Posts

Cerita tentang laptop £99

Image
Baca artikel ini jika belum membacanya. Dengan misi, setiap kanak-kanak di UK perlu memiliki sebuah laptop, syarikat ELONEX dari eropah tampil dengan produk laptop £99 nya yang membuatkan ramai orang terpegun dengan frasa "mengapa sebuah laptop mampu semurah itu?".£99 jika ditukar kepada Ringgit lebih kurang RM630 dan sudah tentu masih murah jika hendak dibandingkan dengan model-model laptop yang lain dipasaran. Berbalik kepada persoalan utama tentang bagaimana sebuah laptop mampu semurah itu?Jawapannya ialah Sumber Terbuka / Open Source!Apabila disebut open source, yang menjelma dibenak kita ialah perisian yang percuma yang membenarkan kita melakukan apa sahaja padanya.Namun terdapat satu lagi kelebihan open source yang dimanipulasikan sepenuhnya oleh Elonex iaitu cirinya yang mampu digunakan dalam komputer berkuasa rendah . Teori-teorinya; Dalam entry saya terdahulu iaitu Tahukah Anda Ep.1 , saya menyebut tentang harga sistem operasi yang perlu dibayar ketika kita membeli...

Menambahkan kepantasan OpenOffice

Image
OpenOffice adalah altenatif kepada Microsoft Office dan bersifat multi-platform yang membenarkan pengguna windows, mac osx dan linux menginstallnya dalam sistem operasi masing-masing.Dalam Ubuntu, openoffice akan terinstall bersekali dengan terinstallnya sistem operasi ubuntu itu sendiri.Hari ini saya akan berkongsi tip tentang cara untuk menambahkan kepantasan openoffice dalam ubuntu(dan mungkin juga berhasil dalam windows dan mac osx). Cara-caranya. Buka Open Office Word - Applications > Office > OO.org word Processor Pergi ke Tools > dan pilih options Apabila window option keluar, pilih/highlightkan memory Undo: Number of steps = daripada 100 kepada 30, Graphic cache : Use for oo.org = 128MB, memory per object = 20MB, Cache for inserted objects : Number of objects = 20, dan Check Enable systray quickstarter Pilih/highlightkan Java pada baris yg sama dengan memory(dibawah).Pada Java Options, sila UNCHECK "Use a Java runtime environtment Klik ok dan restart OpenOffice da...

Adobe Air menemui versi 1.0

Image
Saya menganggap Adobe Air bukan lagi sesuatu yang asing di melayubuntu kerana sebelum ini saya pernah mengulas mengenainya.Jika ada pembaca terlepas entry tersebut, sila rujuk " Adobe Air dan satu revolusi ".Disaat saya menulis tentang adobe air dalam entry lepas, ketika itu adobe air masih lagi diperingkat beta dan sedang giat menjalani proses pembangunan aplikasi.Dengan munculnya versi 1.0 ini bermakna ia sudah benar-benar stabil untuk dicuba oleh pengguna windows dan mac osx. Versi Linux? TUNGGU!Pengguna linux macam mana?Terpinggir? Menurut linux.wordpress.com , Adobe Air versi linux masih lagi dalam peringkat pembangunan dan setakat ini ditahap alfa.Sebagai pengguna ubuntu linux, saya sangat teruja apabila mendapati team pembangun adobe air sedia membangunkan aplikasi hebat ini untuk linux. Senarai perisian Untuk senarai perisian yang boleh diaplikasikan oleh adobe air, sila rujuk sini .Mungkin masih belum cukup banyak.Namun, oleh kerana team adobe air menyediakan adobe ...

Pantaskan Linux dengan preload

Image
Linux itu pantas.Terimalah.Saya berpengalaman menggunakan XP, Vista, Leopard, Tiger dan Ubuntu linux.Linux adalah yang paling pantas dalam kategori Sistem Operasi komputer.Apabila saya membaca tentang Preload lalu saya tertanya-tanya, seberapa pantaskah benda pantas boleh dipantaskan?Meneliti baris pertama laman pembangun preload kita akan mendapati; preload is an adaptive readahead daemon. It monitors applications that users run, and by analyzing this data, predicts what applications users might run, and fetches those binaries and their dependencies into memory for faster startup times. Teori Komputer selama ini(dan masih lagi) sebenarnya berfungsi umpama robot.Ia melakukan kerja apabila diberikan input.Komputer juga sangat "adil" kepada kesemua aplikasi komputer.Tidak ada satu aplikasi pun yang dizalimi dengan tidak memberikan RAM yang mencukupi untuk dilarikan.Teorinya, setiap kali kita klik untuk larikan/run sesuatu aplikasi yang disukai(contohnya browser firefox) setiap...

e-MAJALAH mencipta rekod!

Image
Didownload sebanyak 194 kali dalam masa kurang 24 jam adalah satu rekod penerimaan yang memberangsangkan bagi versi percubaan e-MAJALAH MELAYUBUNTU .Rekod ini sekaligus mengatasi rekod tutorial saya tentang cara-cara install leopard kedalam PC yang setakat ini setelah 20hari saya upload mencatatkan rekod 453 kali didownload dan secara puratanya 25kali sehari. Saya merasa begitu teruja dengan tahap penerimaan yang sebegini memberangsangkan dan sedikit berasa malu kerana hanya sempat menyiapkan 4 halaman sahaja setakat ini untuk ditatap oleh pembaca melayubuntu. Tutorial Leopard Berbalik kepada tutorial Leopard, hampir 500 orang telah mendownloadnya tetapi saya masih belum menerima sebarang pertanyaan masalah atau laporan keberkesanan tutorial tersebut.Yang ada hanyalah laporan dan respon tentang betapa besarnya fail yang perlu dimuat turun.Ya, saya mengakui failnya agak besar iaitu sekitar 3.5Gig dan bukanlah satu kerja yang senang untuk memuat turun sesuatu fail yang sebesar itu apala...

Parsix muncul sebagai altenatif Ubuntu

Image
Semalam, Parsix , sebuah distro berasaskan Debian dan menggunakan persekitaran desktop Gnome telah dikeluarkan kepada umum dengan versi stabilnya yang pertama v.10 dan menggunapakai codename 'Ramon'.Distro ini disebut-sebut sebagai altenatif kepada ubuntu kerana ia dibangunkan berasaskan Debian dan menggunakan persekitaran desktop Gnome - sama seperti Ubuntu. Apabila disebut altenatif, kita mungkin ingin bertanya tentang kelebihan/kelainan parsix berbanding ubuntu.Antaranya; tema keseluruhan yang lebih moden - (saya menganggap tema default ubuntu agak keafrikaan Menyokong Persian keyboard kamus multibahasa xFardic dan errr...mungkin ada banyak lagi Sebenarnya saya agak teruja dengan tema default parsix yang cun melecun itu.Walaupun kesinambungan warnanya agak gelap, namun ia tetap tidak mengurangkan keecunan tema tersebut.Pun begitu, apabila berbicara soal gnome, kita tidak harus menganggap sesuatu tema default itu akan terus kekal begitu tanpa boleh diubah.Antara sebab saya me...

Download e-Majalah Melayubuntu V.0.1(beta)

Image
Masih banyak perkara yang perlu dieksperimenkan.Mungkin ini edisi mukaddimah kearah versi-versi lain yang lebih lengkap, panjang, menarik dan mudah difahami.Saya postkan versi percubaan ini dengan beberapa tujuan iaitu inginkan respon pembaca dari segi; wajarkah sesuatu seumpama ini(emajalah) ini wujud? adakah design dalam versi ini melampau? adakah pendekatan straight to the point itu sesuai? Berapakah bilangan muka surat dan saiz file pdf yang sesuai? Apakah emajalah boleh dikomersilkan?Jika ya, berikan sebab dan harga yang patut diletakkan utk setiap keluaran. Bla bla..banyak benda masih dalam peringkat eksperimentasi...terimalah seadanya =) NOTE:Sumpah aku xreti design..huhu Telah didownload : 390x and counting.. Berikan respon anda dalam ruangan komen.Terima Kasih!