Posts

Masa untuk mendalami dan menggunakan Scribus

Image
Ya! Saya mempunyai sebuah MacBook yang telah terinstall mac osx leopard . Pembaca sendiri sedia maklum bahawa kebanyakkan orang yang berkerja dalam bidang design dan grafik page layout untuk terbitan menggunakan sistem operasi mac osx yang ternyata lebih sesuai dengan kerja-kerja design dan penerbitan. Namun apabila saya merangka untuk menerbitkan emaj secara berkumpulan dan bukan kerja seorang, ternyata sukar untuk mencari penulis yang turut menggunakan mac osx seperti saya. Scribus merupakan satu perisian sumber terbuka untuk kerja-kerja desktop page layout seperti menghasilkan brochure, surat khabar, newslatter,poster dan juga majalah. Untuk memastikan perisian ini mampu mencapai standard emaj yang saya harapkan, hari ini saya sendiri telah mencuba menggunakannya dan kesimpulan saya adalah seperti berikut; Scribus mampu mencapai standard kualiti yang diharapkan Cara menggunakannya tidak terlalu sukar - tetapi memerlukan minat untuk mencuba Sistem pengurusan layout dan style yang men...

Billard-GL : Game billiard 3D untuk ubuntu

Image
Sambil-sambil menunggu waktu berbuka puasa, apa kata anda bermain game billard-GL, game billiard 3D untuk ubuntu. Game ini bagus buat mereka yang merindukan game pool dalam ym untuk windows. Oleh kerana yahoo malas nak bangunkan ym untuk linux, maka yahoo user yang menggunakan ubuntu terpaksa berputih mata untuk menggunakan features yang ada dalam ym untuk windows. Ok.Lupakan pasal windows. Install . Sila klik link berikut untuk install game ini dalam ubuntu: Billard-GL Terdapat beberapa kekungci penting yang berbaloi diketahui terlebih dahulu jika anda berminat dengan game ini. Antaranya; Tab : menukar view dan menghayun kayu Arrow key dan mouse : Kombinasi kedua-duanya memudahkan anda melihat bola di atas meja. Tidak seperti pool dalam yahoo games, billard-GL tidak mempunyai kayu pemukul (bendape ek nak panggil kayu tuh??). Jadi, agak susah untuk aim bola dan agak susah bola itu masuk kedalam lubang. Paparan 3D billard-GL agak cantik dan kemas. Namun saya mendapati masalah grafik ...

Cadangan rangka kerja E-Maj untuk edisi seterusnya

Selepas terbitnya emaj edisi pertama pada 1 Mei 2008 dan hingga ke hari ini, saya tidak putus-putus menerima respon dan cadangan untuk memperbaiki dan seterusnya merealisasikan versi seterusnya. Untuk catatan, sehingga kini emaj menerima 3467 bilangan download secara terus dari savefile.com dan box.net dan lebih dari 9000 view bacaan online di Scribd.com. Ianya angka yang cukup memberansangkan untuk sebuah emajalah edisi pertama apalagi ia ditulis dalam bahasa melayu dan tentang satu sistem operasi yang cukup asing dinegara yang cuma mempunyai 27 juta penduduk sahaja. Oleh kerana potensi mendatang yang besar dengan open source yang mula mendapat tempat dipejabat-pejabat kerajaan dan sekolah, saya bercadang untuk berkerja kearah versi seterusnya - bukan seorang diri tetapi secara berkumpulan dengan kerja yang lebih tersusun dan teratur. Lalu saya gariskan beberapa panduan asas seperti berikut untuk versi seterusnya; 1.Menggunakan perisian Open Source sepenuhnya dalam penghasilan OpenOff...

Lenovo Cuba Menutup Mulut Pelanggan Yang Memulangkan Windows

Image
Petikan jomlinux.com Mungkin sebelum ini kita tidak pernah membaca End User License Agreement atau EULA ketika memasang atau membeli komputer yang disertakan dengan Windows. Namun, lain halnya yang berlaku kepada seorang pelanggan Lenovo yang membaca EULA ini dan menuntut haknya (saya sendiri pun tak berapa rajin nak baca EULA). Seorang pelanggan Lenovo di Czech, Kamil Páral menongkang arus lain daripada kebiasaan apabila menjalankan haknya dengan memulangkan lesen Windows Vista Business OEM ke Microsoft untuk menuntut pulangan wang. Beliau dikatakan ingin menggunakan Linux sebagai tukar kepada Windows OS. Berita ini sememangnya berita gembira buat pengguna Windows yang tidak ingin lagi menggunakannya. Apa yang selalu kita buat adalah dengan membuat dual-boot (yang ini berbaloi lagi) atau memadam Windows untuk diisi dengan Linux (yang ini ruginya, satu lesen Windows Vista berharga RM3xx). Tetapi apa yang difahamkan lagi. Lenovo bersetuju untuk memulangkan 78 Euro kepada beliau dengan...

Perisian hebat untuk menghayati ramadhan

Image
Ramadhan sudah tiba. Yang pastinya ini bukan bulan biasa bagi ummat islam. Saya tidak berbicara soal makanan, adat, tradisi mahupun hobi yang biasanya diamalkan sepanjang bulan ramadhan. Saya ingin berbicara soal pengisian dan penghayatan. Oleh kerana saya sukakan komputer, pengisian dan penghayatan yang mampu saya sediakan disini juga berkaitan dengan komputer. Zekr . Ya, saya sudah beberapa kali menulis tentang perisian al-Quran multi-platform ini. Ia bukan sahaja boleh dipasang kedalam linux, malah windows dan juga mac osx. Dalam bulan ramadhan yang mulia ini, anda sudah tentu lebih banyak menghabiskan masa didepan komputer sambil menunggu tiba waktu berbuka puasa. Apakata apabila anda boring, buka zekr dan alunkan bacaan ayat suci al-quran sambil menikmati terjemahannya yang boleh disesuaikan dengan bahasa yang pelbagai samada english, bahasa indonesia dan sebagainya. Install bagi pengguna ubuntu : klik Zekr . Minbar . Perisian memperingati waktu sembahyang untuk linux ini sangat s...

Salam Ramadhan yang mulia..

Menjalani hidup dengan sederhana, hidup yang dihayati dan diperjuangkan. Menjalani hidup yang damai dan tanpa kekerasan, hidup yang menghargai perbedaan sebagai anugerah. Menjalani hidup dengan memberi dan berbagi, hidup yang menjadi bukan memiliki. Menjalani hidup sebagai pelajar seumur hidup, setiap tempat adalah sekolah, setiap orang adalah guru, dan alam semesta sebagai buku pelajarannya. Menjalani hidup yang berarti, hidup yang membuat orang lain berbangga, kerana mengenal saya. Menjalani hidup dengan penuh cinta, dalam dunia penuh harapan, yang diisi dengan tindakan yang penuh makna!

Idea font installer untuk ubuntu

Image
Rasanya setakat ini kita hanya menjadi "end user" kepada perisian open source yang ada. Namun saya secara peribadi tidak mahu diri saya selamanya hanya menjadi pengguna. Idea ini sudah lama saya fikirkan untuk dikongsi dan untuk diterjemahkan kepada sesuatu yang boleh direalisasikan. Sumber idea. FontBook dalam Mac OSX Dalam Mac OSX terdapat satu aplikasi yang dinamakan fontbook yang berfungsi sebagai font viewer, font installer dan seterusnya font manager. Idea. Font Viewer (gnome-font-viewer) dalam ubuntu. Menggunakan code dari perisian open source yang ada seperti gnome-font-viewer dan mengaplikasikan fungsi installer kedalam aplikasi tersebut. Ianya mungkin dalam bentuk satu butang yang menjalankan fungsi seperti berikut; NOTE: Chart ini hanyalah idea dan mungkin tidak sempurna! Apabila butang install ditekan, satu pop-up akan muncul bertanyakan adalah kita ingin install untuk semua user atau current user. Pilih dan kemudian fail font yang sedang dibuka dengan font viewer...