Posts

Showing posts from March, 2010

JOM JUMPA! ICT & Multimedia Terengganu 2010 di TTC

Image
Ok, ceritanya cukup ringkas dan tak begitu dramatik. Ceritanya begini. Aku selalu ternampak iklan bendalah ni kat tepi-tepi jalan. Apakah itu? Tertulis ICT & Multimedia Terengganu 2010. Penerangan skemanya ialah seperti berikut; ICT & MULTIMEDIA TERENGGANU 2010 adalah merupakan satu acara yang julung kalinya dianjurkan oleh syarikat Image Promote Sdn.Bhd. di Kuala Terengganu, acara yang merupakan satu pusat bagi jualan dan pemasaran produk berkaitan dengan IT dan Multimedia yang terbesar di negeri Terengganu. Memandangkan negeri Terengganu mempunyai pasaran yang luas bagi penggunaan IT dan Multimedia, tambahan pula kerajaan memperuntukkan sejumlah RM40 juta bagi memajukan sektor ini, maka berkesempatan dengan ini kami mengambil keputusan untuk memperluaskan lagi jalinan dan rangkaian IT dan Multimedia dengan mengadakan acara seperti ini bagi memberi manfaat kepada pengusaha dan usahawan. Selain dari pameran dan jualan, diadakan juga kelas atau klinik IT & Multimedia ba...

Yoono : Dunia sosial online dalam satu aplikasi!

Image
Kini, dunia sosial online semakin diminati, menjadi sebahagian dari kecenderungan dan mengisi sebahagian besar daripada masa ummat manusia moden. Tak ada akaun facebook @ twitter?? Sekolah lama ( old school ) betul! Terkesan dengan fenomena tersebut, Ubuntu 10.04 memperkenalkan integrasi lengkap dunia sosial online ke dalam sistem dekstop serba-baru antara gwibber dan empathy. Kini, pemain baru cuba memberikan saingan dan pilihan. Yoono , bersedia untuk dicuba bukan sahaja dalam ubuntu malah dalam Mac OSX dan juga windows. Bezanya, yoono tidak diintegrasikan dalam sistem desktop sebagaimana gwibber. Namun yoono sangat berbaloi untuk dicuba sekiranya anda inginkan kelainan. Selain itu, jika anda pengguna tegar firefox, yoono mempunyai plugin khas yang akan menambahkan fungsi browser anda kepada sesuatu yang sangat mesra dunia sosial online. Webupd8 telah memuatnaik video yoono dalam ubuntu; Yoono menyokong 10 akaun dunia sosial seperti facebook, twitter, myspace, Lingkedln, Fr...

Ubuntu Malaysia Forum : Kumpulan Tutorial

Terima kasih kepada #itiknila yang mengumpulkan tutorial-tutorial ini untuk pembaca forum ubuntu malaysia. Semoga bermanfaat! Windows / Ubuntu Aku format Windows. Sekarang tak leh buka ubuntu Aku dah taknak Ubuntu. Camne nak buang? Aku nak ambil fail kat Windows. Camne? Camna nak share printer? Printer Pixma MP145 Xerox 3428 Canon General Epson Tx100 Xerox Docuprint 525 Brother 2104 Network Nak transfer fail pakai wifi/network boleh tak? Atheros 5007 Aku nak download banyak benda dan aku nak download speed yang laju Aku nak surfing guna connection dengan handphone Camna nak guna Modem Huawei Celcom/Maxis (USB Broadband 3G) P1 Wimax Ubuntu Aku cuba 'Empty Trash', tapi masih lagi ada sampah kat dalam tu. Boot screen Ubuntu ni macam tak best la, boleh tukar tak? Aku update Ubuntu, tapi keluad message bla-bla GPG Error Apa boleh aku taip kat terminal Camna nak compile? Bila update/install keluar GPG ERROR Macam mana nak compile Kernel Linux dari source code...

Hai, Saya Melayubuntu. Selamat Berkenalan!

Image
Mungkinkah ini masa sesuai untuk redesign dan memberikan nafas baru? Apapun saya tertarik dengan konsep huruf miin. Tanpa prejudis atau fanatik atau rasis, kekuatan miim ke dalam logo melayubuntu akan memudahkan logo ini dikenali, membawakan mesej yang kuat, dan menuju maksud yang tersendiri. Samada logo ini diterima atau tidak, saya tak kisah. Sudah lama saya fikirkan satu logo yang membolehkan blog ini dikenali dan logo tersebut melambangkan kekuatan dan bukan sesuatu yang lemah atau negatif. Pada kebanyyakkan masa, kita sebenarnya terperangkap dalam medan mentaliti yang kita sendiri cipta! Keluar dari kotak, dan berfikirlah...

Uruskan akaun twitter menggunakan Histwi dalam Ubuntu

Image
Twitter merupakan satu fenomena baru. Di parlimen, kopitiam mahupun di kedai kopi, semua orang mula bercakap mengenai twitter. Selama ini apabila bercakap mengenai twitter, kita sering terserempak dengan aplikasi berkongsepkan twitter client yang membolehkan anda mengemaskini twitter anda melaluinya dan juga melihat kemaskini rakan-rakan anda. Histwi bukanlah twitter client yang berfungsi seperti tweet deck, gwibber, dan sebagainya. Histwi ialah aplikasi untuk pengguna menguruskan akaun twitternya, follow rakan-rakan yang follow anda secara rahsia, unfollow rakan yang tidak pernah terdetik untuk follow anda dan sebagainya. Antara ciri-ciri lain histwi ialah; * Download and save all your Tweets to Database. * View and export all saved tweets to html or txt file. * Compare your Following to Followers. * Follow/Unfollow any your friends. * Tracking new followers and unfollowers. * Advanced Twitter Search. * Managing multiple Twitter accounts. Sekiranya anda pengguna twitte...

Rebranding Ubuntu : Light!

Image
Imej diatas ialah "brand" terbaru ubuntu bermula dari ubuntu 10.04, Lucid Lynx. Semua pembaca maklum, pasukan ubuntu telah membuat sesuatu yang sangat drastik dengan mengubah brand ubuntu sekaligus menukar imej yang telah 5 tahun dipertahankan. Banyak sekali isu yang boleh dikupas namun persoalannya, dengan pertukaran drastik ini apakah kesan yang telah terjadi? Mampukah ubuntu mengekalkan impak yang sama atau adakah dengan brand baru berserta imej baru ini akan menambahkan pecutan sambutan pengguna terhadap ubuntu. Pasukan ubuntu menegaskan, brand baru ini membawa impak "light" dengan 4 kekungci nilai yang membayangkan projek ubuntu iaitu, kepersisan, keboleharaban, kolaborasi dan kebebasan. Light : Ringan dalam bentuk cahaya Brand terbaru membawa impak-impak tertentu yang dirangka khusus untuk menajamkan impak supaya ia lebih mudah diterima. Ubuntu dibayangkan ringan dan pantas dan secantik cahaya yang hadir dalam kegelapan. Sesiapa sahaja boleh merasakan ...

FACEBOOK UNTUK SEMUA

Image
...PROMOSI UNTUK SEMUA... KORANG PENAH TENGOK T-SHIRT NI MANA-MANA TAK? HAAA MESTI TAK PENAH TENGOK KAN? KORANG TAK RASA COOL KE PAKAI BAJU NI? KORANG NAK TAPI TAK TAU MANE NAK BELI?? JANGAN RISAU.. KAMI DI VERSTILER TEAM INGIN MEMPROMOSIKAN BAJU INI KEPADA ANDA... DENGAN KUALITI FABRIK SUPER GRADE 190 GSM, 100% PURE SOFT COTTON - "THE BEST GRADE COMBED FOR SOFTNESS & COMFORT", ANDA PASTI TERUJA UNTUK MEMAKAI BAJU INI.. KUALITI INI MEMANG KAMI JAMIN!! LAYARI LAMAN SESAWANG KAMI DI http://verstiler.blogspot.com/ UNTUK TEMPAHAN.. HARGA SEHELAI : RM28.00 CAJ POS : RM6.00 (Semenanjung) / rm9.00 (Sabah & Sarawak) **tambahan RM1 bagi setiap helaian baju yang anda tempah ke atas caj pos. cth : caj pos = RM7 untuk 2helai baju, RM8 untuk 3 helai baju (Semenanjung) begitulah juga untuk pelanggan di Sabah & Sarawak TUNGGU APA LAGI? TEMPAH LAH SEKARANG DI http://verstiler.blogspot.com/ ANDA PASTI BERPUAS HATI !!!!!!!