Saturday, December 03, 2011

11 extension Firefox untuk Power Surfer

Tidak dinafikan Firefox merupakan pelayar web yang semakin diminati ramai dari hari ke sehari. Permulaan Firefox adalah daripada netscape yang hampir ditutup disebabkan Windows ingin mendominasi pasaran internet. Sekaligus, Open Source atau sumber terbuka telah muncul daripada peristiwa tersebut maka lahirlah MusangApi atau nama melayunya Firefox.

Pengguna sekarang boleh memilih samada mereka perlukan pelayar yang pantas seperti Chrome atau Opera, yang simple seperti Safari tetapi kebanyakan masih menggunakan Firefox kerana ribuan extension atau Add-on yang ada.

Bagi yang selalu melayari Web seperti ShimG, berikut adalah extension yang wajib ada dalam Firefox anda.

1. All-in-One Gestures
   Boleh lakukan Command dengan mouse gesture.

2. Video DownloadHelper
   Dengan pengguna extension yang mencecah 7 juta, saya tak boleh tidak mesti masukkan extension ini. Boleh memuatturun dan menukarkan web video, juga audio dan galeri gambar.

3. Morning Coffee
   Merekod rutin anda dan mengkompil mereka dalam tab harian.

4. NoScript
   Tingkat sekuriti pelayar web anda dan hanya benarkan active content daripada laman web yang anda kenali.

5. Readable
   Memudahkan anda untuk membaca blog atau berita online. Ia menukarkan teks di laman web kepada font, warna, dan latar belakang yang anda lebih suka.

6. Tab Scope
   Preview dan navigate isi tab melalui popup.

7. TimeTracker
   Anda ingin tahu berapa lama anda layari laman web? ia boleh merekod berapa lama anda gunakan internet. Tak payah susah-susah tengok jam.

8. IE Tab V2
   Embed Internet Explorer ke dalam firefox. Kepada pembaca yang komen hari itu untuk saya carikan samada boleh gunakan active-X dalam Firefox. Tak tahu Maybank Share investment tu boleh guna tak sebab saya takde saham situ tetapi laman web lain boleh....

9. DownThemAll!
   Download accelerator paling laju ShimG pernah guna. Yang bestnya ia built-in. Ia juga memudahkan anda mengkonfigurasi download anda; download prioriti, berapa laju, boleh check Md5sum kalau ini selalu guna untuk download ISO linux..heheh....tapi rekod paling lama download Hardy Heron dulu....3 hari, 2malam....maklumlah internet universiti, macam kura-kura...

10. Fasterfox
     Meningkatkan kelajuan Firefox anda kepada 120km/j. (miles may vary)

11. AddThis
     Lebih senang untuk share dan bookmark sesuatu. Dilengkapi semua web 2.0; FB, Twitter, Blogger dll.

Kalau ada nak tambah sila komen di bawah...sila gunakan nama betul atau samaran ye...jangan guna nama makcik Anon je...

13 comments:

  1. thanks for the recommendation bro.

    ReplyDelete
  2. lepas ni Google Chrome lak ek..keke
    firebug penting gak, letak la sekali :)

    ReplyDelete
  3. Kash: Sesama...
    Syah: tgkla kalau bonus Zulmalc bagi...hehe...mak aku kata bahaya main api ni terutamanya Firebug ni...hahha...
    En Naja: Mmg nak masukkan greasemonkey tp calon lain lagi kuat...takpun kena wat post 22 extension firefox terbaik pulak...

    ReplyDelete
  4. haha, apo le. sekurangnya kalau codec kat blog tu bagus, le cilok sikit..kehkeh..

    ReplyDelete
  5. sy biase gune xmarks.bookmark manager.mmg terbaik la.ad lg 2,adblock n flashblock

    ReplyDelete
  6. rasenya firefox sync pn berguna... time ble dah format ubuntu daftar balik firefox sync, segala adds on password dah ada automatik...

    ReplyDelete
  7. opss lupa sesuatu... pernah dengar tak projek moonlight untuk firefox... apa benda tu... ada sape2 boleh bagi komen...

    ReplyDelete
  8. Adblock Plus, Omnibar, Lastpass, Flagfox, SearchPreview xde dlm senarai.. extension ni pun best gak..

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  10. Moonlight tu projek microsoft utk varian linux dan unix...versi Open source kepada Silverlight...tujuan utk menggantikan Adobe flash dalam memainkan fail multimedia....http://en.wikipedia.org/wiki/Moonlight_(runtime)

    ReplyDelete
  11. aku install dah semua ni .memang cun bro

    ReplyDelete
  12. Kyrul: terbaikla smpai install semua sekali...ni cadangan je, ikut kesesuaian kalau nak guna apa, sebab firefox ni customizable...

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...