan ini mungkin tidak memberi apa-apa makna kerana tarikh pendaftaran untuk peserta biasa sudahpun tamat semalam (15 Oct 09). Sebenarnya saya keliru, apa maknanya akhbar berita harian mengatakan "Pernyertaan Percuma" sedangkan apabila anda rujuk ke laman web foss.my, pernyertaan adalah dikenakan bayaran kecualilah jika anda masih dibangku sekolah. Ok lupakah hal itu. Foss.my 09 agak istimewa kerana menghimpunkan segenap ceruk peminat Open Source seluruh Asean dan bukan sekadar Malaysia. Tidak hairanlah jika penceramah yang diundang juga bukan calang-calang. Siapa tak kenal Richard M. Stallman dan beberapa nama besar lain dalam arena Open Source. Saya sudah terlewat untuk mendaftar dan saya rasa saya akan gagal hadir pada 24 dan 25 Hb nanti. Itupun jika keajaiban tidak berlaku.