Posts

Ucapan Salam Hari Raya

Memandangkan hari raya puasa akan menjelma tidak lama lagi. Oleh itu, saya memohon maaf kepada para pengunjung dan tuan punya blog (ehemm...sapa lagi kalu bukan Zul :D) jika ada terkasar bahasa, terlanjur kata mahupun tersalah taip. Kepada mereka yang balik kampung, saya ucapkan selamat memandu dan sentiasalah mematuhi undang-undang jalan raya (Dan undang penerbangan bagi yang naik kapal terbang). Jalan lupa mempromosikan Ubuntu pada sanak-saudara di kampung supaya Ubuntu lebih makmur, aman dan sejahtera (macam penah dengar je slogan nie...ehmmm). Selamat Aidul Fitri Maaf Zahir & Batin Fahmi Jomlinux.com

Adakah Ubuntu Linux untuk budak IT sahaja?

Pertamanya saya bukan dibidang IT. Apabila ada pembaca 'mengeluh' mengapa ubuntu menjadi semakin mudah digunakan, fikiran saya terpanggil untuk menulis topik ini - Adakah ubuntu linux untuk budak IT sahaja? Ketika saya membaca keluhan tersebut, saya berkali-kali bertanya kepada diri sendiri, "Adakah aku tulis blog melayubuntu hanya untuk budak IT?". Dan apabila setiap kali saya bertanya dan mendapat jawapan "TIDAK", saya membuat keputusan mengulas isu tersebut disini. Seingat saya, pertama kali saya mendengar perkataan "linux" ialah pada tahun 2004. Itupun saya hanya mendengar dan tidak terdetik lansung dihati untuk mengetahui lebih dari itu. Alasannya - sudah ada windows mengapa perlu linux? Mentalitinya, Saya hanya perlu menggunakan linux jika saya dibidang yang memerlukan saya menggunakannya. Ertinya, keadaan yang membentuk anda dan bukan anda yang membentuk keadaan! Oleh kerana mempunyai mentaliti sebegitu, saya lansung tidak faham apa itu open...

Masalah Gnome dan KDE dalam satu 'Ubuntu'

Image
Ini ialah satu masalah yang membuatkan hati gua begitu ngilu (tiru ayat kumprinx ). Mengapa tiba-tiba KDE cuba mengantikan Gnome dalam sesi Gnome, dan apabila ia gagal, tema default ubuntu tiba-tiba hilang digantikan dengan tema yang buruk bersama ikon yang buruk. Bukan itu sahaja, setting tertentu bagi current user tidak di load dengan sempurna dan kesemua perisian yang menggunakan GTK kelihatan hodoh dengan tema yang tidak boleh diubah! Masalah ini hanya berlaku jika saya install KDE kedalam ubuntu yang menggunaan Gnome. Sehingga sekarang, saya memang blurr tentang penyelesaian dan tidak tahu lansung apakah punca kepada masalah ini. Ia berlaku mungkin disebabkan oleh fail .gtkrc-2.0-kde secara 'ajaibnya' menggantikan .gtkrc-2.0. Namun saya dapati (bagi kes saya) kedua-dua fail berkenaan tidak wujud lansung dalam sistem saya! Oleh itu saya berfikir beberapa perkara yang seharusnya difikirkan oleh pembangun ubuntu dan pembangun perisian linux iaitu; 1)Aplikasi recovery. Jika s...

Appnr dilancarkan!

Image
Memasang perisian dalam ubuntu menjadi semakin mudah dari hari ke hari. Appnr ialah sebuah aplikasi web yang berfungsi untuk memasang perisian dalam ubuntu. Hanya dengan 1 klik, anda dapat memasang perisian yang terdapat APT seperti juga menggunakan add/remove app. Apa yang dilakukan oleh pembangun Appnr secara teorinya ialah meletakkan hyperlink yang beralamatkan "apt:package-name". Untuk makluman, dalam ubuntu anda boleh memasukkan installasi secara 1klik ini samada dalam email, forum, blog, website dan sebagainya dengan cara diatas. Oleh kerana repository hanya mengandungi perisian yang dipercayai sahaja, kebimbangan virus samasekali tidak timbul.

Gnome 2.24 dan Compiz 0.7.8

Image
Selepas 6 bulan dibangunkan, team pembangun gnome mengumumkan terbitnya versi terbaru bagi gnome iaitu Gnome 2.24 . Banyak pembaharuan dan ciri baru yang diperkenalkan dan kesemuanya kearah desktop environment yang mesra pengguna, kemudahcapaian dan kestabilan. Saya secara peribadi mencuba versi gnome terbaru ini dalam ubuntu intrepid ibex alpha 6 dan teruja dengan beberapa perubahan. Screenshot diatas menunjukkan paparan nautilus (file manager) yang mempunyai compact view sebagai tambahan kepada icon view dan list view. Terdapat tab yang meningkatkan kemudahcapaian dan perpindahan data,juga fungsi unmount volume pada sidebar. Ubuntu intrepid ibex yang bakal terbit pada 30hb10 ini akan menggunakan Gnome 2.24 dan kesemua perubahan yang diperkenalkan dalam gnome boleh dinikmati dalam intrepid ibex. Tidak dilupakan kepada Compiz Fusion yang telah diupdate ke versi 0.7.8. Tidak ada perubahan besar dalam update kali ini dan anda boleh membaca changelog versi ini disini. Intrepid ibex telah...

Tshirt ubuntu : Siap dan bersedia untuk di Pos!

Image
Hari ini,23hb9 2008, saya menerima satu bungkusan besar berisi 120helai tshirt ubuntu. Saya mungkin akan disibukkan dengan aktiviti mengepos dalam sehari dua ini. Oleh kerana saya menerimanya 2 hari lewat dari yang dirancang, saya membuat keputusan untuk menggunakan pos ekspress untuk tujuan pengeposan. Kaedah ini akan menjimatkan masa disamping memudahkan kerja saya menguruskan hampir 70 tempahan! Saya akan cuba sedaya upaya mengepos kesemua baju sebelum hari raya dan saya harap ia akan sampai sebelum aidilfitri.

Download Panduan dan Template Scribus E-Maj!

Image
Selari dengan beberapa post yang ditulis oleh saya sebelum ini berkenaan E-Maj, hari ini saya kongsikan panduan penggunaan sribus dan template scribus yang bakal digunakan untuk E-Maj edisi seterusnya. Beberapa sebab mengapa saya 'release'kan kesemua ini kepada umum; Jika anda kreatif, edit template tersebut kepada sesuatu yang lebih menarik dan share dengan saya sebagai dokumen open source Jika anda merasakan diri anda layak, hantarkan email kepada saya untuk menjadi sebahagian dari team emaj Jika anda tiada pengetahuan tentang cara menggunakan Scribus, panduan ini dapat memberikan anda pengetahuan ringkas Jika anda orang kategori 4, download dan fahamkan bagaimana E-Maj bakal diterbitkan untuk edisi seterusnya Jika anda boring dalam kategori 5, download dan baca apa yang patut kemudian delete apabila file ini tidak diperlukan lagi Download : Panduan Emaj Password : melayubuntu Jadikan perkongsian ini sesuatu yang membawa kebaikan. NOTE : Saya lakukan kesemua ini dengan perc...